✉ DreamingYou

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

TAJUK: My Galaxy Daddy! 

PENULIS: DreamingYou

WATAK-WATAK UTAMA: Wu Yi Fan, Jessica Jung & Oh Sehun.

GENRE: Komedi.

SINOPSIS: Yi Fan menyangka dia telah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan baik. Tetapi rupa-rupanya tidak. Yi Fan telah tersengaja membaca diari anak perempuannya dan daripada situ, lelaki ini mula sedar akan kesilapannya sebagai seorang ayah.

STATUS: Completed, one-shot.

DIULAS OLEH: Min_Arisu

TARIKH ULASAN DITULIS: 29 Mei 2016 (Ahad - 06:39 PM).

 

 

 

 

TAJUK.                                                                     

Dimulakan dengan aspek tajuk, awak telah memutuskan untuk menggunakan frasa ‘My Galaxy Daddy’ untuk mewakili plot karya awak kali ini. Ia merupakan satu tajuk yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Mungkin ramai warga di Malay Tag sudah mengetahui yang saya lebih sukakan tajuk yang menggunakan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris, itu pun jika mereka pernah membaca review yang saya tulis sebelum ini. Ia adalah citarasa saya, secara peribadinya. Walaupun begitu, saya ingin sekali memberikan satu pengecualian yang fatal kepada tajuk yang awak pilih kali ini. Ia kelihatan dan kedengaran hampir sempurna di mata saya. Saya amat menyukai aura keanak-anakan yang diselitkan di dalam tajuk tersebut, ia menghadirkan satu perasaan yang ringan dan santai.

 Saya juga dapat membayangkan yang tajuk tersebut merupakan sesuatu yang dituturkan oleh Soo Yeon kepada ayahnya; Yi Fan. Tetapi, dari sudut pandangan yang berbeza, saya merasakan yang alangkah baiknya sekiranya awak memilih tajuk yang dapat pembaca lihat dari sudut pandangan Yi Fan, bukan Soo Yeon. Memandangkan Yi Fan adalah satu-satunya watak yang benar-benar berada dalam latar masa sekarang, saya rasa lebih sesuai sekiranya awak gunakan satu frasa yang mewakili perasaan dalaman Yi Fan sebagai seorang ayah apabila dia mula menyelak helaian demi helaian diari merah jambu milik anak perempuannya. Watak-watak lain seperti Sehun dan Soo Yeon sendiri hanya ditampilkan hampir sepenuhnya melalui teknik penceritaan imbas semula.

 

 

 

VISUAL (POSTER/LATAR BELAKANG).

Disusuli dengan aspek visual, saya dapati awak menggunakan poster dan latar belakang yang berlainan dengan satu sama lain. Saya berpendapat, awak mungkin mempunyai sebab yang tersendiri mengapa awak memilih untuk menggunakan latar belakang yang mempunyai perincian yang jelas berbeza dengan poster utama awak. Bagi saya, selalunya ada dua sebab utama mengapa penulis bertindak sebegini. Pertama; penulis tidak mengusulkan kepada pereka poster berkenaan dengan permintaan latar belakang semasa membuat poster request. Kedua; penulis ada mengusulkan kepada pereka poster untuk turut sama melampirkan latar belakang, tetapi latar belakang yang dilampirkan tidak menepati citarasa penulis itu sendiri. Jadi, penulis memutuskan untuk menggunakan sahaja latar belakang yang sudah sedia ada.

Saya rasa untuk situasi awak, mungkin ia lebih menjurus kepada kebarangkalian yang pertama. Walau apapun, poster utama awak masih mampu membuat saya tertarik untuk menekan button subscribe! Penggunaan warna merah jambu sebagai warna asas poster kelihatan sangat sesuai dengan tema kekeluargaan, terutama sekali jalinan perhubungan di antara Yi Fan dan Soo Yeon sebagai anak dan ayah. Perincian-perincian sampingan lain seperti kerlipan bintang-bintang kecil yang diselitkan turut membuatkan tema ‘galaxy daddy’ itu kelihatan lebih menyerlah dan kukuh. Secara keseluruhannya, awak memiliki poster yang menarik dan cantik, tiada penafian diperlukan untuk itu. Cuma bagi saya, pemilihan font style bagi tajuk adalah agak membosankan dan biasa-biasa sahaja, ia tidak kelihatan istimewa dan menyerlah.

 

 

 

PENGENALAN CERITA (FOREWORD/DESCRIPTION).

Seterusnya, berkenaan dengan pengenalan cerita yang saya akan turut rangkumi bersama dengan foreword atau description. Sebenarnya, tidak banyak yang boleh saya ulas dan perkatakan di sini. Tiada sebarang tanggapan negatif yang terlintas di minda saya apabila saya melawati halaman utama karya awak buat pertama kalinya. Pengenalan cerita awak digarap dengan begitu kemas dan teliti. Awak juga mempunyai cara tersendiri yang saya anggap sebagai sesuatu yang unik dan istimewa bagi membentuk pengenalan cerita yang mampu menarik perhatian para pembaca di luar sana. Tetapi, sama seperti apa yang saya katakan di bahagian tajuk, cara awak merangka pengenalan cerita awak membuatk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^