wooya88

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tajuk: Fererro Rocher – The Sweet Sehun

Penulis: wooya88

Watak-watak utama: Oh Sehun, Kim Jongin dan Jie Lynn (OC).

Sinopsis: Oh Sehun dipaksa oleh kawannya, Kai untuk membeli coklat Ferrero Rocher pada lewat malam kerana dia telah menghabiskan coklat tersebut tanpa izin. Jikalau tidak, Sehun terpaksa tidur di luar pada malam yang sejuk itu. Malangya, seorang gadis telah mengambil coklat terakhir yang ada di rak kedai Mak Jah. Sekarang, Sehun mahukan dua benda. Coklat dan gadis itu.

Pengulas: Min_Arisu

 

 

Tajuk.

Hanya dengan sekilas pandang, tajuk yang awak berikan sudah cukup menarik perhatian saya sebagai pembaca dan menarik minat selera saya untuk makan (LOL). Ia merupakan tajuk yang sangat comel, mempunyai vibe komedi romantic di dalamnya dan yang paling penting, ia juga sangat sesuai dengan plot utama cerita awak yang mengetengahkan coklat berjenama Ferrero Rocher sebagai subjek utama. Tahniah diucapkan kerana telah berjaya berfikir di luar kotak dan memberikan tajuk yang sangat menarik dan mempunyai nilai signifikasi dengan plot keseluruhan.

 

 

Visual (Grafik/Poster).

Tiada sebarang grafik atau poster kelihatan pada fanfic awak dan awak juga sudahpun menyatakan tetang ketiadaan poster mahupun latar belakang semasa awak request beberapa hari yang lalu. Jadi, tiada apa yang boleh saya ulas di sini. Apa yang saya boleh kata dan nasihatkan adalah, poster ataupun background adalah antara unsur-unsur penting bagi menarik perhatian pembaca. Mesti awak pernah dengar frasa ‘don’t judge the book by its cover’, kan? Ya, kita digalakkan untuk tidak menilai sesuatu berdasarkan luarannya sahaja tetapi bagi dunia fanfic, poster adalah antara daya tarikan utama sesebuah fanfic itu selain tajuk yang menarik perhatian dan plot cerita yang tidak klise dan mudah dijangka. Jadi, mungkin awak patut dapatkan poster untuk fanfic awak dan saya boleh cadangkan satu graphic shop yang dimiliki oleh Malaysian girl di Asianfanfics dan dia juga merupakan salah seorang reviewer di Cherie Malay Review Shop. Faraakim adalah orang yang saya maksudkan dan ini adalah sekadar cadangan, awak bebas untuk membuat keputusan awak sendiri memandangkan awak mempunyai hak sepenuhnya keatas fanfic awak.

 

 

Pengenalan Cerita/Foreword.

Bagi pengenalan cerita, awak telah memilih untuk meyelitkan satu sinopsis yang ringkas mengenai plot cerita yang bakal disampaikan di bab yang pertama. Dari apa yang saya lihat dan baca, awak telah menyatakan hampir keseluruhan situasi yang bakal berlaku di dalam cerita seperti sebab apa akibat yang bakal menanti Sehun jika dia tidak berjaya membeli coklat tersebut dan sebab mengapa Sehun dipaksa untuk keluar membeli coklat tersebut pada lewat malam. Bukankah semua ini sepatutnya dirahsiakan dan dijadikan kejutan di dalam cerita itu nanti? Berikut adalam apa yang boleh saya cadangkan. Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, ia hanyalah cadangan semata-mata dan terserah pada awak untuk menggunakannya ataupun tidak.

 

Ayat/perkataan asal:

Oh Sehun dipaksa oleh kawannya, Kai untuk membeli coklat Ferrero Rocher pada lewat malam kerana dia telah menghabiskan coklat tersebut tanpa izin. Jikalau tidak, Sehun terpaksa tidur di luar pada malam yang sejuk itu. Malangnya, seorang gadis telah mengambil coklat terakhir yang ada di rak kedai Mak Jah. Sekarang, Sehun mahukan dua benda. Coklat dan gadis itu.

 

Ayat cadangan:

Dek kerana kelalaian dan kecuaiannya sendiri, Oh Sehun tidak mempunyai pilihan lain selain menuruti arahan Kim Jongin, atau lebih dikenali sebagai Kai untuk membeli coklat berjenama Ferrero Rocher dan dia tidak dapat membayangkan apa yang bakal menantinya jika dia menolak arahan Kai. Namun, dia tidak menyangka tugas untuk membeli coklat itu adalah jauh lebih rumit berbandi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^