Part 35

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Langkah semakin ke hadapan... Entah mengapa dia pula yang rasa mahu tercabut jantung dari tubuh badannya tatkala dia memengang tombol pintu...

 

Setelah hembusan nafas di buat beberapa kali. Barulah dia mengambil keputusan untuk membukanya dan apabila pintu di muka matanya bertemung dengan anak mata manusia yang sedang tersengih kambing depannya itu...

 

"Ehhhh..." suara terkejut seorang gadis mula berkumandang di dalam rumah itu membuatkan Lisa cepat-cepat mengapai tudungnya lalu disarungkan ke kepala. Perlahan-lahan dengan kaki berjengket dia mahu menghampiri kawasan pintu utama rumah...

 

"Siapa Krystal?" tanya Lisa perlahan seperti berbisik sedangkan Krystal langsung tak dengar pertanyaan itu. Dah cakap macam si Krystal ada sebelah dia je memang tak lah gadis korea tu nak menjawab sebab dia berada di pintu utama. Lisa pula hanya menjengah pintu utama tu dari pintu bilik Fiona...

 

"Siapa?" sekali lagi dia memanggil dan bertanya akan tetapi tetap sama seperti awal tadi... "Apasal suara aku tak nak keluar ni?" tanya Lisa sendirian... "Siapa?" tiba-tiba suara Lisa bertukar garau membuatkan Krystal menoleh laju ke arahnya. "Nugu?" tanya Lisa... Belum sempat Krystal mahu menjawab dengan selamba je manusia berkaki dua erk takkan berkaki empat itu haiwan dah tu. 


Masuk ke dalam rumah dengan muka yang tak reti nak malu atau memang nak suruh orang malukan dia...

 

"Krys... Buatkan air untuk saya..." tetiba saja manusia itu mengarahkan Krystal membuatkan seteguk minuman kepadanya. 

 

"Hey ya! siapa kau?" tanya Lisa yang masih memengang tudung sarungnya kerana dia tidak memakai sebarang pin untuk menguncikan tudung itu...

 

"Tak kenal ke?" tanya manusia itu sambil menarik cermin mata hitam yang dia pakai.

 

"Nak kenal apa? rambut dah macam badut sarkas. Jalan macam orang poyo. Kau ni siapa?" tanya Lisa cuba memberanikan diri kerana berasa tidak puas hati.

 

Manusia yang berada tidak jauh dari Lisa itu menelan air liurnya lalu menyarungkan semula cermin mata hitamnya ke mata. Baju kotak-kota yang dipakainya , cuba dibetulkan lalu dia berdehem...

 

"Saya adalah putera raja yang datang mahu menyelamatkan adinda..." tiba-tiba saja manusia itu melutut ke arah Lisa dan membuatkan Lisa terundur sedikit ke belakang. Tangan manusia itu dihulurkan kepada Lisa sambil menengakkan badan dalam keadaan dia melutut itu seraya mengukirkan senyuman yang menampakkan giginya sehingga silau mata Lisa dibuatnya...

 

Krystal datang lalu menarik rambut warna warni yang dipakai oleh manusia itu... 

 

"Ahaa ha ha sakit..." rintih manusia itu sebelum rambutnya di cabutkan dari kepala. Botak? tak dia ada rambut, rambut hitam terpacak lagi. Cermin matanya juga dirampas oleh Krystal dan tidak semena-menannya air yang Krystal bawa dalam jag tadi disiram ke tubuh manusia itu...

 

"Ahhhhh... Sejuklahhh..." jerit manusia itu kerana air yang dituang Krystal itu adalah air sejuk daripada peti ais...

 

"Lah..." Lisa tergamam sendirian melihat manusia itu...

 

"Biar tahu rasa, mengada-ngada... Siapa suruh awak masuk tanpa izin?" tanya Krystal geram...

 

"Sorry, sorry alah... Itu pun nak kecoh... Aku masuk sebab kita semua kan kawan kan Lisa?" tanya manusia itu selamba meminta Lisa menyelamatkan dia...

 

"Maaf, saya sokong kata Krystal." Lisa membuat peace setelah jawapan diberikan...

 

"Kau nak apa datang sini pagi-pagi?" tanya Krystal berang dengan manusia itu... Tuala atau lebih tepat kain buruk di hala kan ke arah manusia itu. Dia mengelap mukanya dan tiba-tiba 

 

"Hacummm." terbersin dia di situ...

 

"Woiiii... awak bagi saya kain tuala ke kain belacan? busuklah..." marah manusia itu... Krystal menuju semula ke dapaur dan mengambil tisu. Puas hati bagi kain banyak bunyi ambil tisu tu baru diam sikit kot...

 

"Ah..." manusia itu masih membuat sikap selambanya di hadapan dua orang gadis itu...

 

"Baik awak cakap, apa yang awak buat dekat sini ha?" Lisa pula bertanyakan soalan.

 

"Saya datang nak ambil dia ni ha. Kan semalam saya dah cakap nak bawa awak jumpa mama saya." kata manusia itu sambil mengelap wajahnya dengan tisu yang diberikan.

 

"Eh! jumpa mama awak? buat apa?" tanya Lisa kehairanan. Ternyata manusia itu adalah Jr. Sejak akhir-akhir ni sikap Jr berubah mendadak sebab apa pun tak tahu. 

 

"Mama saya nak jumpa dialah, nak minta penjelasan pasal gosip tu. Wartawan sampai hari ni asyik bergosip pasal kami je. Pasal awak dengan Baekhyun pun ada juga. Dua berita terhangat di pasaran korea tahu?" tanya Jr lalu menjegilkan matanya menghadap Lisa...

 

"Ta-tahu... tapi kenapa awak berpakaian macam tu? dengan rambut warna warni segala, cermin mata hitam bagai?" tanya Lisa 

 

"Ada wartawan ikut saya tadi. Saya datang naik bas. Sampai dekat depan tu kedai dekat simpang sana, saya tengok ada jual rambut-rambut ni saya beli jela lepas tu pakai. Nak elak dari dikejar." jawab Jr bangga...

 

"Oh..." Lisa hanya meng oh kan saja. Mana tidaknya dia blur seketika pada waktu itu. Dia menghampiri Krystal lalu mengambil rambut warna warni yang dipegang oleh Krystal... Lalu dia mengoncang-goncangkan rambut palsu itu...

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D