Part 25

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Tangan gadis yang baru lepas dirasuk itu berubah menjadi calar balar, Fiona yang berada di sisi hanya menyapukan ubat di tangan Lisa yang calar balar itu. Kelihatan wajah Lisa sungguh letih, dia masih bernafas cuma denyutan jantungnya agak perlahan. 

 

Dalam ketika Tirana sedang membacakan yasin dan Fiona yang sedang membersihkan luka-luka di tangan Lisa dengan ubat yang Krystal berikan kepadanya sebentar tadi. Tiba-tiba satu deringan telefon berbunyi dan sudah tentu itu adalah bunyi telefon Lisa...

 

"Krystal, awak tolong saya jap ye. Saya nak jawab telefon." pinta Fiona walaupun Krystal masih berada di dalam keadaan yang bersedih permintaan Fiona dia turuti kerana dia tahu apa yang berlaku terhadap Lisa itu adalah angkaranya sendiri. 'mark, tak sangka kau bunuh kawan aku! kau memang kejam... Aku takkan maafkan kau.' bisik hati Krystal sakit hatinya dia mahukan penjelasan tentang itu. Dia tidak mahu lagi hidup dalam delima. Dia mahu Mark berterus terang padanya malam itu juga kalau boleh tapi dia perlu mengatur strategi untuk mengumpan Mark keluar dari sarangnya. Jadi Krystal hanya bersabar sehingga esok hari.

 

Fiona menghampiri telefon bimbit Lisa yang berada di atas meja kecil di dalam biliknya itu dan menjawab panggilan masuk itu. "Assalamualaikum, Lisa apa khabar sayang?" belum sempat Fiona bertanyakan soalan, Suara puan lucy terus menusuk ke gengendang telinga Fiona. 

 

"Oh! Aunty, ini Fiona." jawab Fiona lembut.

 

"Eh , Fiona... Lisa mana? dia dah tidur ke?" tanya Puan Lucy kendengaran suaranya di talian agak cemas apabila bukan anaknya yang menjawab panggilan tersebut. 

 

"Ha,a Lisa dah tidur , penat sangat agaknya dia hari ni." jawab Fiona tipu sunat. Dia tidak mahu membuatkan ibu rakannya berasa risau akan Lisa kerana takut-takut ibunya diserang penyakit jantung yela sudah tua-tua begitu pasti banyak penyakit yang mahu hinggap di tubuh badan mereka.

 

"Oh! tak mengapalah kalau dah tidur. Fiona... Aunty nak tanya, Lisa... Ada apa-apa berlaku dekat dia ke nak?" tanya Puan Lucy membuatkan Fiona tertelan air liurnya. 

 

"Erk..." Fiona tergamam...

 

"Hello, Fiona?" panggil Puan Lucy...

 

"Ya! saya." jawab Fiona...

 

"Jawablah nak." rayu Puan Lucy....

 

"Tak adalah aunty, Lisa okay je cuma dia penat sikit, aunty tahu-tahulah korea ni macam mana kan? lagipun sekarang bulan july musim panas dekat sini sebab tu Lisa nampak lesu je." jawab Fiona berdalih tidak mahu memberitahu hal yang sebenarnya kepada Puan Lucy. Dia tidak mahu bimbangkan orang tua itu. Biarlah lagipun semua perkara sudah selesai. Lisa pun sudah kembali normal...

 

"Tak adalah Fi, Aunty selalu dapat mimpi buruk tentang Lisa, risau aunty. Aunty takut kalau-kalau ada perkara tak elok berlaku dekat dia." kata Puan Lucy akhirnya terluah juga apa yang dia rasakan selama seminggu dia tidak lena tidur akibat termimpi-mimpikan anaknya...

 

"Mainan tidur je tu aunty... Janganlah risau sangat , Lisa okay." jawab Fiona cuba menenangkan hati orang tua itu. Dia tidak dapat menafikan sesungguhnya hubungan kedua anak beranak ini sangat baik terjalin kerana mereka sedang saling merindui dan mereka juga akan mengalami mimpi buruk jika sesuatu terjadi kepada orang yang mereka sayangi. Fiona hanya tersenyum sipi apabila dia mengenangkan nasib Lisa yang beruntung masih mempunyai ibu yang caring pasal dia.

 

"Baguslah kalau begitu Fi, oh ye Fi aunty nak buat suprise untuk Lisa nanti." kata Puan Lucy sambil tersenyum lebar...

 

"Ha? suprise?" Fiona terkejut mendengarkan ayat itu...

