Part 56

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

"Mak Long..." jerit Lily yang berada di luar bilik hotel. Barang shopping terlalu banyak dibelinya sehingga penuh tangan kiri dan kanannya. Sewaktu keluar tadi dia lupa pula nak bagitahu yang dia akan balik lewat sebab takut-takut sesat jalan. Lily mengapai telefon bimbitnya di dalam beg tangannya. Keadaan yang sedang sarat dengan beg shopping memang mustahillah untuk dia bawa keluar telefon bimbitnya itu.

 

"Ahh..." lily menjerit kecil apabila telefon bimbitnya terjatuh jauh ke pintu hadapan bilik sebelah. Mimik muka rimas Lily mula ditonjolkannya. Dalam dia mahu mengambil telefon tersebut pintu bilik itu terbuka dan muncullah susuk tubuh seorang lelaki di celah pintu itu. Langkahnya diatur keluar dan nyaris-nyaris nak terpijak telefon Lily. "ANDWEAAAA..." jerit Lily membuatkan lelaki itu terhenti langkahnya. Lily melepaskan nafas lega lalu dia berkata...

 

"Di bawah!" Lily meminta lelaki itu pandang bawah dan lelaki itu langsung tidak menghiraukannya. Sekali lagi dia mahu melangkah dan Lily yang naik berang itu tanpa segan silu menolak lelaki tersebut sehingga terjatuh. Gadis itu membongkok ke bawah untuk mengambil telefonnya. "KAU BUTA KE?" marah Lily sambil menjengilkan matanya.

 

Lelaki itu hanya memerhati gerak Lily tanpa sebarang reaksi. "Ah! nasib baik tak rosak." rungut Lily sendirian. Dalam leka mencari nombor telefon mak longnya pintu bilik hotelnya terbuka dan terpancul Pak Man di muka pintu.

 

"Lah Cik Lily buat apa dekat luar ? kami dah nak berbuka ni." kata Pak Man membuatkan Lily menarik muka dan masuk ke dalam bilik sambil merempuh Pak Man dengan beg-beg shoppingnya. 

 

"Saya panggil berkali-kali. Tak ada seorang pun bukakan pintu. Nasib hotel ni bukan saya punya kalau tak dah lama saya tendang." kata Lily dengan garangnya. Lily juga mempunyai sifat yang lebih kurang sama dengan Lisa kerana kedua-duanya panas baran cuma Lily panasnya cepat reda manakala Lisa lambat mahu reda...

 

"Maaflah. Kami semua berada di ruang dapur tadi." kata Pak Man...

 

"Tak apalah. Ni buka puasa kita semua makan apa?" tanya Lily dengan nada yang agak lembut daripada tadi.

 

"Semuanya tengah berbincang di dapur." kata Pak Man...

 

"Ah! tak perlu masak banyak-banyak saya dah belikan beberapa lauk ni. Bolehlah panaskan dan hidang. Buka puasa pun tinggal lagi beberapa minit tu. Nanti lambat pula." kata Lily sambil menghulurkan plastik lauk-pauk dan nasi putih kepada Pak Man... 

 

Pak Man pula hanya mengambilnya dan membawanya ke ruang dapur. "Puan, Cik Lily dah pulang. Dia bawakan makanan buka puasa. Dia tak perlu susah-susah masak." kata Pak Man lalu menyerahkan lauk tersebut kepada Mak Jah...

 

"Nampaknya murah rezeki hari ni. Dekat mana Cik Lily beli?" tanya Mak Jah sebaik saja melihat kelibat Lily berada di dapur.

 

"Dekat Itaewon. Dekat sana banyak restoran halal." kata Lily lalu duduk di atas kerusi sebelah Puan Lucy.

 

"Jauh kamu berjalan Lily." suara Puan Lucy kedengaran...

 

"Saja ronda-ronda. Bukan selalu ada peluang macam tu. Oh ye esok kan kita bertolak ke rumah Fiona kan?" tanya Lily 

 

"Ha,a esok..." jawab Puan Lucy sambil menganggukkan kepalanya.

 

Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 menandakan buka puasa sudah pun tiba. Lily dan Puan Lucy menjamah makanan dengan begitu berselera sekali setelah selesai berbuka puasa mereka menunaikan solat magrib bersama-sama.

 

Sementara itu,

 

"Alhamdulillah. Kenyang saya hari ni." kata Lisa sambil mengelap tangannya di atas kain.

 

"Memanglah kenyang. Berapa pinggan awak tambah tadi?" tanya Tirana sambil tersenyum mesra.

 

"Budak ni memang kuat makan. Tak usah cakaplah. Semua makanan dia telan." sampuk Fiona yang sedang membawa pinggan mangkuk yang kotor ke singki.

 

"Abis tu awak larat ke nak buat terawih ni Lisa kalau tiap-tiap kali puasa makan banyak sangat?" tanya Tirana...

 

"Saya buat je... Lagi terawih perkara sunat. Sola

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D