tututu21

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tajuk: Cliché

Penulis: tututu21

Genre: slice of life, light angst, romance.

Watak-watak utama: Kang Seulgi, Song Minho, Krystal, Kim Jongin.

Sinopsis: Bila cerita klise bertukar tak klise, pengakhiran cerita tu susah nak diagak, kan?

Pengulas: Faraakim

 

 

Tajuk.

Bagi saya tajuk cliche ni memang kena dengan cerita awak. Tapi, saya rasa awak boleh buat tajuk yang lebih bagus lagi dan bukan sekadar “cliche” sahaja. Memang tidak dinafikan, sewaktu saya nampak je tajuk cerita awak ni, saya rasa macam tak sabar nak baca. Saya tertanya-tanya jugak apa yang cliche sangat. Secara keseluruhan, awak berjaya buat saya rasa nak baca cerita ni.

 

 

Visual (Grafik/poster).

Poster awak sangat simple tapi bersesuaian dengan mood cerita awak. Font yang digunakan juga sesuai, tidak terlalu fancy.

 

 

Pengenalan Cerita/Foreword.

Bagi saya foreword awak sangat lah memeningkan kepala. Awak ada selitkan track list kan? Lagi bagusnya awak tulis bahagian track list tu di bahagian bawah sekali. Dengan cara tu, readers boleh faham dan lebih teratur rasanya. Saya nak tekankan penggunaan huruf besar di awal perkataan. Awak selalu menggunakan huruf kecil di awal perkataan, sepatutnya ianya huruf besar.

 

Awak tulis:

bila cerita klise bertukar tak klise, pengakhiran cerita tu susah nak diagak, kan?

 

Sepatutnya:

Bila cerita klise bertukar tak klise, pengakhiran cerita tu susah nak diagak, kan?

Apabila saya membaca ayat di atas, saya jadi macam ha? “Bila cerita klise bertukar tak klise?” Boleh tolong explain apa maksudnya?

 

Dan yang kedua.

 

Awak tulis:

“kita kahwin. tapi lepas 2 tahun, kita cerai.”

“no feelings, no emotions, and no loves in our marriage, just a plain marriage based on our interest. deal?”

 

Sepatutnya:
“Kita kahwin. Tapi lepas 2 tahun, kita cerai.”

“No feelings, no emotions, and no loves in our marriage, just a plain marriage based on our interest. Deal?”

 

Dari sini, saya dah tahu dah cerita awak berkenaan dengan apa. Kahwin kontrak. Bagi saya, awak tak perlu dedahkan ayat-ayat itu, kerana ini akan mematikan mood readers untuk membaca cerita awak. Kerana mereka dah tahu, ni mesti kahwin kontrak sebab bisnes. Apa kata awak tulis,

 

No feelings.

No love.

No emotions.

In a marriage.

 

Saya rasa readers akan lebih tertanya-tanya macam ni, dan bagaimana mereka boleh berkahwin tanpa perasaan? Kenapa mereka kahwin? yada yada. Ini hanyalah pendapat saya sebagai pembaca, saya pun bukanlah pandai sangat buat foreword jadi saya faham. Lol. Apa apa pun saya rasa awak boleh buat yang lagi baik daripada contoh yang saya bagi! Lagi satu, memandangkan cerita ni dalam bahasa melayu, sebaiknya awak italic kan penggunaan bahasa inggeris.

 

 

Plot, Watak dan Perwatakan.

Plot dalam cerita awak bagi saya dah terlalu ramai penulis-penulis di AFF guna pakai. Kahwin kontrak and so on. Pada awalnya saya macam dah boleh agak jalan cerita awak, tetapi setelah saya baca keseluruhan lima chapter tersebut, awak telah berjaya buat plot-twist yang menarik. Apa yang selalu saya baca dalam konteks ‘kahwin kontrak/paksa’ ni, heroin dia mesti seorang yang Mary Sue, queenka, atau pun pelajar sekolah yang sering dibuli/tak popular. Begitu juga dengan heronya, mestilah seorang yang kaya dan kingka sekolah jugak! Ternyata cerita awak bukan seperti itu. Ianya memberi aura yang matang? bagi saya. Tak terlalu kebudak-budakkan dan saya sukakannya.

Bagi watak pulak saya agak pelik dengan watak Kang Seulgi yang berumur 25 tahun tetapi sudah memiliki Master? Betulkan saya kalau saya silap. Bagi saya ianya tak logik, yalah walaupun ini sekadar fanfiction. Mungkin awak ada penjelasan yang kukuh tentang hal ini? Saya juga rasa Seulgi ni macam keras di luar tetapi lembut di dalam. Dia juga penuh misteri dan dingin orangnya, saya amat sukakan watak Seulgi di dalam cerita ini.

Bagi watak Song Mino, dia kata dia tak sukakan Seulgi, tapi saya rasa dia macam suka.. Segala perbuatan dia, memang menunjukkan yang dia sukakan Seulgi. Dari awal-awal lagi, mungkin awak nak jadikan watak dia macam si flirty? Saya tak ada masalah sangat dengan watak Mino, tetapi dia terlalu menunjukkan tanda-tanda yang dia sukakan Seulgi, padahal awak kata dia cuma sayangkan Seulgi sebagai kawan. Ini apa yang saya rasa sepanjang saya membaca cerita awak.

 

 

Tatabahasa dan Gaya Penulisan.

Saya dapati begitu banyak kesalahan tatabahasa dalam cerita awak. Awak kurang menitikberatkan penggunaan huruf besar di awal perkataan / ayat. Terlalu banyak rasanya, bagi sesetengah pembaca mereka mungkin tidak kisah tentang hal ini, tetapi bagi seorang Grammar Nazi seperti saya, saya amat rimas (?) apabila melihat benda-benda seperti ini; ianya menganggu pembacaan saya. Huhu. Juga saya nak ingatkan, penggunaan huruf besar juga perlu bagi kata nama khas. Seperti nama seseorang, nama tempat dsb.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^