Part 17

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Tepat jam 10 malam Lisa terpacak di hadapan rumah Fiona sambil menekan loceng berkali-kali meminta Fiona cepat bukakan pintu rumahnya atau sesiapa sahaja yang berada di dalam rumah tersebut. "Ahhh~ tak balik lagi ke ?" Lisa mengeluh sambil tangan berhenti dari menekan loceng tersebut. 

 

"Ya, ya.. kejaplah... tak sabar-sabar..." rungut Fiona yang baru saja lepas menunaikan solat isyaknya di rumah. Pintu dibukanya. Dilihatnya wajah Lisa yang lesu dan monyok memandang tepat ke wajahnya. Fiona menghampir gril untuk membuka manga yang mengunci grip tersebut sambil bertanyakan soalan. "Kau dah kenapa? dah macam belacan busuk je aku tengok." tanya Fiona... 

 

Lisa membongkokkan badannya masuk ke dalam rumah. Tidak semena-menanya dia hempap Krystal yang sedang nyenyak tidur di atas sofa... "AHHHHHHH...." Krystal menjerit akibat terkejut. Badan Lisa ditolaknya sehingga gadis itu terjatuh ke lantai. 

 

"Sakitlah..." adu Lisa sambil mengosok-gosok lengannya yang masih terasa sakit...

 

"Ishh... you ni Lisa..." Krystal bengang dengan Lisa oleh kerana mengejutkan dia dari mimpi lenanya. Bantal yang dibuat bantal peluk oleh Krystal dibaling kan ke arah Lisa. "Sudahlah busuk... Eeee.." Krystal sengaja membuat muka jijik sambil olok-olok membuang sisa najis di badannya...

 

"Kejam punya kawan. Takpe-takpe awak buat saya macam tu.. Saya tak kawan awak saya nak bunuh dirilah..." usik Lisa lalu dia membuat seolah-olah pistol sedang berada di tangannya. 

 

"Ehh Lisa, you dah kenapa?" tanya Krystal hairan tidak sangka Lisa terasa hati sehingga mahu membunuh diri.

 

"Tak nak kawan dengan you.. Wekkk.." Lisa menjelirkan lidahnya ke arah Krystal lalu mengacukan tangannya yang berbentuk seperti pistol ke kepala...

 

"Bommmmm..." kata Lisa lalu dia pura-pura jatuh tidak sedarkan diri lagaknya seperti kena tembak betul aje.

 

Fiona yang sedang membetulkan telekungnya hanya mengelengkan kepala melihat kerenah Lisa. Lisa yang terbau haruman minyak wangi Fiona terus bangkitkan kepalanya dan bertanya. "Fi, makanan ada ? aku laparlah.." kata Lisa sambil memengang perutnya yang sudah kebuluran... Ketika dalam perjalanan pulang fikirnya Jr akan singgah di mana-mana 7Eleven untuk beli apa-apa kerana Jr bawa kereta macam siput sedut tapi sayangnya tidak. Lisa hanya menahan rasa laparnya sehinggalah pulang ke rumah. Diharapnya di rumah nanti masih ada makanan yang berbaki.

 

"Ada.. kejap aku pergi panaskan. Kau tu pergi mandi dulu.." surh Fiona seperti seorang ibu.

 

"Ala makan dulu tak boleh? lapar sangat ni." renget Lisa...

 

"Eei.. pergi mandilah bau tengik tahu tak?" kata Krystal sambil menutup hidung dengan tangannya.

 

"Alah you pun bau tengik juga.. cakap orang.." Lisa terus bangun dari lantai ingin menuju ke kamar mandi. Krystal yang mendengar kata-kata Lisa sebentar tadi terus mencium-cium bajunya sendirian. Fiona tersengih melihat perkara itu.. Lisa yang melalui kamar Tirana tiba-tiba berhentikan kakinya dan bertanyakan soalan kepada Fiona...

 

"Fi..." panggil Lisa..

 

"Apa?" tanya Fiona yang baru keluar dari kamarnya setelah menyalin telekung kepada tudung sarung.

 

"Mana Tira?" tanya Lisa kehairanan.

 

"Ohh.. Terawih." jawab Fiona ringkas...

 

"Aik.. kau tak pergi ?" tanya Lisa keningnya sudah berjongkit kehairanan..

 

"Tak hari ni aku solat dekat rumah je." jawab Fiona yang sedang melangkahkan kaki ke ruang dapur. Sebenarnya dia tidak senang duduk apabila Lisa tidak pulang-pulang ke rumah sudah jam berapa dia masih tak nampak batang hidung Lisa. Perkara itu membuatkan dia tidak mahu solat terawih kerana ingin menunggu kepulangan Lisa. Jika sesuatu berlaku pada Lisa dia harus bertanggungjawab kerana sekarang Lisa adalah tanggungjawabnya malah ibu Lisa sendiri pun sudah percayakannya jika terjadi sesuatu yang tidak diingini sudah pasti ibu Lisa tidak akan percayakannya lagi.

 

"Sedaplah.. nak rasa.." Lisa menghampiri dapur lalu ingin mencuit kuah yang sedang dipanaskan membuatkan Fiona membuntang matanya.. 

 

"Heh.. budak ni.. pergi mandi sana..." marah Fiona sambil menolak-nolak badan Lisa menyuruhnya pergi mandi.

 

"Ala laparlah.." Lisa masih memberikan alasan...

 

"Dah solat belum?" Fiona terus bertanyakan soalan tersebut kepada Lisa. Krystal yang menghampiri dapur bertanya.

 

"Solat? apa tu?" tanya Krystal hairan..

 

"Belum lagi.. nantilah makan dulu...isi perut yang tengah lapar ni.." jawab Lisa sambil mengukirkan senyuman paling manja untuk memujuk Fiona agar membenarkan dirinya makan terlebih dahulu.

 

"Yela, yela.. ish macam budak-budak." rungut Fiona..

 

"Well aku memang budak-bud

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D