Part 46

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

"Kau siapa?" pertanyaa Krystal itu membuatkan ke semua staff menelan air liur mereka... Mahu tidaknya sudahlah bercakap kasar dengan pegawai atasan mereka, mereka sendiri pun tidak pernah berkata sedemikian rupa kepada pihak atasan. Melihatkan mata-mata memandang mereka, lelaki yang sedang berdiri dengan segak itu berdehem untuk beberapa kalinya sambil itu dia membetulkan tali leher yang sedang menglikari lehernya dengan mata yang terpejam. 

 

Ke semua staff yang mendengar terus menyambung kerja mereka tanpa banyak persoalan yang diajukan. Mahu ditengking kuat oleh lelaki itu? pasti mereka takut akan sikap lelaki itu yang semestinya seorang yang berdisiplin, dingin dan tegas itu... Walaupun umur sudah lanjut akan tetapi sikap dan cara perwatakannya persis orang muda saja...

 

Pegawai kanan yang sudah semestinya mengenali lelaki itu mula mendekatkan dirinya dengan Jungkook yang terduduk di atas lantai itu... "Kamu okay?" tanya lelaki itu sambil menghulurkan tangannya mahu membantu Jungkook berdiri dengan stabil semula... 

 

"Perangai anak sama macam bapanya." bisik Jungkook kepada si pegawai kanan lelaki yang berdiri tidak jauh dari Krystal itu.

 

"Sudah namanya pun anak beranak pastilah sikap pun tak ubah sama seratus peratus." bisik pegawai itu pula sambil memapah Jungkook berdiri... "Tuan, saya akan sediakan air... Tuan dan Cik bolehlah sambung di dalam." kata pegawai kanan itu sebelum meminta diri mahu beransur pergi ke dapur di ruang pejabat itu. Sesungguhnya dia ada juga alasan mahu larikan diri dari situasi tegang itu. Bapa berjumpa dengan anak setelah bertahun lamanya tidak berjumpa dan kini mula bersua muka pasti banyak persoalan yang akan diajukan oleh si anak kepada bapanya itu...

 

Lelaki itu menolak pintu yang berdekatan dengan tempat ia berdiri. Seraya menolak pintu itu dia meminta Krystal untuk masuk sekali bersamanya... "Silakan..." lawa lelaki itu dan Krystal berjalan perlahan sebelum masuk dia melihat sekeliling tempat ia berdiri kerana dia pasti ramai orang yang sedang ligat dan fokus dengan kerja mereka itu ada berbisik-bisik soal dirinya yang sedang berada di dalam pejabat tersebut...

 

Krystal menolak pintu itu dan menutupnya dengan lembut... "Jemput duduk." lawa lelaki itu, sesungguhnya wajah Krystal persis lelaki itu tiada yang lain. Dari dahi mereka sehingga ke dagu semuanya mirip dan sama seperti lelaki itu... Krystal hanya menurut tiada sebarang soalan mahu diajukan ketika itu kerana dia masih mahu kan jawapan mengapa Jungkook membawa dia ke situ. Apa motif jejaka kacak lagi muda itu bawa dia berjumpa dengan pegawai atasan tersebut dan dia juga masih tertanya-tanya. 'Siapa anak tuan presiden yang di maksudkan oleh pegawai yang sedang membuat kerja di luar bilik menunggu itu?' 

 

"Pasti kamu tertanya-tanya mengapa kamu dibawa ke sini bukan?" setelah beberapa saat mereka berdua mendiamkan diri, akhirnya si lelaki itu mula bersuara dan pertanyaannya seolah-olah dapat membaca fikiran Krystal ketika itu... 

 

"Kenapa saya dibawa ke sini?" soalan dibalas dengan soalan oleh Krystal kerana dia tidak mahu seperti seorang yang blur di hadapan orang yang berpegaruh di balai polis tersebut...

