Part 50

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Di Itaewon...

 

Di sebabkan tinggal lagi 4 hari mereka mahu meraikan kedatangan syawal. Tirana dan Fiona telah mengambil keputusan untuk pergi membeli belah bersama tanpa Lisa dan Krystal. Mereka harus menghias rumah dan membuat kuih untuk hari raya yang bakal tiba. Lagi pula rumah mereka akan dikujungi orang-orang dari Malaysia. 

 

"Kita beli langsir baru nak? saya tengok langsir dekat kedai sana tu murah." ajak Tirana sambil menepuk perlahan bahu rakannya itu yang sedang mengelamun jauh...

 

"Ah. Jom lah... Tapi awak belanja ye. Hehe." sakat Fiona lalu ketawa kecil kerana geli hati melihatkan Tirana memuncungkan bibirnya. "Ala, saya gurau jela. Dah lah jom pergi." ajak Fiona pula lalu menarik tangan Tirana menghampiri kedai-kedai yang menjual langsir tersebut.

 

Selesai membeli-belah untuk keperluan rumah mereka menuju ke super market yang berdekatan dengan kedai-kedai tersebut. Mereka mahu membeli kuih muih untuk hari raya, nampak gayanya mereka tidak sempat mahu membuat sebarang kuih raya pada tahun ini kerana puasa hanya tinggal 4 hari saja lagi mana sempat mereka mahu mengejar ke sana dan ke sini tambah-tambah lagi dengan keadaan Lisa yang belum pulih dan Krystal yang menghadapi tekanan. 

 

"Awak tak nak beli baju raya ke?" tanya Tirana setelah selesai membeli kuih muih di pasar raya tersebut. Mereka menuju ke arah tempat parkir kereta yang di mana kereta Fiona terletak di situ...

 

"Saya terlupa pula baju raya, itulah asyik sangat beli barang-barang lain." rengek Fiona sendirian. Tirana perasan akan perubahan drastik di wajah Fiona sejak semalam lagi. Fiona kerap kali termenung dan bermurung mungkin kerana letih atau terlalu banyak berfikir tentang kawan-kawan serumahnya...

 

"Aih awak ni, itulah lain kali jangan asyik termenung je. Kan barang untuk diri sendiri dah lupa. Kalau dekat rumah tu ada mesin jahit tak apa juga boleh saya buat baju raya untuk kita semua." kata Tirana yang sedang menyimpan barang di dalam bonet kereta Fiona...

 

"Tapi sayang, rumah saya tak ada semua tu. Haha dah lah jom kita masuk kedai tu. Saya nak belikan baju untuk LIsa dengan Krystal sekali." kata Fiona dengan terujanya dia melangkah laju meninggalkan Tirana di belakang yang masih tergopoh gapah mahu melintas jalan.

 

"Awak ada duit ke nak belikan untuk mereka?" pertanyaan itu membuatkan Fiona mengalihkan pandangan ke arah Tirana yang berada di sebelahnya.

 

"Entahlah." jawab gadis itu sambil mengerutkan dahinya yang sememangnya dari tadi asyik berkerut.

 

"Haha... kalau tak cukup tak apa, kita bahagikan dua. Saya belikan baju untuk Krystal, awak belikan baju untuk Lisa amacam? ada bernas?" tanya Tirana sambil menjongkitkan keningnya sebelah.

 

"Okay deal." jawab Fiona lalu tersenyum rakus melihat wajah Tirana yang sedang mengalami perubahan pelik apabila dia mengangkat keningnya.

 

"Yang awak asyik tersenyum-senyum tengok saya ni kenapa?" tanya Tirana berasa hairan akan gadis di sebelahnya itu masakan melihat wajahnya asyik tersenyum seorang diri...

 

"Buruklah awak angkat kening sebelah." jawab Fiona lalu terletus ketawanya tapi dicover dengan tangan mulutnya.

 

"Eii... Jahatnya." lengan Fiona dicubik dan di pukul lembut oleh Tirana. Setelah itu mereka ketawa bersama-sama sambil langkah kaki menuju ke arah kedai menjual baju raya yang cantik-cantik belaka... 

 

Sementara itu, 

 

Ryu dan Shin tiba di sebuah gudang lama yang di mana terdapa beberapa polis sudah sampai terlebih dahulu antaranya adalah Jungkook. Mereka bertembung dan saling terkejut melihatkan diri masing-masing berada di situ...

 

"Kau buat apa dekat sini? bukan ke kau patut lindung Cik Krystal?" tanya Shin seperti tidak berpuas hati melihat Jungkook berada di situ. Jungkook hanya tersenyum tanpa sebarang kata. Dia bukan tidak mahu menjawabnya cuma dia diarahkan supaya jangan bersuara buat seketika waktu entah mengapa pun tidak tahu...

 

Ryu memakai sarung tangan yang diberikan oleh pihak polis yang berada di tempat kejadian. Kereta yang dijumpai seperti baru saja tinggalkan oleh penggunanya. Ryu memasuki kawasan yang sudah ditanda tersebut tanpa menunggu rakannya Shin yang sibuk dengan Jungkook. 

 

Jungkook melepasi Shin tanpa sebarang jawapan atau soalan. "Hoiii aku cakap dengan kau ni." jerit Shin, geram dengan sikap Jungkook itu. Tanpa mengendahkan Shin, Jungkook memasuki keretanya dan terus meluncur laju keluar dari kawasan hutan tersebut.

 

"Hoiiii... Dari kau sibuk pasal Jungkook baik kau buat kerja kau sini." marah Ryu. Dia yang dipaksa ke tempat itu dia pula yang mengambill tindakan sendirian. Geram pula rasanya dia dengan Shin yang suka membuat kerja sambil lewa itu. Bagaimana boleh jadi anggota polis pun tak tahu dengan sikapnya seperti itu memang awal-awal lagi sewaktu temu duga harus ditolak tepi...

 

Shin menghampiri Ryu dengan wajah yang rimas. Ryu menunjukkan satu barang perempuan di bahagian tempat pemandu.

 

"Kenapa kereta ni dibiarkan di sini? nak bagi senang tangkap atau?" Shin mula menggunakan segala fungsi otaknya untuk berfikir. Gerak langkahnya perlahan-lahan memasuki gudang tersebut. Dia meneliti seluruh sisi gudang besar itu dan matanya tertumpu pada satu tiang yang di mana tepinya ada tali pengikat...

 

Pegawai polis itu menghampiri tiang tersebut dan cuba melihat tali yang berada di sisi tiang itu. Terdapat kesan darah di tali tersebut... Shin bertambah ligat memikirkan siapa pula yang kena ikat di tiang tersebut. Ryu menghampiri dan dia juga mahu memberitahu ada kesan darah di atas lantai sebelah kanan mereka. Disertai dengan satu puting rokok yang hanya separuh digunakan. Puting rokok itu diambil Ryu dan ditunjukkan kepada Shin...

 

"Nampaknya, orang yang merancang penculikan mereka adalah seorang perempuan." kata Ryu dengan wajah yang penuh yakin. Di puting rokok itu terdapat kesan lipstik milik seorang perempuan... 

 

"Kau bagi semua barang ni dekat pembantu makmal. Buat analisis DNA. Selain tu darah dekat atas lantai tu kau ambil dan masukkan dalam plastik dan serahkan ke bahagian makmal." arah Shin kepada Ryu dan rakannya itu hanya mengikut tanpa membantah...

 

"Banyak pertunjuk yang mereka tinggalkan. Tapi kenapa terlalu banyak? mereka lari dari sini sebelum sempat mengemas tempat ini ke?" Shin mula membuat teorinya sendiri...

 

Leo dan Ren memandang sesama sendiri apabila mereka menemui sarung kasut seseorang di belakang gudang tersebut. Dengan perlahan-lahan mereka mendekati sarung kasut itu dan cuba mengalihkan sarung kasut itu. Sebelum itu, di tangan masing-masing sudah memengang sepucuk pistol sebagai langkah berjaga-jaga...

 

Pusing saja sarung kasut itu. "Arhhhhhhhhhhhhhh..." Ren menjerit sekuat hatinya apabila dia kakinya ter

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D