Part 48

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

"Awak patut pulang Krystal. Sudah lewat malam..." suara Jungkook menusuk ke telinga Krystal dengan serta mertanya gadis itu mengelap air matanya dan cuba menyorokkan mata yang merah dari pandangan Jungkook... "Tak perlu sorok, saya tahu awak nangis. Sudahlah... Hari semakin lewat. Awak patut pulang..." kata Jungkook lalu mempelawa diri untuk menghantar Krystal pulang...

 

Krystal hanya mengikut tanpa sebarang kata... Dia masih ragu-ragu tentang kejadian yang berlaku di balai polis tadi... Adakah benar lelaki itu bapanya atau itu semua hanya helah semata-mata?

 

Hampir satu jam lebih barulah Krystal sampai di rumahnya. Dia mengucapkan terima kasih kepada Jungkook lalu dia berlalu masuk ke bangunan apartment rumah Fiona. Perlahan-lahan dia menuju ke arah lift dan apabila lift itu terbuka dia terus meluru masuk dan menekan nombor 4. 

 

Tirana dan Fiona masih sabar menunggu. Mereka benar-benar risau akan Krystal dalam keadaan itu masing-masing cuba memanjatkan doa kepada Allah S.W.T supaya semuanya berada di dalam keadaan selamat...

 

"Tok-tok..." pintu diketuk kuat dan Fiona terkejut mendengarkan ketukan itu. Tanpa menanggalkan telekung di tubuhnya dia meluru keluar dari bilik. Fiona yang baru saja selesai solat isyak itu cuba menghampiri pintu utama. Tadi mereka berada di hospital, di hospital itu pula tiada surau yang boleh mereka tunaikan ibadat wajib itu. Oleh kerana itu, Fiona qadar solat-solat wajibnya di rumah...

 

Pintu dibuka dan melihat wajah Krystal menyapa... "Krystal?" Fiona terkejut besar lalu membuka manga pintu. Setelah dibuka manga tersebut Krystal meluru ke arahnya dan terus memeluk Fiona dengan erat. Dia memerlukan bahu seseorang untuk meluahkan segala gundah di hati. 

 

Fiona tidak bertanyakan apa-apa dia cuma membiarkan saja gadis itu menangis di bahunya sambil mengurut perlahan di belakang Krystal cuba menenangkan gadis itu...

 

Wajah Krystal kelihatan lesu. Sudah pasti dia tidak makan seharian... Tirana ke ruang dapur untuk menyediakan makanan untuk mereka... Krystal di bawa ke meja makan. Setelah mereka duduk saling menghadap. Fiona mula bersuara...

 

"Awak okay?" tanya Fiona membuatkan Krystal tersenyum tawar...

 

"Saya okay..." jawab krystal diiringi dengan anggukan kepalanya...

 

"Nah makanlah, saya buat nasi goreng je sebab cadang hari ni nak pergi pasar beli barang tapi hari ni macam-macam berlaku jadi kami tak sempat beli barang." kata Tirana seraya menghidangkan nasi goreng di meja makan itu...

 

"Mana Lisa?" tanya Krystal apabila kelibat Lisa langsung tidak dilihatnya.

 

"Err... Lisa ada dekat hospital." jawab Tirana...

 

"Kenapa? Lisa sakit apa?" Krystal tidak jadi mahu menjamah nasi di pinggannya apabila mendengarkan lisa berada di hosiptal.

 

"Tak, waktu awak kena culik siang tadi. Lisa juga turut hadapi benda yang sama. Waktu dia nak lari dari penculik tersebut kaki dia kena tembak dan dia berada di hospital sedang dirawat." jujur Tirana membuatkan Krystal bergegas bangun.

 

"Awak nak ke mana?" tanya Fiona...

 

"Saya nak lawat Lisa." jawab Krystal...

 

"Tak apa, Lisa dah okay. Awak tu yang patut berehat mesti penat seharian dikejar orang jahat." kata Fiona cuba memujuk gadis itu supaya jangan pergi ke hospital... Krystal akur kerana dia sememangnya berasa letih dengan pelbagai ujian yang menimpa dirinya...

 

Selesai makan Krystal masuk ke dalam kamarnya mahu merehatkan tubuhnya... 

 

"Alhamdulillah Fi... Krystal pun dah pulang... Sekarang hanya kerja polis saja mahu menangkap mereka semua." kata Tirana dengan riangnya...

 

"Ye Tira, Alhamdulillah... Syukur pada allah." kata Fiona yang juga turut tersenyum riang...

 

Setelah Tirana dan Fiona masuk ke kamar masing-masing untuk melenakan diri mereka, Krystal yang berada di kamarnya mulai meracau sendirian...

 

"Krystal..." satu suara lantang menusuk ke telinga anak kecil yang sedang duduk di atas pangkin di luar rumah anak yatim Puteri Emas... Anak kecil itu menoleh dan melihat sesusuk tubuh sedang bercekak pinggang di branda rumah anak yatim itu. Anak-anak kecil yang lain sedang leka bermain berhenti dan melihat ke arah gadis kecil itu...

 

"Aku dah cakap jangan keluar! kau degil kenapa?" satu rotan buluh hinggap di tubuh gadis kecil itu. Bertubi-tubi tubuhnya dirotan...

 

"Sakit..." rintih gadis kecil itu...

 

"Disebabkan kau degil malam ni kau jangan makan!" setelah berkata demikian gadis kecil itu ditarik rambutnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Mengalir air mata gadis kecil itu tanpa sebarang tangisan... Sudah biasa dia diperlakukan sedemikian rupa. Tiada sesiapa datang untuk membantu dirinya. Sudah diperlakukan begitu, masuk di dalam rumah di suruh pula mengelap lantai mengunakan kain saja, mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun-timbun di dapur, membasuh kain-kain menggunakan tangannya, membersih rumah anak yatim itu dengan tenaga kecilnya. Sudah sep

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D