 

"Saya Presiden Lee... Kamu tidak kenal saya?" tanya lelaki itu lagi membuatkan Krystal mengerutkan dahinya...

 

"Tidak... saya tak pernah kenal awak siapa." jawab Krystal dengan jujurnya. Apa yang dijawabnya adalah benar kerana dia tidak pernah bertemu dengan lelaki itu sebelum ini. Atau pernah tapi dia lupa... 

 

"Nampaknya keluarga angkat kamu tidak pernah ceritakan tentang kewujudan saya." kata lelaki itu selamba seperti pasrah saja ayat yang dituturkan oleh lelaki tersebut... Dia memandang tepat ke wajah Krystal sesungguhnya anak yang tidak membesar di bawah jangaannya itu amatlah dirinduinya. Mahu saja dia bertemu dan bersua muka dengan anaknya ini akan tetapi tiada kesempatan yang membenarkan dia berjumpa...

 

"Siapakah pakcik ni? saya tak kenal pun, dan mungkin pakcik ini kenal dengan keluarga angkat saya bukan?" tanya Krystal kembali. Dia yakin lelaki di hadapannya ini mempunyai pertalian darah dengan keluarga angkatnya dan mungkin juga dirinya. Yela masakan dia mengetahui yang Krystal ini tinggal dengan keluarga angkat? dan kenapa pula keluarga angkat Krystal harus menceritakan kewujudan lelaki yang memakai baju kemeja putih, seluar slat lebar, dan tali leher berwarna merah di hadapannya ini? apa hubungan mereka sebenarnya?

 

"Saya aya-..." belum sempat mahu menjawab soalan itu dengan lancarnya, pegawai kanan kepada presiden lee muncul lalu mengetuk pintu tersebut sebelum memasukinya tanpa arahan dari ketuanya terlebih dahulu. 

 

"Airnya tuan." kata pegawai kanan tersebut sambil mengukirkan senyuman manis kepada Krystal. Dulang yang dibawanya diletakkan di atas meja sebelum beredar keluar dari bilik tersebut. Dia menuju ke ruang dapur yang di mana Jungkook sedang duduk mengosok tali lehernya...

 

"Kamu ada cerita tak dengan dia?" tanya pegawai kanan itu kepada Jungkook...

 

"Tak, appa sendiri cakap jangan cerita apa-apa dekat dia sebab Presiden sendiri nak cerita." kata Jungkook jujur sambil menuang air ke dalam cawan yang dipegangnya...

 

"Bagus-bagus..." Pegawai Kim iaitu pegawai kanan presiden Lee dan juga seorang bapa kepada Kim Jungkook itu telah menepuk-nepuk belakang anaknya dengan lembut... 

 

"Tapi appa..." Jungkook mahu bertanyakan soalan akan tetapi tidak sempat kerana seorang pegawai menghampiri mereka dan bertanyakan soalan...

 

"Siapa yang awak bawa tu Jungkook? anak Presiden Lee ke?" tanya pegawai itu kepada Jungkook membuatkan Jungkook yang sedang meminum air tersedak... Pegawai Kim menghulurkan tisu kepadanya. 

 

"Apa kamu merepek ni Mina?" tanya Pegawai Kim cuba mengalihkan perhatian pegawai Mina itu kerana Jungkook telah memberikan isyarat mata meminta bantuan dari bapanya itu...

 

"Apa pula saya yang merepeknya encik Kim? saya nampak dengan mata kepala saya sendiri yang perempuan tu mirip dengan Presiden. Kalau bukan anak dia siapa?" tanya Mina membuatkan pegawai Kim tersenyum nipis...

 

"Kamu pasti ke yang dia tu anak presiden? ada bukti?" pertanyaan pegawai Kim itu membuatkan Mina mencebik bibir geram ternyata cerita sengsari yang baru muncul itu tidak berjaya didapatkannya. Malah dia juga kalah dalam bermain truth or dare dengan rakan sekerja yang lain...

 

"Tak apalah, saya balik dul

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D