Part 55

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Dalam hujan renyairenyai yang tiba-tiba turun itu menyukarkan Krystal sampai tepat pada waktunya di balai polis. Yang di mana ada satu hal mustahak yang berkaitan dengan dirinya. Semua orang sedang menanti Krystal dengan penuh kesabaran. Begitu juga dengan Presiden Lee, Jungkook, V yang tiba-tiba muncul sebagai manusia biasa, Ryu, Shin dan juga Pegawai Kim. 

 

"Nampaknya cik Krystal lambat datang kerana hujan." pegawai Kim membuat andaiannya sendiri sewaktu melihat keluar tingkap balai polis. Semua orang mendiamkan diri mereka hanya sabar menanti. Dalam beberapa minit selepas itu derapan tapak kaki seseorang sedang berlari masuk ke balai polis membuatkan semua orang memandang ke arah selekoh dalam balai polis tersebut.

 

Krystal muncul dengan berlari anak sambil mengosok-gosok bajunya yang kebasahan akibat terkena air hujan. Rambutnya juga kelihatan agak basah ketika itu. "Akhirnya." Jr berdiri dan menghampiri Krystal 

 

"Ah! Maafkan saya, saya terpaksa tunggu hujan berhenti tadi sebab tu lambat tak sangka pula dekat sini hujan lebat." kata Krystal sambil menepuk-nepuk baju jaketnya yang kebasahan. Gaya Krystal tidak ubah seperti bapa kandungnya iaitu Presiden Lee... 

 

"Baguslah awak dah sampai." kata Jungkook dengan wajah yang tidak dapat ditafsirkan oleh Krystal. Seorang demi seorang dipehartikan oleh Krystal dan apabila tiba di salah seorang dari mereka yang duduk di hujung sekali Krystal rasa mahu pergi dari situ kerana dia tidak suka melihat wajah lelaki itu.

 

"Cik Krystal. Janganlah begitu! dia cuma risaukan cik saja." Pegawai Kim cuba menenangkan krystal yang berperang di antara minda dan hatinya wajahnya terlalu mempamirkan perasaan marahnya ketika itu.

 

"Oh! selama ini dia pergi mana? tak mungkin kerana saya ditimpa masalah kecil dia sudah risau sehingga langit mahu runtuh pun dia sanggup melindungi saya? abis selama ini saya menanggung sakit ada dia datang dan berikan perlindungan? Jangan cakap macam awak tahu siapa saya. Jika awak berada di tempat saya sekali pun, awak tidak dapat menerima semua ini dengan senangnya. Jadi tolong jangan paksa saya untuk mengaku dia ayah saya!" letus Krystal ayatnya itu memberikan tamparan besar kepada Pegawai Kim dan Jungkook malah bukan mereka sahaja semua orang yang berada di situ bagaikan terkesima dengan apa yang berlaku.

 

Lain yang mahu dibuat, lain pula jadinya. "A-ayah awak?" Jr bertanya kerana berasa sangsi dengan apa yang baru saja Krystal katakan. Krystal mengalihkan pandangan ke tepi. Wajahnya menunjukkan yang dia kesal dan sangat kecewa dengan apa yang berlaku di situ ketika itu.

 

"Kim, biarkan dia... Biarkan dia untuk perlahan-lahan terimanya jangan memaksa." suara milik Presiden Lee kedengaran membuatkan Pegawai Kim hanya mengangguk perlahan lalu matanya bertentangan dengan Jungkook. "Walau macam mana susah sekali pun kamu mahu menerimanya tapi antara kita mempunyai pertalian darah yang kuat dan kamu harus tahu air dicincang takkan putus." kata-kata Presiden Lee berbalas terkena Krystal semula.

 

"Saya tahu itu! tapi saya tidak boleh terima atas alasan yang diberikan. Saya ini seorang anak dan pakcik ayah saya. Saya akui pakcik ayah saya tapi untuk menerima pakcik dalam hidup saya... Maaf, sukar untuk memenuhi hasrat pakcik. Saya telah lama hidup seorang diri dan kini pakcik datang kembali untuk apa? untuk melihat saya hidup gembira setelah bertahun-tahun menelan pahit derita dan sengsara. Pakcik harus tahu kehidupan saya ketika ditinggalkan keluarga amat perit." Krystal masih mahu memberikan alasan bahawasanya kisah hidupnya alasan yang paling tepat untuk dia sukar menerima kehadiran bapa kandungnya di dalam hidupnya kini.

 

"Sekuarang-kurangnya bagilah saya peluang untuk jadi ayah kepada anak tunggalnya." kata-kata Presiden Lee tidak dihiraukan oleh Krystal. Mungkin dia berasa marah atas apa yang telah berlaku oleh itulah sebabnya dia sukar untuk menerima kenyataan itu. 

 

"Maaf, saya tak boleh terima kenyataan." jawab Krystal dengan jujurnya lalu dia mengalihkan pandangan ke arah Jungkook. "Awak dah tahu lama kan ? kenapa awak rahsiakannya daripada saya? V awak pun sama kan?" tanya Krystal dengn tegas presis bapanya ketika itu.

 

"Maafkan kami berdua, kami sudah pun berjanji akan merahsiakan perkara ini. Sebab itu kami berdiam diri." jawab Jungkook, rasa bersalahnya datang menyerang semula membuatkan dia tertunduk kesal. Krystal tidak membalas kata-kata Jungkook sebaliknya dia bertanyakan soalan kepada Jr yang menelefonnya secara mengejut malam tadi yang mereka akan berjumpa di balai polis pagi ini.

 

"Ada apa awak call saya semalam dan ajak berjumpa di sini?" pertanyaan tersebut akhirnya ditanya juga oleh Krystal membuatkan Jr yang kaku di tempat ia berdiri mula memberikan respon yang baik kepada Krystal. 

 

"Ah! soal itu, sebelum awak mengetahui sesuatu. Saya nak ucap kata maaf kerana mungkin berita yang awak dapat nanti membuatkan awak benci saya sebagaimana awak bencikan ayah awak sendiri." kata Jr dengan jujurnya sama ada dia memberi nasihat atau memerli Krystal kerana hubungan di antara dua beranak itu tidak terjalin dengan baik. 

 

"Apa yang awak mengarut ni?" tanya krystal hairan mendengarkan kata-kata Jr sebentar tadi sambil mengerutkan dahinya dia berkata semula. "Sejak bila pula saya bencikan ayah saya?" pertanyaan itu membuatkan Jungkook, Pegawai Kim dan Presiden Lee sendiri mengangkat wajah memandang ke arah krystal.

 

"Awak cakap, awak tak boleh terima ayah awak?" Jr mula blur dengan soalannya sendiri sambil menyengetkan kepalanya memandang Krystal. 

 

"Saya cuma tak dapat terimanya saja, bukan saya kata saya bencikan dia." jawab Krystal dengan jujurnya sememangnya dia tidak bencikan ayah kandungnya cuma dia tid

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D