Bluedawn24

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID2] UNDER THE SEA [/CONTENTID2]

[CONTENTID1]

Tajuk: Under The Sea

Penulis: Bluedawn24

Genre: Fantasy, sad.

Watak-watak utama: Xiumin (EXO), Jia (Miss A), & Irene (Red Velvet).

Sinopsis: Deruan ombak menghempas pantai, bayu lembut menyapa sudah sebati dalam diri Kim Minseok atau Xiumin, yang membesar di sebuah perkampungan berdekatan pinggir laut. Ayah dan datuknya seorang nelayan. Namun, tidak pernah sekali pun ibu dan neneknya membenarkan dia menghampiri lautan luas itu. Hatinya meronta ingin menyelami dasar samudera yang menyimpan seribu satu rahsia. Seolah-olah sesuatu sedang menunggunya, memanggilnya.

 Diulas oleh: Min_Arisu

 

 

Tajuk

Dimulakan dengan tajuk, awak telah memillih tajuk Under The Sea sebagai tajuk utama karya awak. Memandangkan cerita ini bertemakan modern fairytales dan mermaids, saya tidak nampak apa-apa alasan untuk saya menidakkan kesesuaian tajuk yang sudah awak berikan. Pendek kata, tajuk yang diberikan mempunyai nilai signifakasi dan kesinambungan yang jelas dengan plot utama cerita ini. Kalau tak silap saya, dalam variety show EXO’s Showtime, Xiumin telah memilih frasa ‘Under the Sea’ sebagai jawapannya apabila soalan ‘kemanakah destinasi percutian/santai pilihan sekiranya mereka mempunyai masa’, bukan? Jadi, saya tertanya-tanya sama ada awak mendapat inspirasi untuk menggunakan tajuk ini dek kerana jawapan yang Xiumin berikan ataupun ia adalah hasil cetusan minda awak sendiri?

Saya rasa sebetulnya, mengikut tatabahasa Bahasa Inggeris, tajuk tersebut perlu ditulis dengan perkataan ‘The’ ditukar kepada ‘the’ dan menjadikannya ‘Under the Sea’. Lainlah kalau perkataan ‘The’ berada di awal ayat.  Saya sendiri kurang pasti sebenarnya memandangkan skop tatabahasa atau grammatical terms bagi Bahasa Inggeris agak sukar untuk difahami berbanding tatabahasa Bahasa Melayu yang lebih mudah untuk ditelusuri. Jadi, adalah lebih baik kalau awak cuba semak sendiri kesahihan tatabahasa Bahasa Inggeris itu di mana-mana review shop berbahasa Inggeris.

 

 

Visual (Poster/Grafik)

Beralih kepada poster yang awak gunakan buat masa sekarang, ia sebenarnya kelihatan agak cantik tetapi mempunyai kekurangan yang jelas dari segi perincian-perincian kecil yang lain. Elemen dasar lautan yang dipraktikkan di dalam poster awak kelihatan sangat memukau dan realistik. Paduan warna biru gelap, kelabu dan sedikit warna tanah juga kelihatan sangat bersesuaian dengan tema sad  dan fantasy yang awak pilih.  Dari sudut lain pula, jika boleh saya frasakan semula, ia sebenarnya kelihatan lebih kepada banner berbanding poster dek kerana saiznya yang agak lebar dan kecil. Lazimnya, hanya banner sahaja yang menggunakan saiz sebegini. Selain itu, saya rasa gambar Xiumin juga sepatutnya turut sama diselitkan di dalam poster ini memandangkan hampir 97 peratus teknik penceritaan ditulis dari sisi pemikiran dan sudut pandangan Xiumin. Loket yang turut sama memainkan peranan penting dalam cerita ini juga sebenarnya boleh sahaja dimasukkan di dalam poster bagi memperlihatkan lagi ketelitian dan perincian-perincian sampingan di dalam poster awak.

 

 

Pengenalan Cerita (Description/Foreword)

Pengenalan cerita yang sangat menarik perhatian! Setiap kata-kata disusun dengan begitu kemas, mewujudkan elemen suspens yang membangkitkan rasa ingin tahu para pembaca. Awak memilih untuk tidak mendedahkan terlalu banyak perkara mengenai plot utama, jadi saya rasa ia adalah salah satu aspek yang berjaya menarik perhatian saya sebagai pembaca untuk menekan butang ‘subscribe’ dan mula membaca. Segala-galanya kelihatan sangat kemas dan sempurna, jadi tidak banyak yang boleh saya perkatakan di sini.

 

 

Plot, Watak & Perwatakan

Plot yang awak cuba garapkan adalah sesuatu yang agak menarik tetapi ia juga bukanlah sesuatu yang sangat lain dari yang lain memandangkan saya pernah terbaca satu karya lain yang juga bertemakan mermaid’s revenge seperti karya awak ini. Jangan salah faham, saya tidak bermaksud untuk mengatakan awak menciplak hasil karya penulis lain. Tidak sama

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^