Part 24
Cinta Di Hari Raya...Selesai berbuka puasa, Fiona dan Tirana mengemas meja makan Krystal juga turut membantu mereka berdua mengemas. Lisa baru keluar dari kamar Krystal. "Dah abis makan ke?" tanya Lisa perlahan mukanya pucat lesu seperti sudah berhari-hari tidak makan...
"Dah, kau nak makan...?" tanya Fiona prihatin. "Yela, aku nak makan... Lapar." rintih Lisa sambil memengang perutnya. "Nasib baik kau masih Lisa, kalau muka kau berubah juga langsung aku tak layan." jawab Fiona selamba.
"Heh, yeke? nasib jela." jawab Lisa juga selamba.
Fiona hanya menjelingnya tajam... Lisa mengambil tempat duduk di kerusi meja makan tersebut . Dalam waktu itu dia memandang ke arah Krystal sambil tersenyum mesra. Krystal membalas senyumannya dalam ketakutan.
"Fi, malam ni awak nak pergi terawih tak?" tanya Tirana yang sedang mengangkat pingan kotor ke ruang dapur.
"Tak apalah Tira, awak pergilah... Saya nak buat dekat rumah sambil-sambil tu nak perhatikan gerak geri Lisa manalah tahu dia buat benda tak elok dengan Krystal sekarang ni kan dalam badan dia ada benda lain selain dia." kata Fiona separuh berbisik.
"Aku dengar!" kata Lisa yang entah dari mana dia dapat kuasa pendengaran sebegitu jauh... Dia hanya tersengih melihatkan muka terkejut Fiona dan Tirana.
"Kalau macam tu tak apalah Fi, saya pergi seorang diri. Hurm..." Tirana ligat memikirkan sesuatu di kepalanya.
"Awak fikir apa ni Tira?" tanya Fiona yang mengesan tindak tanduk Tirana itu.
"Tak ada apa-apa." jawab Tirana.
"Awak berdua hendak pergi ke masjid?" tanya Krystal
"Tidak, saya seorang sahaja?" jawan Tirana lembut.
Krystal hanya mengangguk tanpa banyak soal.
Malam itu Krystal hanya duduk di ruang tamu sambil melihat gambar-gambar ketika dia masih kecil dan sehinggalah dirinya sudah meningkat dewasa, gambar bersama rakan baiknya itu juga dilihatnya. Perlahan-lahan air mata di seka.
Fiona pula setelah selesai membuat terawih di rumah dengan hanya 8 rakaat sahaja jika dia ke masjid selalunya akan dibuatnya sebanyak 20 akan tetapi , pada malam itu dia mahu menghabiskan masa dengan membaca ayat-ayat suci dari senaskah al-quran. Dia mahu menenangkan jiwanya yang bercelaru memikirkan keadaan Lisa.
"Bismillahiramanirahim..." Fiona teruskan bacaannya sehinggalah Lisa yang berada di bilik Krystal berasa panas akibat bacaan yang dibaca oleh Fiona.
"Diammmmmmlaahhh." jerit Lisa tidak senang duduk...
Akan tetapi Fiona tidak mempedulikan semua itu. Dia teruskan bacaannya sehinggalah Lisa keluar dari bilik Krystal membuatkan Krystal berasa gerun melihat langkah Lisa yang menyeramkannya itu.
Pintu kamar Fiona dibuka seluasnya dan dia melihat Fiona sedang kusyuk membaca al-quran tanpa perasan yang dia berada di situ.
"Heiiii!!! Diamlahhh..." jerit Lisa.
"Aku boleh berhenti dengan syarat kau nyah dari tubuh kawan aku." Fiona memberikan syarat kepada roh yang sedang berada di dalam tubuh Lisa.
"Aku takkan pergi selagi dia tak relakan aku pergi...Dan kembalikan barang aku." tangan Lisa menunjuk ke arah Krystal.
"Barang apa yang kau mahukan?" tanya Fiona...
"Barang aku!" tengking Lisa...
"Jika kau masih berdegil aku akan teruskan bacaan aku." kata Fiona lalu menyambung semula. Lisa menjerit kepanasan...
Dia terguling-guling di atas lantai sambil menjerit Krystal berasa bingit telinga mendengar Lisa menjerit kasihan dia lihatnya akan tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa selain melihatnya dari jauh. Dia juga berasa ketakutan di saat itu...
Setelah beberapa minit Lisa menjerit akhirnya dia mengalah, dia tidak boleh tandingi ayat al-quran dia harus mengalah sebelu
Comments