Part 29

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Jr masuk ke dalam pejabatnya. Dengan muka yang tidak bersalah, lelaki yang tingginya 178 cm itu hanya mengukirkan senyuman apabila ke semua staff melihat ke arahnya. Niel dan Bomi rakan baik kepada lelaki yang bergelar 'Tuan Muda' di syarikat itu saling berpandangan. Mereka pasti yang 'Tuan Muda' itu belum mengetahui gosip terbaru mengenai dirinya. Yela, masuk pejabat boleh lagi dia bersiul nampak sangat dia tidak ditimpa apa-apa masalah.

 

"Are you ready?" tanya Bomi sambil membuat muka suspennya kepada Niel. Rakan yang berada di meja hadapan itu hanya menganggukan kepala. Entah apalah yang mereka berdua rancangkan sampai muka Bomi berubah seratus peratus dari muka yang serius memanjang kini berwajah baru, muka ingin tahu wujud di setiap sudut wajahnya sama ada pipi, mata, kening , mulut dan sebagainya.

 

Niel dan Bomi bangun serentak dari tempat duduk mereka. Surat khabar diambil... Perlahan-lahan mereka berjalan beriringan. Apabila sampai di pintu bilik Jr. Mereka berhenti, hati berbelah bahagi hendak mengetuk pintu tersebut atau tidak.

 

Baru saja Niel mengangkat tangan mahu mengetuk pintu bilik itu. 

 

"Wait..." sergah Bomi membuatkan Niel secara spontan memandang ke kirinya... Makcik tukang cuci yang sedang membawa sedulang air juga terkejut apabila Bomi mengangkat tangan kirinya menyuruh makcik itu berhenti sedangkan wajah tidak dipalingkan langsung ke arah makcik tersebut.

 

"Hem..." Bomi memandang dengan kening di angkatkan sebelah. "Air ni untuk boss?" tanya Bomi sambil mengherotkan bibirnya ke tepi dan tangannya di tunjukkan ke arah secawan air teh di atas dulang tersebut.

 

"Ha,a" teragak-agak makcik tukang cuci itu hendak menjawab soalan Bomi...

 

"Bagi saya, dah makcik pergi sambung kerja." surat khabar di tangannya dicampakkan ke arah Niel. Tangannya sedia menyambut dulang yang berada di tangan makcik tersebut...

 

Kini dulang itu sudah beralih tangan... Bomi memberi isyarat kepala, menyuruh Niel buka pintu bilik itu...

 

Setelah dibuka mereka meluru masuk tanpa disuruh... Jr tidak mempedulikan mereka kerana memang selalu begitu pun. Dua orang yang suka main pakai redah je... Tak reti nak ketuk pintu dulu.

 

"Nah air kau." kata Bomi lalu meletakkan dulang itu di atas meja kerja Jr...  

 

"Hem..." Jr hanya melihat saja tidak berkata apa-apa. Tangannya ligat menyelak beberapa helaian kertas di dalam satu fail. Dahinya sedikit berkerut membuatkan Niel menggelengkan kepalanya...

 

"Lepas ni lagi teruk kau berkerut." kata Niel membuatkan Jr mengangkat wajahnya memandang lelaki yang berambut merah-merah hitam itu...

 

"Apa?" Jr mulakan pertanyaan sememangnya dia malas hendak melayan kerenah dua orang rakannya itu akan tetapi teka taki yang diajukan oleh Niel tadi membuatkan dia sedikit tertarik mahu tahu apakah kejutan yang bakal menimpa. Adakah kes tentang namanya dikaitkan dengan Lisa itu? ahh kalau soal itu dia tidak mahu masuk campur. Tidak silap hari bulan dia keluarkan kes saman terhadap Kim Young Min kerana babitkan namanya dalam fake relationship dua orang yang bukan mahram itu...

