Part 38

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Hampir setengah jam Baekhyun tunggu di luar rumah Lisa. Sedikit sebanyak membuatkan dia mengelamun jauh. Sebelum keluar rumah tadi dia mendapat panggilan dari Kim Young Min yang berbaur ugutan. 

 

 

Flash Back

 

"Kamu harus bawa dia ke sidang akbar hari ni... Ramai wartawan mahukan kepastian hubungan kamu berdua memandangkan mereka ternampak kamu berdua di ITAEWON semalam." sengaja Kim Young Min kuatkan nada Itaewon itu. 

 

"Kenapa pula? kami baru date sehari itu pun wartawan mahukan kepastian ? belum genap 10 hari lagi, wartawan nak masuk campur dalam hal ni." getus Baekhyun, sesungguhnya dia mahu saja meninggikan suara ketika itu. Dia benci apabila di arah-arah seperti robot begitu saja. 

 

"Siapa suruh date pertama kamu dibiarkan wartawan lihat? kamu pasti semalam tiada seorang wartawan ikuti kamu? jika kamu pasti perjumpaan dengan wartawan hari ini dibatalkan." tanya Kim Young Min sengaja mahu bermain tarik tali dengan Baekhyun.

 

"Ahhh..." Baekhyun mengeluh sesungguhnya dia tidak berani menipu dan dia tidak gemar menipu. Walaupun sikapnya kadang-kadang dingin dan kadang-kadang pelik. Dia masih tetap seorang yang jujur dalam hal-hal yang berkaitan dengan dirinya. Cuma satu dia lebih suka berahsia dari bercakap terus. Itu sahaja.

 

"Satu lagi, gambar perempuan kamu menampar wajah Lisa juga wartawan telah mengambilnya. Jika bukan kerana kes itu aku tak payah susah-susah suruh kamu berjumpa dengan wartawan ini." sambung Kim Young Min, dengan serta mertanya membuatkan Baekhyun teringat peristiwa di mana Lisa kena tampar dengan Hyeri...

 

"Alamat?" tanya Baekhyun setelah hampir 20 minit dia berdiam diri...

 

Kim Young Min pun memberikan alamat kepadanya setelah itu talian dimatikan oleh Baekhyun tanpa mendengar arahan seterusnya dari Kim Young Min. Setelah itu dia bergegas ke atas semula untuk bersiap.

 

End Flash Back

 

 

Kedengaran pintu grill dikunci, Baekhyun cepat-cepat menghentikan lamunannya lalu menoleh ke arah Lisa yang sedang mengunci pintu grill rumahnya.

 

"Dah jom. Kita nak pergi ke mana?" tanya Lisa sambil menepuk-nepuk bajunya yang sedikit kedut.

 

"Ikut jela, banyak bunyi pula." marah Baekhyun lalu membuka langkah meninggalkan Lisa di belakang.

 

"Eh, dia suruh aku siap cepat-cepat macam ada hal mustahak je, dah siap marah pula. Dia ni betul ke tidak?" tanya Lisa sendirian sambil membututi Baekhyun dari belakang.

 

Sampai di bawah, Baekhyun mendapatkan keretanya di tempat parkir. Lisa pula menunggu di luar lobi aparment kerana ikut arahan Baekhyun. Selang beberapa minit, kereta sport merah milik Baekhyun tiba di hadapan Lisa dengan serta merta Lisa melompat masuk ke dalam perut kereta mewah itu. Akan tetapi setelah pintu ditutup, kereta langsung tidak berjalan. Lisa menjengah ke arah Baekhyun lalu bertanya.

 

"Kau ada masalah ke?" tanya Lisa apabila melihat Baekhyun sedang menyandarkan diri di kerusi pemanduannya.

 

"Aku nak tanya kau?" Baekhyun mula berkata-kata.

 

"Apa dia?" tanya Lisa sambil memeluk bangku kepala bangku di sebelah tempat pemanduan kereta kerana Lisa duduk di bahagian belakang jadi memang bolehlah dia memeluk bangku itu.

 

"Aku dah terpengang kau sebanyak 4 kali." Baekhyun mengutarakan soalannya akan tetapi tidak habis.

 

"Jadi?" tanya Lisa hairan...

 

"Aku ada baca semalam..." Baekhyun mengalihkan pandangannya ke arah Lisa yang sedang mengerutkan dahinya. "Yang perempuan macam kau, tidak boleh berpengangan tangan dengan mana-mana lelaki yang bukan mahram kau. Jadi aku nak tanya mahram tu apa?" lain yang mahu ditanya lain pula mulut berbicara.

 

"Oh, itu..." Lisa hanya mengangguk kecil. 

 

"Jawablah..." tegas Baekhyun...

 

"Sebenarnya, mahram itu adalah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram bernikah dengannya." jawab Lisa dengan yakin...

 

"Err macam mana tu?" tanya Baekhyun kurang faham maksud yang cuba disampaikan oleh Lisa.

 

"Macam ni, mahram membawa maksud lelaki dan perempuan itu boleh bersentuhan akan tetapi mereka dilarang berkahwin. Contohnya, orang yang haram untuk aku berkahwin dengannya adalah bapa kandung, bapa suadara, bapa mertua, bapa susuan, anak kandung, anak tiri, anak susuan, saudara lelaki kandung, suadara lelaki susuan, anak suadara lelaki. Okay, Dengan apa yang aku senaraikan tadi. Mereka boleh bersentuhan dengan aku tapi tidak boleh jika mahu berkahwin." terang Lisa sambil menganggukkan kepalanya perlahan apabila dia yakin dengan jawapannya.

 

"Jadi kau dengan aku?" tanya Baekhyun 

 

"Kita boleh berkahwin dan haram jika bersentuhan." Lisa menerangkan lagi akan tetapi kali ini ringkas dan padat membuatkan Baekhyun terpingapinga sendirian.

 

"Maksudnya?' Baekhyun bertanyakan soalan.

 

"Maksudnya, kau bukan salah seorang yang aku senaraikan tadi kan? jadi kau dengan aku boleh berkahwin dan kita tidak boleh boleh bersentuhan seperti berpelukan, menampar seperti guraun manja-manja, tarik telinga, berpe

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D