Part 5
Cinta Di Hari Raya...Seharian mereka keluar ke bandar sehingga malam sudah menjelma pun mereka masih tidak pulang membuatkan Krystal yang tinggal seorang diri berasa risau dan tidak tenang berada di rumah.. Tepat jam 10 malam kedengaran suara tiga orang gadis bergelak ketawa masuk ke dalam rumah.. Krystal yang tertidur di atas sofa terus terjaga dan mengosok matanya sambil melihat ke arah jam di dinding...
"Awak semua dari mana ? " tanya Krystal yang masih baring di atas sofa dalam keadaan mamai..
"Eh! aku dengar suara orang.. tapi siapa ya?" Fiona sengaja pura-pura tidak perasan bahawa Krystal berada di situ. Krystal membuat muka cemberut..
"Hello, takkan saya yang baring ni pun you all tak nampak lagi?" getus hati Krystal kerana geram..
"Fi.. tak baik awak buat macam tu." sampuk Tirana lalu menepuk perlahan bahu Fiona. "Haha.." Fiona hanya ketawa geli hati melihat wajah Krystal seakan-akan puntianak malam yang ingin menghisap darah manusia.
"Awak semua ke mana ? jam 10 malam baru nampak batang hidung?" tanya Krystal lalu bangun dari pembaringannya. Fiona dan Tirana menglangkah masuk ke dalam rumah semetara Lisa masih berada di luar rumah.
"Alah, kami pergi ke pusat beli-belah, taman tema dan buka puasa di restoran." jawab Fiona yang sudah melabuhkan punggungnya di atas sofa..
"Yeke ? seronoknya." Krystal meluahkan rasa terujanya kepada Fiona.
"Itulah, kami ajak tak mahu ikut.. kan dah rugi." balas Fiona..
"Saya bukan tak nak ikutlah, tapi saya ada kerja di kolej." balas Krystal sambil memeluk bantal kesayangannya.
"Yela, itu kami faham, tapi Krystal hidup ni kalau asyik dengan kerja dan belajar je mesti bosan dan kepala akan jadi stress apa salahnya sekali sekala awak ikut kami bersuka ria. Dapat juga awak hilangkan sakit kepala." sampuk Tirana pula..
"Iyelah wahai cik Tirana yang gebu. Saya akan ikut awak semua bersuka ria tapi saya tak janji." jawab Krystal mengalah dengan kata-kata Tirana.
"Haha..." Fiona dan Tirana ketawa serentak..
"Wait, mana Lisa?" tiba-tiba Krystal teringat akan Lisa...
"Hem, guys.. help me..." jerit Lisa di pintu hadapan rumah mereka.
Fiona dan Tirana datang untuk membantu Lisa mengangkat barang-barang yang dipegang oleh Lisa seorang diri itu akan tetapi nasib begitu malang.. Lisa terpijak alas kaki dan akhirnya semua barang itu terjatuh ke lantai begitu juga dengan Lisa..
"Aduh!!.. sakitnya.." Lisa mengaduh sakit..
"Maaf ya, Li.." Fiona mengucap kata maaf kerana berasa kesal tidak membantu Lisa mengangkat barang-barang itu tadi.
"Tak mengapalah Fi.. Nasib tak selalunya bertuah." Lisa tersenyum girang walaupun menahan sakit di dadanya.
Tirana membantu Lisa mengangkat barang-barang itu. Selang beberapa minit mereka ketawa geli hati dengan kejadian yang menimpa Lisa sebentar tadi. Krystal juga turut tersenyum melihat kawan-kawan serumahnya begitu gembira.
Keesokan harinya, Lisa bersiap untuk memulakan hari barunya sebagai pelatih di sebuah syarikat bank ternama itu. Lisa menghadapkan dirinya di depan cermin.
"Lisa Attryshaa, you can do it." Lisa memberikan semangat kepada dirinya sendiri.
"Yes, you can do it." sampuk Fiona yang mengintai Lisa di muka pintu bilik..
"Haha, Fi.." wajah
Comments