Part 1

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Suatu pagi...

 

"Eh Lisa, cepatlah bersiap tu... Flight kamu pukul berapa ni? dah lambat dah ni." tegur Puan Lucy iaitu Ibu kepada Lisa... Seorang ibu yang caring dan sentiasa menyokong keputusan anaknya akan tetapi membangkang jikalau keputusan anak tunggalnya itu memudaratkan masa depannya. 

 

"Ye bu. Lisa dah nak siap dah ni. Flight pukul 11 pagi sekarang baru pukul 9 pagilah bu. Pergi cepat pun kena tunggu lama juga." balas Lisa sambil tercari-cari kasut yang dia baru beli dua hari lepas.

 

Sewaktu dia dapat informasi daripada pensyarahnya di Universiti Malaya pada minggu lalu bahawa dia akan terbang ke korea untuk menjalanani kursus perakauanan selama setahun, dia berasa sangat gembira sehingga senyuman tidak lekang di bibirnya. "Mana pula kasut aku ni?" tanya Lisa sendirian lalu mengerutkan dahinya...

 

"Apa lagi kamu buat tu? memanglah flight pukul 11, habis tu kamu tak mahu sarapan dulu ke?" tanya Puan Lucy masih mengomel sendirian dengan perangai anak tunggalnya itu.

 

"Ye bu kejap." balas Lisa.

 

"Ya Allah, budak bertuah ni... cari apa lagi dalam stor tu? kamu nak bawa barang-barang dalam stor tu sekali ke?" tanya Puan Lucy terkejut apabila melihat Lisa memungah-mungah barang di dalam stor tersebut sehingga berselerak dibuatnya.

 

"Takdelah bu... Lisa cari kasut Lisa ni bu... ada nampak tak? kasut warna merah yang Lisa tunjukan dekat ibu dua hari lepas tu." tanya Lisa sambil memandang tepat ke wajah ibunya...

 

"Eh takdelah pula... kamu letak dekat dalam stor ke? ke kamu salah letak cuba cari dekat rak kasut..." jawab Puan Lucy...

 

"Erk, Lisa letak dalam stor ni bu... sekali dengan kotak dia. Ni dengan kotak-kotak sekali hilang." jawab Lisa tidak berpuas hati...

 

"Carilah dekat rak kasut tu dulu." pujuk Puan Lucy lalu menolak belakang Lisa menyuruh anaknya itu cari dahulu sebelum mengomel panjang... Sewaktu Lisa mencari kasutnya di rak kasut tersebut, satu sms diterima olehnya...

 

"Mana pula perginya ni?" Lisa menrungut sendirian sambil mengambil telefon di dalam beg galasnya.. "Siapa pula hantar sms pagi-pagi buta ni ? haih kacau jela." marah Lisa..

 

Sms yang diterima oleh Lisa berbunyi.

 

"Lisa, aku pinjam ea kasut merah kau tu? aku nak pergi birthday party kawan aku esok... Aku dah minta dekat omma kau semalam. Hope kau maafkan aku. Love You." - Lily...

 

Lisa berasa panas ketika itu tanpa diduga Lisa menjerit sekuat hatinya.. "Lilyyyyyyyyyyy"... Puan Lucy yang berada di luar terkejut lalu berkata.. "Kenapa pula anak aku tu? kena sampuk pagi-pagi buta ke?" 

 

 

 

Dalam kereta...

 

"Dah, dah lah tu muncungnya... Ibu bukannya tahu kasut tu kamu nak pakai bawa pergi ke korea nu." pujuk Puan Lucy...

 

"Ibu kan dah tahu kasut tu Lisa tak pakai lagi... Cadangnya nak pakai hari ni alih-alih Lily pula yang pakai." Lisa masih tidak berpuas hati apabila kasut barunya orang lain yang memakainya sebelum dia pakai terlebih dahulu...

 

"Ye, ye ibu tahu ibu salah... Dah lah tu kamu tu nak ke korea nak belajar... Tak nak lah muka masam macam asam jawa ni... Elok-elok ada laki terpikat terus lari litang pukang." Puan Lucy masih memujuk Lisa...

 

"Hem" Lisa hanya mengeluh perlahan mendengarkan pujukan ibunya pada waktu itu. Dia benar-enar tiada mood hendak melayan kerenah ibunya.

 

Selang beberapa minit mereka sampai di Airport KLIA..

 

Puan Lucy mencari tempat parkir keretanya.. "Kita dah sampai.. jom kita sarapan dulu okay? dah tak nak sedih-sedih ala nanti dekat korea belilah banyak-banyak kasut merah tu." kata Puan Lucy... Walapun Lisa dan ibunya hanya tinggal di kampung akan tetapi hidup mereka tidaklah begitu sederhana kerana arwah bapa Lisa adalah seorang yang kaya raya cuma Puan Lucy tidak mahu hidup di dalam kemewahan yang akhirnya membuatkan dia lupa diri... Jadi dia mendidik Lisa supaya menjadi seorang manusia yang sederhana dalam kehidupan yang dilaluinya sekarang...

 

Mereka berdua masuk ke dalam sebuah cafe... dan memesan makanan untuk sarapan pagi... Setelah selesai memesan sarapan. Puan Lucy mulakan pertanyaannya. "Kamu dah telefon Fiona? kata kamu dah nak bertolak ni?" tanya Puan Lucy...

 

"Belum, kalau call awal pun belum tentu Lisa sampai sana lepas call tu... Tunggulah dah sampai baru Lisa call." balas Lisa.

 

"Ish dia ni...degil sungguh... orang tua-tua cakap ni dengarlah... Kot ye pun call lah tanya dia ada ke tidak dekat korea tu? karang kamu pergi dia melancong ke tempat lain... tak ke susah jadinya?" tanya Puan Lucy..

 

"Yela ommaku sayang... Lisa telefon eh?" Lisa menarik muka melihat ibunya.

 

"Omma? bahasa apa yang kamu guna ni Lisa? kita ni orang melayu gunalah bahasa jiwa bangsa. Ini tidak entah bahasa alien mana yang kamu pakai." tegur Puan Lucy...

 

"Ibu, omma tu maksud dia ibulah... Omma tu bahasa korea... Lisa kan ambil kelas bahasa korea jadi Lisa bolehlah gunakan apa yang Lisa belajar tu dekat sana nanti." balas Lisa..

 

"Oh!... Bahasa Korea... Apa ke bendanya sebut dia tadi? macam mana?" tanya Puan Lucy...

 

"Om-ma..." kata Lisa sambil tangan mencari-cari telefon bimbitnya.

 

"Om-ma? betul ni omma?" tanya Puan Lucy lagi inginkan kepastian...

 

"Ye." jawab Lisa diiringi dengan anggukkan kepalanya...

 

"

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D