★ Read Me.

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hi dan selamat sejahtera kepada semua pembaca!

Min_Arisu di sini! Tujuan saya publish special chapter ni adalah untuk nyatakan pendapat peribadi dan kesimpulan sepanjang saya tulis review untuk awak yang dah request sebelum ni, sila ambil perhatian yang ini bukanlah rant untuk memerli mahupun mempersendakan mana-mana penulis tetapi hanyalah pendapat saya sebagai reviewer semata-mata. Saya harap awak boleh luangkan sikit masa untuk baca apa yang bakal saya taip kat sini sampai habis. :) Oh ya, sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih kepada Malay Authors yang dah subscribe, upvote, request dan memberi sokongan kat review shop saya ni. Terima kasih juga kepada Faraakim kerana dah jadi salah seorang reviewer kat sini dengan sukarelanya.

Maaf jika ada yang tersinggung dengan kritikan dan pendapat yang saya (Min_Arisu) dan faraakim nyatakan dalam ulasan yang ditulis. Ia hanyalah pendapat dan buah fikiran kami sebagai pembaca dan pendapat tersebut telahpun diterjemahkan menjadi ulasan ataupun review. Secara rasminya, semua requests untuk first batch telahpun disiapkan dan berkemungkinan besar second batch akan dibuka pada bulan Jun atau Julai, if God wills. Kalau ada yang berminat untuk menjadi reviewer di Cherie Malay Review Shop, awak boleh PM saya sebelum second batch bermula. Hiring session bermula hari ini.

Sementara tu, saya akan guna masa yang terluang tu untuk menumpukan perhatian kepada satu-satunya fanfic Bahasa Melayu saya iaitu Langit Rindu. Jujur saya katakan, saya rasa dengan mengambil keputusan untuk membuka Malay Review Shop ni saya dapat memahami apa sebenarnya yang pembaca cari dalam sesebuah cerita. Saya juga dapat lihat apa sebenarnya kelemahan dan kelebihan yang ada pada cerita saya secara tidak langsung apabila saya menulis review untuk awak semua. Apabila saya menulis review, saya mesti akan tertanya-tanya kepada diri saya sendiri sama ada saya juga turut melakukan kesalahan yang sama pada cerita saya. Jadi, di samping menyatakan pendapat dan kritikan terhadap hasil penulisan penulis lain, saya juga dapat memperbaiki penulisan saya sendiri.

Seterusnya, saya nak kemukan pendapat saya mengenai dunia Malay Fanfic di Asianfanfics ni. Bermula dengan pembaca, saya lihat kebanyakan pembaca lebih gemar meninggalkan komen-komen yang hanya menggula-gulakan penulis itu sahaja sehingga penulis itu berasa ceritanya sudah cukup sempurna tanpa wujudnya cacat dan cela, dari situ wujudlah istilah ‘popular author’ yang pada realitinya, penulis tersebut langsung tidak layak digelar penulis yang berjaya. Bukankah lebih baik kalau di samping pujian yang menggunung, pembaca juga menyelitkan sedikit pandangan dan kritikan yang sebenar mengenai plot cerita, watak dan perwatakan. Ia sudah tentu dapat membantu penulis meningkatkan lagi mutu penulisan dan tidak terus berhalusinasi bahawa tiada apa lagi yang perlu diperbetulkan dalam penulisan mereka. Namun begitu, ia juga tidak bermakna yang pembaca boleh meninggalkan komen yang bersifat biadap dan bashing hanya kerana seseorang penulis itu bersifat terbuka dalam menerima

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^