✉ JunAra

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

TAJUK: Coffee Prince

PENULIS: JunAra

WATAK-WATAK UTAMA: Bae Suzy & Jo YoungMin.

GENRE: romantik komedi.

SINOPSIS: YoungMin dikenali sebagai putera sempurna kerana perwatakannya yang sangat gentleman dan wajahnya, dia amat diminati ramai. Pun begitu, sebenarnya dia sangat kuat merajuk dan hanya ibunya mampu memujuk. YoungMin yang bercita-cita ingin menjadi seorang pembuat kopi dan ingin membuka kafe eksklusifnya sendiri telah berhijrah ke Seoul untuk memulakan kerjayanya. Namun, pertemuannya dengan Suzy si gadis kaya manja sombong yang terjatuh hati dengannya sehingga sangup melakukan apa saja demi mendapatkan lelaki itu, semakin meranapkan impian YoungMin. Pelbagai cabaran yang dilaluinya, pelbagai peristiwa yang timbul dalam perjalanan YoungMin mengejar impiannya.

STATUS: chaptered, on-going, hiatus.

DIULAS OLEH: Min_Arisu

TARIKH ULASAN DITULIS: 22 Mei 2016 (Ahad - 08:48 PM).

 

 

 

 

TAJUK.

Dimulakan dengan aspek tajuk, awak telah memillih ‘Coffee Prince’ sebagai tajuk cerita. Jujur saya katakan, pada mulanya saya memang menyangka yang cerita ini adalah diinspirasikan dari K-Drama yang mempunyai tajuk yang betul-betul serupa dengan cerita awak ini. Saya rasa bukan saya sahaja yang membuat kesimpulan sebegitu, pasti ramai lagi pembaca yang lain yang mempunyai pendapat yang sama seperti saya jika mereka tidak membaca nota penulis yang awak tinggalkan di bahagian foreword. Jadi, setelah saya membaca nota penulis awak, barulah saya sedar yang cerita ini hanya mempunyai tajuk yang sama dengan drama tersebut, tetapi berbeza dari segi plot dan penceritaan.

Saya nak ucapkan tahniah kepada awak sebab tak gunakan plot drama tersebut dalam cerita awak ini. Itu adalah sesuatu yang positif apabila awak jelas sekali tidak mahu mengambil jalan mudah untuk mengguna pakai plot drama yang sedia ada. Awak berusaha untuk menghasilkan plot awak yang tersendiri. Syabas! Memang sudah jelas, tajuk yang awak pilih mempunyai kesinambungan dengan plot yang awak cuba sampaikan di bab-bab seterusnya. Cuma, saya rasa ia akan jadi lebih kreatif kalau awak pilih tajuk yang berlainan dari drama tersebut. Saya agak bimbang, mungkin ada pembaca yang akan terus menganggap yang cerita ini betul-betul mempunyai plot yang sama dengan drama tersebut dan mereka memilih untuk tidak membaca cerita ini. Tidak semua pembaca akan mengambil masa untuk membaca nota penulis yang awak tinggalkan. Jadi ia agak membimbangkan memandangkan ia boleh membuatkan pembaca tersalah anggap dengan mudah.

 

 

 

 

VISUAL (POSTER/LATAR BELAKANG).

Untuk aspek ini, tidak banyak yang boleh saya ulas memandangkan awak mempunyai poster yang ternyata cantik dan menarik. Jadi, saya sangat tertarik dengan poster utama awak! Ia sangat menyerlahlah aura ‘coffee prince’ yang ada pada tajuk cerita awak. Perincian-perincian sampingan seperti taburan biji kopi sangat bersesuaian dengan tema cerita. Begitu juga dengan pemilihan warna coklat hitam dan cream yang jelas menepati tema cerita ini. Ekspresi wajah watak-watak utama juga kelihatan sesuai dengan perwtakan-perwatakan masing-masing. Semuanya kelihatan sangat bersesuaian dan sempurna. Sekalung tahniah kepada pereka poster awak kerana berjaya menghasilkan satu rekaan poster yang begitu menyerlah.

 

 

 

 

PENGENALAN CERITA (FOREWORD/DESCRIPTION).

Untuk bahagian pengenalan cerita, awak telah menyelitkan sinopsis ringkas berkenaan dengan plot awak selain turut menyelitkan sedikit lontaran dialog yang dituturkan oleh watak-watak utama bagi menarik minat para pembaca. Bagi saya, cara awak mencorak pengenalan cerita awak adalah agak baik dan tersusun. Jadi, berkemungkinan besar ia memang mampu untuk menarik minat para pembaca. Persoalan-persoalan yang diselitkan pada sinopsis cerita juga dilihat mampu menimbulkan tanda tanya kepada para pembaca dan membuatkan rasa ingin tahu terhadap keseluruhan cerita itu semakin menebal. Awak juga turut menyelitkan ‘character chart’ yang bagi saya agak panjang lebar. Lazimnya, penulis hanya menyelitkan ‘character chart’ yang melibatkan watak-watak utama yang jelas mempunyai kepentingan untuk memastikan plot cerita itu bergerak dengan lancar. Namun, dari apa yang saya lihat, ‘character chart’ awak agak terlalu panjang. Pemilihan gambar-gambar yang diselitkan juga ada yang tidak sesuai digunakan. Contohnya gambar Seolhyun yang agak menjolok mata di situ. Untuk memastikan ‘character chart’ awak tampil kemas, pastikan format gambar yang digunakan adalah sama. Sekiranya awak menggunakan gambar yang berformat HQ, pastikan gambar-gambar lain juga berformat HQ, Sekiranya satu gambar adalah gambar ‘selfie’, gambar yang lain juga perlu diambil dari sisi ‘selfie’. Begitu juga dengan saiz gambar; sekiranya awak sudah memilih gambar bersaiz portrait pada gambar pertama, pastikan gambar-gambar lain juga bersaiz portrait dan bukannya landskap. Dengan itu, barulah ‘character chart’ awak kelihatan kemas dan sekata.

 

 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^