Part 49

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Di ibu pejabat bank...

 

Semua pegawai kecoh. Satu hari boss mereka tidak masuk kerja. Membuatkan mereka berasa gerun seketika apabila Puan Park kerap kali muncul di pejabat itu. Bomi dan Niel sudah tidak senang duduk. Seharian mereka tidak berjumpa dengan rakan mereka itu. Mahu hidup atau pun mati mereka sendiri tidak tahu. Mahu ditelefon mereka takut menganggu boss mereka itu jadi mereka hanya sabar menanti...

 

"Kau tak rasa ke boss kita tu tengah lari menyorok sekarang?" tanya Niel yang sedang duduk di meja makan di ruang dapur pejabat tersebut.

 

"Kalau ye pun, takkanlah sampai nak bersembunyi. Hari tu dia selesaikan kes senang je. Ni kes sendiri takkan tak boleh pula?" tanya Bomi. Kedua-dua orang ini selalu bersama sudah seperti belangkas dan ramai orang di pejabat itu rata-rata menganggap mereka pasangan kekasih yang sepadan. Mana saja mereka pergi pasti berdua. Tempat kerja pun sama, semuanya sama nasib rumah lain-lain kalau tak memang tak ada sebarang alasan lagi yang mereka boleh berikan...

 

"Kau ingat ni kes apa? masalah ni berat kot... Semua orang tengah cari dia. Wanted! siapa tak lari? kalau semua orang nak cari privasi dia?" Niel mula menengas untuk menyokong kata-katanya pada awal tadi...

 

"Tak! aku tak rasa dia pergi bersembunyi! aku kenal dialah, entah-entah dia tengah cari cara nak tutup kes tu." kata Bomi sambil mengacau air nescafe panas di dalam cawan kaca dipegangnya...

 

"Cakap dengan kau semua nak menang... Susah betul bila nak bawa berbincang." letus Niel tiba-tiba berasap pula hatinya dengan sikap Bomi yang sering kali tidak mahu mengalah dalam apa jua keadaan...

 

"Hem hem..." satu suara menusuk ke telinga mereka berdua dengan serta merta mata di alihkan ke arah pintu memasuki dapur. Niel dan Bomi berdiri serentak...

 

"Puan..." Bomi tergagap-gagap mahu menyebutnya sambil mata menjeling Niel...

 

"Kamu cakap apa tadi?" wanita itu menghampiri ruang dapur tersebut lalu mendekati Bomi dan Niel yang sedang berdiri sebelah menyebelah. 

 

"Ah... Puan salah dengar kot. Kami cuma cakap kerja kami yang tak siap-siap lagi." kata Bomi cuba juga dia memberanikan diri untuk bersuara.

 

"Habis tu?" Wanita itu menjeling Niel dengan tajam...

 

"Habis tu?" Bomi menyoal semula...

 

"Siapkanlah. Kamu nak suruh siapa buat kalau bukan diri sendiri? makan gaji buta ?" sergah wanita itu membuatkan Bomi terkejut lalu terjungkit sedikit bahunya. 

 

"Baik puan, saya nak siapkan kerjalah ni." kata Bomi lalu menarik tangan Niel keluar dari ruang dapur itu.

 

"Kami sambung kerja dulu ye puan." Niel pula menyampuk setelah itu mereka segera keluar dari situ. Mahu melarikan diri dari wanita itu.

 

Puan besar park menjeling tajam ke arah dua orang manusia yang sedang melarikan diri darinya itu. Tangannya segera mengapai telefon bimbit di handbagnya. Dengan pantasnya dia menaip beberapa nombor dan setelah itu dia meletakkan telefon itu di telingannya. Menunggu jawapan dari panggilan tersebut. Selang beberapa minit.

 

"Hello. Aku nak kau cari anak aku dan bawa dia jumpa aku dengan segera." arah Puan Park lalu mematikan talian tersebut tanpa mendengar sebarang jawapan atau alasan dari orang yang berada di hujung talian tersebut.

 

"Nasib baik." kata Bomi setelah sampai di meja kerjanya.

 

Sementara itu, 

 

Krystal dan Lisa memasuki wad untuk merehatkan Lisa yang sudah lama berada di luar. Sewaktu pintu dibuka Krystal menolak kerusi roda Lisa ke dalam wad. "Eh!" suara jeritan Lisa kedengaran kerana terkejut melihat Jr sedang duduk di bangku tepi katil pesakit Baekhyun.

 

"Yo..." Jr menengur dan Lisa hanya menundukkan kepalanya... "Macam mana hari ni?" tanya Jr lalu mengukirkan senyuman kepada dua orang gadis yang berada tidak jauh darinya itu. 

 

"Semuanya baik. Awak pula? tak masuk office ke?" tanya Lisa seraya Krystal menolak kerusi rodanya ke arah katilnya yang berada di tepi tingkap wad tersebut.

 

"Tak, saya datang nak melawat awak. Apa-apa berlaku pada awak saya kena informkan dekat pensyarah awak. Sebab tu saya datang nak tengok kondisi awak macam mana." kata Jr sebelum bangun dari duduknya.

 

"Awak nak informkan dekat pensyarah Maya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D