Part 27

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

"Nah..."  Jr menghulurkan air kepada Krystal. Penat mereka berlari tadi mestilah haus. Kering tekak masing-masing. Krystal mengambil air itu lalu mengucap "Thanks..." setelah itu di tundukkan semula kepalanya memandang air minuman yang sedang dipegangnya. 

 

"Awak sedih lagi ke?" tanya Jr...

 

"Sampai hati dia, dia..." Krystal memperlahankan suaranya akan tetapi masih didengari oleh Jr.  Jr cuba dekatkan mukannya memandang wajah Krystal yang sedang menunduk itu...

 

"Awak patut bersyukur sebab saya ikut awak tadi kalau saya tak ada, entah-entah awak dah kena jual dengan abang awak tu." Jr mengemukakan pendapatnya sendiri nak membangga diri sekejap depan gadis bernama Krystal itu...

 

"Awak ni memang tak reti senyum ke? tanya Jr lagi lalu menenguk air minumannya. 

 

Memang betul pun sejak Krystal kehilangan Sherryn dan kedua ibu bapa angkatnya tiada lagi senyuman di wajahnya. Hanya jiwa yang kosong saja terpapar di setiap sudut wajahnya akan tetapi sejak dia mengenali Fiona... Gadis itu yang menyelamatkan dirinya sewaktu dia lari dari tangan Mark. 

 

Fionalah orang yang membantu dirinya, dia sangat terhutang budi dengan gadis yang mempunyai keperibadian istimewa baginya itu. Fiona kelihatan seperti tiada masalah dalam hidupnya. Dia sentiasa risaukan orang lain, dirinya sendiri dia tidak memikirkannya... "Hah..." Krystal melepaskan keluhannya sambil memandang ke arah langit... 

 

"Awak mesti seronok kan?" Krystal bertanyakan soalan membuatkan kening Jr terangkat sendiri...

 

"Kenapa pula?" tanya Jr hairan...

 

"Yela! mempunyai syarikat yang besar, kaya raya, anak orang jutawan korea pula tu, apa nak semua dapat..." kata Krystal seperti bermain teka teki dengan Jr...

 

"Nampak saja kaya tapi sebenarnya saya miskin." jawab Jr selamba...

 

"Miskin? awak kan ada syarikat besar, apa yang miskinnya?" tanya Krystal hairan...

 

"Saya kaya dengan wang ringgit tapi amalan saya tak pernah kaya atau lebih tepat sifar" jawab Jr tenang... Krystal bertambah hairan, apa pula yang cuba di sampaikan oleh lelaki berumur 22 tahun di sebelahnya ini? Ah... Umur mereka berdua sama. Jika difikirkan dia adalah housemate paling tua di dalam rumah Fiona kerana gadis Fiona dan Lisa baru mencecah umur 20 tahun manakala Tirana pula 21. 

 

"Maksud awak?" Krystal masih mahukan jawapan kerana dia tidak faham akan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata Jr itu.

 

"Saya ada kawan yang beragama islam selain Lisa, namanya Taufiq. Dia baik, Saya kagum dengan keperibadian dia. Kadang-kadang saya buat dia jadi idola saya. Dia pernah beritahu saya bahawasanya walaupun orang islam kaya dengan duit semua tapi belum tentu mereka kaya dengan amalan yang baik." kata Jr membuatkan gadis berbangsa korea itu terlopong seketika.

 

"Pada awalnya dia tidak mahu beritahu saya akan perkara yang sebenarnya tapi apabila saya memaksa, akhirnya dia terus-terang juga." kata Jr lalu menenguk lagi air minumannya.

 

"Apa yang dia berterus-terang?" tanya Krystal ingin tahu...

 

"Dia beritahu saya, orang yang kafir atau jahil tentang agama, amalan mereka tidak akan diterima walaupun mereka membuat kebaikan dan tidak meminum arak sekali pun akan tetapi jika mereka memeluk agama islam, setiap dosa yang pernah mereka lakukan akan dihapuskan dan akan dibersihkan sebersih kain putih yang langsung tiada kotoran." jawab Jr mengulangi semula kata-kata Taufiq. Walaupun sakit mendengarkan ayat itu dia tidak memarahi Taufiq kerana dia sendiri yang memaksa rakannya itu untuk berterus terang mengenai perkara itu.

 

Krystal hanya mendengar lalu terdetik di hatinya untuk bertanya soalan yang sama Tirana pernah tanyakan padanya tempoh hari. 

 

"Awak nak kembali ke pangkal jalan?" tanya Krystal...

 

"Kembali ke pangkal jalan? maksudnya?" Jr pula mengangkat keningnya.

 

"Saya juga sama seperti awak, sejak saya kenali 3 gadis yang sentiasa menutup aurat di hadapan mata saya itu selalu saya bertanyakan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan islam, mereka langsung tidak lokek untuk menerangkan apa yang saya tidak faham dalam soal agama yang mereka anuti. Sejujurnya! saya sangat sukakan keperibadian mereka. Agama islam, mengajar mereka untuk berdisiplin seperti menepati janji dan tidak pernah leka dengan amal ibadat yang mereka harus patuhi iaitu solat dan mengaji. Saya kagum dengan mereka terutama sekali Fiona. Dia sentiasa beri dorongan kepada saya, dia juga seperti seorang ibu kepada Lisa walaupun jauh lebih muda dari saya. Dia akan menengur segala tingkah laku yang bercanggah dengan agama islam terhadap dua sahabatnya." jujur Krystal...

 

"Jadi mengapa awak tanya saya soalan tadi? kembali ke pangkal jalan?" tanya Jr 

 

"Sebab cara awak bercakap seolah-olah awak mahu mengenali lebih lagi tentang agama islam. Awak kagum dengan Taufiq, rakan awak. Saya kagum dengan Fiona, rakan serumah saya. Jadi kita masing-masing ada idola tersendiri." jawab Krystal...

 

Jr hanya tersenyum sendirian. Mereka sependapat tentang islam. Jr hanya menghembus nafas lega... Memang benar hatinya mahu sangat mengenali dunia islam dengan lebih dekat. Dia mahu contohi keperibadian Taufiq. Tapi dia teragak-agak dalam soal itu.

 

Tepat jam 3 petang, Krystal pulang ke rumahnya... Tirana dan Fiona sibuk menyiapkan kerja mereka yang tertunggak selama dua hari itu. Krystal masuk lalu mengukir senyuman. Hanya dengan mereka ini saja senyuman akan terukir di bibirnya jika berhadapan dengan orang lain sudah tentu dia akan menunjukkan wajah polosnya atau lebih tepat dingin.

 

"Annyeong!" ucap Tirana ceria...

 

"Annyeong..." balas Krystal...

 

"Macam mana dengan Lisa?" tanya Krystal...

 

"Tengah tidur... Awak pula macam mana?" tanya Fiona 

 

"Saya? hurm macam itulah." jawab Krystal bersahaja...

 

"Awak okay ke?" Fiona bertanyaka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D