✉ farahhkim

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID2] JOM KAHWIN! [/CONTENTID2]

[CONTENTID1]

Tajuk: Jom Kahwin!

Penulis: farahhkim

Genre: Romance, Islamic, drama, fluff.

Watak-watak utama: BTS V (Kim Taehyung) & Yaya (OC).

Sinopsis: Siapa sangka Kim Taehyung masuk Islam? Kim Taehyung atau V yang juga ahli BTS bakal membuatkan satu dunia terkejut! Taehyung sudah tiga tahun memeluk agama Islam, namun begitu dia tidak sampai hati untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya. Tiba-tiba, Taehyung teringat…“Omma akan kasi Tae masuk agama lain… dengan syarat Tae perlu berkahwin.” - Taehyung mula mengatur langkah mencari isteri yang sesuai. Dengan ganjaran yang disediakan olehnya, dia menjejakkan kakinya ke Malaysia!

 Diulas oleh: Min_Arisu

 

 

Tajuk

Bermula dengan tajuk, awak sudah memilih untuk menggunakan tajuk Jom Kahwin? sebagai tajuk utama fanfic ini. Sejujurnya, saya berpendapat tajuk ini memang sesuai dengan plot utama yang cuba diketengahkan. Tajuk yang diberikan juga turut mempamerkan unsur komedi, ia sekaligus memudahkan para pembaca untuk membuat tafsiran dan mengagak genre apa sebenarnya yang cuba awak selitkan dalam karya penulisan awak. Jadi, tahniah kerana berjaya meletakkan tajuk yang sangat sesuai dengan plot awak. Cuma, saya rasa tajuk tersebut sepatutnya ditulis bersama dengan tanda bacaan pembuka kata (“) dan penutup kata (”). Maksud saya, begini; “Jom Kahwin?”. Frasa Jom Kahwin yang awak gunakan tu sebenarnya kelihatan lebih kepada satu persoalan dalam bentuk dialog yang dilontarkan oleh watak Kim Taehyung kepada watak Yaya atau watak Yaya kepada Kim Taehyung. Oleh sebab itu, tanda bacaan yang saya nyatakan tadi adalah lebih sesuai untuk disertakan bersama pada tajuk cerita.

 

 

Visual (Poster/Latar Belakang)

Beralih kepada visual, saya mulakan dahulu dengan poster utama yang awak gunakan buat masa sekarang. Bagi saya, poster tersebut kelihatan agak cantik dan menarik perhatian. Tambahan pula, pemilihan gambar Kim Taehyung yang digunakan kelihatan sangat bersesuaian dengan gambaran perwatakan dan personaliti Kim Taehyung sepanjang 12 bab yang awak published. Untuk watak Yaya, gambar yang digunakan untuk mewakili watak Yaya adalah Krystal, kan? Sejujurnya, gambar Krystal yang diedit untuk memberi imej bertudung kepadanya kelihatan sangat kekok dan janggal di situ. Pendek kata, kurang sesuai. Tetapi, saya tidak bermaksud untuk mengatakan ia kelihatan tidak cantik. Cuma, mungkin hasil edit tu kurang menjadi. Tak mengapalah, pereka poster di Asianfanfics ini pun bukanlah pereka yang seratus peratus datang dari golongan profesional, kan?

Warna-warna yang digunakan sebagai ‘base’ poster dan latar belakang juga agak kurang menyerlah. Paduan warna biru dan merah jambu merupakan warna-warna yang sesuai untuk poster yang bertemakan komedi romantik, tetapi untuk poster awak warna tersebut kelihatan agak pucat dan kelam. Jadi, mungkin skala warna-warna tersebut patut ditingkatkan lagi suapaya kelihatan lebih ceria dan menarik? Oh ya, font style yang digunakan juga kelihatan cantik tetapi posisi tajuk tersebut kurang sesuai. Perkataan ‘Kahwin’ yang berwarna merah jambu itu hampir menyamai warna ‘base’ poster dan hampir membuatkan perkataan ‘kahwin’ itu agak tenggelam dan tidak kelihatan dengan sejelas-jelasnya.

Ada satu persoalan lain yang bermain di minda saya apabila saya terbaca quotes yang disertakan di dalam poster awak. ‘Asal semua nak nak bini aku ni?’. Seperti yang kelihatan di situ, perkataan nak digunakan sebanyak dua kali di situ, adakah ia adalah sesuatu yang disengajakan atau ia merupakan satu kesalahan tatabahasa yang tidak disengajakan? Pada mulanya, saya beranggapan ia memang sengaja ditulis begitu, mungkin ada maksud lain atau maksud tersirat yang cuba disampaikan. Tetapi, bila saya baca berkali-kali, saya rasa berkemungkinan besar ia adalah kesalahan tatabahasa yang sebenarnya tidak disengajakan. Mungkin ayat yang sebetulnya adalah, ‘Asal semua nak jadi bini aku ni?’. Maaf kalau saya tersalah membuat tanggapan, tolong perbetulkan saya kalau salah di ruangan komen bila awak dah habis baca ulasan ni. :)

 

 

Pengenalan Cerita (Description/ Foreword)

Dari apa yang saya lihat dan amati, pengenalan cerita yang awak tampilkan adalah bersifat sinopsis atau pengenalan yang bersifat pengenalan novel tetapi tidaklah seratus peratus sama. Seperti yang kita semua sedia maklum, sinopsis yang digunakan oleh novelis biasanya banyak mendedahkan plot utama cerit

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^