 

"Nah." Niel memberikan surat khabar kepada Jr bukan memberi tapi mencampakkan surat khabar itu ke atas meja Jr. Pada awalnya Jr tidak mempedulikan surat khabar itu. Akan tetapi setelah direnung tajam oleh Bomi ia terpaksa juga akur dengan permintaan kedua sahabatnya itu supaya dia membuka surat khabat tersebut. Fail dan pen diletakkan di atas meja. Air teh dan surat khabar diambil serentak. Jr menghidup air teh panas itu sambil membuka muka surat pertama surat khabar.

 

Buka-buka saja terus air teh panas yang diminumnya tersembur ke tepi oleh kerana terkejut yang tak terkira itu.
Jr mengangkat wajahnya memandang ke arah Niel dan Bomi, kedua-dua orang rakannya itu hanya menyilangkan tangan ke dada sambil memerhati reaksi Jr...

 

 

Sementara itu,

 

Krystal yang baru saja tamat waktu kelas perubatan hendak ke cafeteria untuk memesan minuman kegemarannya. Pintu ditolak, Krystal menampakkan langkahnya masuk ke dalam cafe. Kini semua mata tertumpu ke arahnya. Apa yang berlaku? mengapa? mereka semua melihat ke arah Krystal lalu berbisik sesama sendiri. Krystal yang tidak tahu apa-apa hanya mengukirkan senyuman seperti biasa. 

 

Dia melangkah menuju ke arah kaunter bayaran setelah minuman kegemarannya yang dipesan tadi sudah diterimanya. Sewaktu dia menghulurkan wang kertas kepada penjaga kaunter cafe tersebut, Krystal terperasan sesuatu di dalam surat khabar yang menarik minatnya untuk mengambil surat khabar tersebut. Satu persatu ayat dibacanya. 

 

"Tuan Muda Jin Young, Ceo Syarikat Bank ternama... Mempunyai perempuan simpanan???" Krystal terkejut tatkala gambar dirinya yang sedang berpelukan dengan Jr semalam tersebar luas di muka surat pertama akbar...

 

"What the?????"  gadis korea itu mahu mencarut sekuat hatinya akan tetapi dimatikan niat itu apabila semua orang memandang ke arahnya. Begitu juga dengan penjaga kaunter cafe itu...

 

"Berita hangat!" kata penjaga kaunter itu lalu menyerahkan baki wang belian air itu kepada Krystal semula. Krystal mengambilnya lalu mengucapkan terima kasih sebelum ia menundukkan sedikit kepalanya. Krystal dengan pantasnya keluar dari cafe tersebut. Dia pasti mereka semua yang melihat ke arahnya tadi memikirkan sesuatu yang tidak betul. Krystal rasa mahu bunuh-bunuh saja repoter yang membuat andaian sendiri itu. Geram bukan main kepalang lagi gadis itu dibuatnya...

 

Telefon yang berada di dalam jaket jubah putih yang merupakan jubah seorang doktor selalu pakai digapai Krystal. Rambut yang dilepaskan tanpa sebarang ikatan itu berterbangan apabila ditiup angin kuat. Krystal tidak peduli dengan angin. Panasnya belum reda lagi... Dalam kelam kabut mencari nombor seseorang di telefonnya. Televisyen yang disediakan di ruang menunggu telah memaparkan satu berita. Krystal yang berdiri tidak jauh dari ruang itu cuba menghampiri mahu melihat perkembangan semasa di negaranya itu...

 

"Lee Mark telah ditahan di hospital malam semalam kerana dipercayai telah memperdagankan remaja-remaja belasan tahun ke luar negara. Selain itu, kegiatan haram penyeluduk dadah dan beberapa senjata api yang merbahaya juga telah dikaitkan dengan Lee Mark ketua kongsi gelap yang selalu menukarkan indentiti diri supaya pihak berkuasa tidak dapat mengesannya. Club malam yang dipercayai milik Lee Mark telah disita dan seorang perempuan yang digelar ibu ayam juga telah ditangkap pada jam kira-kira 10 malam tadi." - pemberita.

 

Krystal hanya melihat. Abang angkatnya telah diberkas... Dia patut bersyukur mendengarkan berita itu baru saja mahu mengukirkan senyuman. Muncul pula berita tentang gosip semasa....

 

"Dipercayai, Tuan Muda Jin Young iai

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D