Part 21

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Di luar bangunan SME. Exo yang sedang dikelilingi pengawal hanya menunggu dengan sabar manakala Tirana, Fiona , Krystal dan Jr tunggu di kerusi yang berhadapan dengan Exo. 

 

"Dia orang bertiga ni, jumpa pengurus atau ditabalkan jadi pengurus?" tanya Jr tidak berpuas hati.

 

"Kalau dah jumpa pengurus memang kena tabal sekali..." sampuk Chen...

 

"Kenapa pula?" tanya Tirana...

 

"Sebab kalau tak lebih dari sejam memang tak sah pakcik tu." sampuk Sehun pula.

 

"Pakcik??" Fiona mengerutkan dahinya.

 

"Pakcik , bos kamilah..." jawab Suho...

 

"Aha! pakcik." Tirana pula mengangguk tanda faham akan tetapi ada senyuman sinis di bibirnya yang membuatkan Fiona dan dirinya tergelak kecil.

 

Ke semua ahli Exo hanya berdiam diri sambil sabar menunggu...

 

Selang beberapa minit, Baekhyun keluar dari bangunan SME itu diikuti oleh Kai dan Lisa yang jalan beriringan di belakang Baekhyun.

 

"Ha... tu keluar dah." kata Tao sambil mengangkat tangan menunjuk ke arah Baekhyun. 

 

"Apa yang dah berlaku?" tanya Luhan yang perasan muka ketiga-tiga orang itu cemberut aje.

 

Lisa tidak menjawab sebaliknya berjalan sambil mengelamun.

 

Kai juga turut mendiamkan dirinya. Lisa berhenti dari berjalan dia berasa tidak puas hati dengan keputusan yang diambil. Adakah patut ? Lisa masih mengelamun jauh kakinya kaku di tempat ia berdiri. 

 

"Lisaaaa...." panggil Fiona...

 

Lisa tidak memberikan sebarang respon. "Lisa..." panggil Tirana pula... Lisa tersedar sedikit dari lamunannya. 

 

"Ahhh tunggu." kata Lisa sambil sambung berjalan semula...

 

Fiona dan Tirana hanya mengelengkan kepala mereka. Dalam Lisa hendak menuju ke kereta Jr kerana ke semua ahli Exo dan kawan-kawannya sudah masuk ke dalam kereta dan van. 

 

"Lisaaaa..." suara bergema menyapa telinga Lisa dari belakang. Lisa berhenti berjalan lalu menoleh ke belakang... Lisa berasa hairan, siapa yang sedang memanggilnya? 

 

"Eh siang ni takkan ada hantu?" tanya Lisa sendirian dan cuba untuk menyambung jalannya...

 

"Lisaaaa..." satu lagi suara bergema memanggil namanya. Lisa berhenti dan secara perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Satu bayang hitam terbang ke arah Lisa dengan serta merta Lisa jatuh dan menjerit sekuat hatinya.

 

"Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...." 

 

"Lisa..!"

 

"Jangan.... tolong jangan..... Ahhhhhhhh Ibu....." jerit Lisa... 

 

Jr terpaksa berhentikan keretanya di tepi jalan raya meminta semua orang keluar dari kereta...

 

Exo juga turut keluar dari van mereka yang mengikuti kereta Jr. 

 

"Kenapa ni?" tanya Luhan terkejut....

 

"Lisa menjerit tanpa sebab..." jawab Fiona cuba memengang tangan Lisa akan tetapi ditolak Lisa sehingga terjatuh dari berdirinya. 

 

Sebenarnya mereka sudah keluar dari bangunan SME tu setengah jam yang lalu dan kini mereka sedang bergerak ke destinasi yang seterusnya. Lisa tertidur tanpa sebab mungkin dia keletihan kerana semalam dia tidak tidur semalaman dan dia mimpi perkara yang sama berulang kembali ketika keluar dari banguna SME itu akan tetapi yang berbezanya hanya lembaga hitam itu tiba-tiba menyerangnya secara mengejut. Oleh kerana itulah, Lisa menjerit seperti orang gila dan Jr meminta semua orang turun dari kereta apabila keluar dia tolong bukakan pintu di tempat duduk Lisa. Exo datang dan bertanyakan soalan kerana terkejut pada masa yang sama Fiona cuba memengang tangan Lisa akan tetapi ditolak dan kawan baiknya itu terjatuh di tepi jalan raya itu...

 

Tirana pula yang cuba memengang tangan Lisa... Dia membaca ayat-ayat suci al-quran dan bisikkannya ke telinga Lisa. Gaya Lisa sekarang terkena hesteria dalam tidur agaknya sebab itu dia selalu menjerit ketika tidur.

 

"Lisa..." setelah ayat al-quran dihabiskan bacaannya oleh Tirana... Lisa dipanggil berkali-kali... Dan akhirnya Lisa bukakan matanya...

 

"Lisa.." panggil Fiona. Lisa terus memeluk Fiona dalam keadaan yang mengigil dan tidak tentu arah. Dia sememangnya takut... terlalu takut... air mata berlinangan di wajahnya...

 

"Di-di-dia datang la-lagi Fi..." kata Lisa tergagap... 

 

Jr hanya berdiri di sebalik pintu kerana tidak dapat berbuat apa-apa selain menyaksikan perkara yang berlaku di depan matanya begitu juga dengan Exo... 

 

"Apa yang berlaku?" bisik Xiumin ke telinga Luhan dan ia berangkai-rangkai pertanyaan itu ke setiap ahli Exo dalam keadaan berbisik dan diakhiri dengan Suho yang juga cuba untuk berbisik  dengan orang di sebelahnya akan tetapi tiada sesiapa pun. Dia menjeling tajam kesemua ahli exo dan ahli yang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D