 

 

Keesokannya~

 

Jam tepat menunjukkan pukul 5.00 pagi, mereka semua berada di dapur kecuali Lisa yang masih tidak sedarkan dirinya... Krystal juga turut bersahur bersama mereka entah mengapa dia tidak dapat tidur lena semalaman, apabila dia teringat akan Lisa dia keluar dari kamar dan menemani Lisa di ruang tamu sehingga tertidur di atas lantai. 

 

Mujurlah Tirana bangun awal terlebih dahulu untuk mengejutkan Fiona bangun sahur. Dilihatnya susuk tubuh sedang terbaring di atas lantai di ruang tamu, fikirnya Lisa terjatuh dari sofa jadi dia meluru mendapatkan susuk tubuh itu. Apabila mendekati wajah Krystal sedang tertidur di atas lantai yang didapatinya manakala tangannya sedang mengenggam tangan Lisa yang masih tertidur atau lebih tepat pengsan tidak sedarkan dirinya.

 

Dalam mereka sedang menjamah makanan, Tirana mengemukakan soalan kepada Krystal. "Krystal, kenapa awak tidur dekat ruang tamu?" tanya Tirana perlahan... Fiona yang baru menyuapkan nasi ke dalam mulutnya hanya perlahan-lahan sahaja mengunyahkan nasi tersebut sambil mata silih bergantian memandang kedua-dua rakan serumahnya itu.

 

"Saya nak jaga Lisa." jawab Krystal lembut sambil menelan sisa nasi yang masih berbaki di dalam mulutnya.

 

"Ke awak tak dapat tidur ? sebab risaukan Lisa?" tanya Tirana membuat andaiannya sendiri.

 

"Betullah tu." jawab Krystal sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya...

 

"Hurm, bilalah kawan kita tu nak sedar...? saya risaukan dia." kata Tirana sambil mengalihkan pandangan ke arah ruang tamu. 

 

"Saya pun risaukan dia walaupun dia dah kembali normal, tapi dengan keadaan jantung dia yang masih lemah kita tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa kepada allah." sampuk Fiona sejujurnya dia memang risaukan Lisa... Sudahlah Puan Lucy mahu membuat suprise untuk Lisa. Lagi bertambah rumit apabila difikirkannya.

 

"Awak berdua..." panggil Krystal yang sedang menghirup air teh panas yang dibuat oleh Tirana sebentar tadi. Tirana dan Fiona masing-masing mengalihkan pandangan dengan serentak ke arah Krystal. 

 

"Saya hendak keluar lepas ni... Saya nak jumpa seseorang. Awak berdua nanti jangan lupa tengok berita atau pun beli surat khabar saya rasa ada masalah baru akan timbul hari ni." kata Krystal tenang...

 

"Awak nak ke mana?" tanya Tirana...

 

"Masalah baru? masalah apa?" Fiona pula bersuara...

 

Krystal mengeluh berat. Sebelum membuka ceritanya... "Pertama, saya nak pergi jumpa Mark. Saya nak dia beritahu saya apa sebenarnya yang berlaku. Jika dia berbuat tidak baik terhadap saya. Saya akan pastikan yang dia menderita... Kedua, semalam saya bersembang dengan Baekhyun di hadapan tasik hospital. Dia beritahu saya yang dia dipaksa berlakon dengan Lisa but i don't know apa yang mereka harus lakokan apabila saya bertanya, dia hanya menyuruh saya tunggu pada hari ini. Jadi saya pasti ada berita yang siarkan tentang Baekhyun dan surat khabar pasti hangat menceritakan benda ini." kata Krystal jujur...

 

"Hukhuk..." semua orang memandang ke arah ruang tamu...

 

"Lisa..." makanan ditinggalkan Fiona bergegas menuju ke ruang tamu...

 

Tubuh Lisa segera dipeluk Fiona rasa bersyukurnya tidak terhingga akan tetapi badan Lisa panas tentu dia demam.

 

"Haha... kenapa?" Lisa tertawa kecil melihat tindakkan Fiona itu...

 

"Aku risau kan kaulah minah, kau ni betul-betul buat aku takut tahu tak?" tanya Fiona selepas menguraikan pelukannya dia menarik hidung Lisa dengan perlahan... Rindu akan sahabatnya itu tidak terkata...

 

"Aku okaylah... Awak semua tengah makan ke? saya pun nak makan juga, lapar." kata Lisa perlahan sesungguhnya dia tiada tenaga untuk bergerak akan tetapi dipaksanya juga. 

 

Krystal yang masih berada di ruang meja makan itu hanya te

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D