Ailurophobia

Please Subscribe to read further chapters

Description

 

Ailurophobia. Istilah ini digunapakai bagi menggambarkan seseorang yang tidak boleh berinteraksi dengan kucing secara fizikal. Dalam konteks ayat yang lebih mudah dan ringkas; takut atau trauma dengan makhluk berkaki empat dan berbulu ni!

Min Yoongi, si lelaki ailurophobia yang mempunyai alahan terhadap bulu kucing dan apa sahaja yang berkaitan dengan kucing. Jangankan nak belai atau pegang, kucing lalu depan mata pun dah rasa nak pitam 44 hari! Harapannya setiap hari cuma satu, semoga semua kucing yang ada di dunia ni berpindah ke planet Marikh! Ada ke penawar untuk ailurophobia ni? Ada sesiapa yang boleh tolong Min Yoongi?

Ailurophilia. Istilah ini pula digunakan bagi menggambarkan seseorang yang sangat sukakan kucing. Istilah ini berasal dari bahasa Yunani. Ailuros bermaksud kucing dan philia bermaksud kasih sayang.

Jeon Juyeon, si gadis ailurophilia yang sangat sukakan kucing tak kira baka apa sekalipun. Pantang jumpa kucing jalanan, habis semua nak dibawa balik ke rumah tapi niat baiknya selalu tak kesampaian sebab tak dibenarkan oleh adik bongsunya, Jeon Jungkook. Jeon Jungkook pula, kenapa tak benarkan Jeon Juyeon bela kucing? Ada sesiapa yang boleh tolong Jeon Juyeon? 

Sebenarnya, cuma Jeon Juyeon yang boleh tolong Min Yoongi, dan cuma Min Yoongi yang boleh tolong Jeon Juyeon. Tapi persoalannya di sini, bagaimana?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebenarnya saya dah mula rasa bosan menulis cerita bergenre angst atau berat ni. Stress sebenarnya asyik tulis cerita sedih-sedih ni. Dengan saya sekali jadi sedih! Jadi, saya cuba untuk mencabar diri sendiri dan kembali dengan karya terbaru yang mengetengahkan genre yang lebih santai dan ringan. Komedi. Persahabatan. Fantasi. Romantis. