Part 23

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Di suatu tempat yang usang dan gelap...

 

Ada seorang gadis sedang terbaring. Gadis itu mula sedarkan dirinya, matanya perlahan-lahan dibuka... Di kepalanya terasa sakit sangat. Perkara yang pertama dia buat adalah hendak memengang kepalanya. Baru sahaja dia ingin mengangkat tangannya, dia mula menjerit kesakitan. Tangannya berdarah dengan teruk sekali. Perlahan-lahan dia cuba bangunkan dirinya. Dia ingin menyandarkan diri ke dinding yang menjadi pelindung di sekeliling. 

 

"Aku dekat mana ni?" tanya gadis itu sendirian... Melihat ke sekililing yang nyata itu bukan dunia realitinya.

 

"Welcome Lisa..." satu suara sinis menyapa telinga gadis itu membuatkan gadis itu terkejut. Perlahan-lahan bayangan hitam itu menghampirinya dan gadis itu menjerit ketakutan...

 

"Hey, kau okay tak ni?" Fiona mengoyangkan bahu Lisa sekuat hatinya kerana geram dengan perbuatan sahabat baiknya itu. Lisa yang sudah 15 minit termenung itu mengerakkan anak matanya memandang Fiona...

 

"Kenapa kau minum air sampai macam ni sekali? kalau ye pun kau sakit... Aku tahu tapi minum secara sopan tak boleh ke? ni tudung ni kenapa kau buka? kau tahu kan haram tunjuk aurat pada wanita bukan beragama islam." Fiona mula membuka ceramahnya. Tudung yang berada di atas lantai itu diambilnya dan menunjukkan ke arah Lisa.

 

"A-ak-aku haus je. Aku minumlah." prostes Lisa...


"Haus? kau baca bismilah tak masa minum tadi? kalau kau uzur aku boleh terima lagi, kalau kau sakit aku boleh maafkan lagi tapi  kalau kau sengaja aku , Tirana dikira bersubahat dengan kau sebab tak halang perbuatan kau ni." nada Fiona semakin perlahan cuba memujuk supaya Lisa tidak memprotes lagi...

 

"Kau tahu apa? aku haus, hauslah takkan nak minum pun salah?" marah Lisa sambil menjeling ke arah Fiona...

 

"Astafirullahalazim, Lisa... awak sedar apa yang awak cakap ni?" Tirana pula menyampuk sudah tidak tahan dengan sikap rakan serumahnya itu.

 

"Aku sedar apa yang aku cakap, kau berdua tak payah nak ajar akulah." Lisa mula berbicara aku kau dengan Tirana. Perubahan ini membuatkan seluruh isi rumah itu terkesima dengan apa yang sudah berlaku. Fiona terkedu , Tirana terkesima, Krystal tergamam. Semua tidak dapat berkata-kata lagi. Fiona hampir-hampir ingin mengalirkan air matanya di hadapan sahabatnya itu. Akan tetapi ditahannya dan sedaya upaya menyedarkan Lisa semula.

 

"Lisa..." tangan Fiona memengang kedua-dua belah bahu Lisa... Lisa melihat kedua-dua tangan Fiona berada di atas bahunya. Matanya mula berubah marah.

 

"Kau sedar tak ni? kau kenapa? mana pergi kawan aku yang jaga kelakuannya? mana pergi Lisa yang dulu? kenapa kau berubah teruk sangat sampai jadi macam ni Lisa?" tanya Fiona dalam pada masa yang sama air mata yang cuba ingin ditahan mengalir keluar dari tubir mata Fiona...

 

Lisa menepis tangan Fiona dari bahunya dengan kasar. "Aku sedar, aku bukan kawan kau lagi jadi jangan pandai-pandai nak ajar aku." jawab Lisa lalu tudungnya yang berada di tangan Fiona diretapnya. Langkah dibuka ingin meninggalkan kawasan dapur itu. Sewaktu dia membuka langkah , Tirana menahannya dan berkata...

 

"Mengucap Lisa..." pesan Tirana akan tetapi tidak sewena-wenanya wajah mulus Tirana di hinggap tapak tangan Lisa sehingga gadis itu terjatuh ke lantai. Fiona kelam kabut mendapatkan Tirana dan cuba mengangkat rakannya itu.

 

"Lisa!!! kau jangan buat aku hilang sabar dengan kau Lisa." nada suara Fiona sudah berubah, dia mula meninggikan suaranya. Tirana meminta Fiona mengucap kerana mereka masih berpuasa ada lagi 3 jam lagi untuk mereka berbuka puasa...

 

"Kau berani? buatlah." jawab Lisa lalu menhayunkan langkah kakinya masuk ke dalam kamar Fiona dan menguncikan pintu itu dari dalam.

 

Krystal mendekati Tirana dan Fiona lalu berkata...

 

"Saya minta maaf." kata Krystal lalu mengalirkan air matanya kerana rasa bersalah sedang menyelebungi dirinya...

 

"Sudahlah Krystal, ini bukan salah awak pun... Jadi tak usahlah awak meminta maaf." pujuk Fiona...

 

"Saya yakin dia jadi begitu kerana saya." kata Krystal masih menyalahkan diri sendiri...

 

"Tak apa Krystal... Walau apa pun yang berlaku. Kita akan cuba bantu awak dan Lisa. Okey?" pujuk Tirana pula...

 

"Ya! kami akan cuba bantu awak dan Lisa sedaya upaya kami jadi awak janganlah risau." pujuk Fiona pula...

 

Krystal hanya mengangguk setuju airmatanya dilap dengan belakang tangannya.

 

Di dalam bilik Fiona. Lisa menghadapkan wajahnya ke cermin...

 

"Aku akan pastikan yang aku dapat balik barang aku, kalau ada sesiapa halang aku, dia akan matiii... Hahahaha...!!!" tiba-tiba Lisa gelak mengilai membuatkan Tirana dan Krystal terkejut besar. Fiona pula cuba menenangkan dirinya yang sudah banyak kali terkejut dengan apa yang berlaku hari itu...

 

"Betul ke itu Lisa?' tanya Krystal cuba bertanyakan kepada rakan-rakan serumahnya cuba mencungkil pendapat mereka.

 

"Saya tak pasti sama ada dia ke bukan." jawab Fiona...

 

"Eh! Fi, awak ada dengarkan yang malam semalam Lisa kata jika Krystal tidak pulangkan barang tu... Benda itu akan masuk ke tubuh Lisa?" tanya Tirana cuba merungkai mesteri yang berlaku...

 

"Saya ada dnegar." jawab

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D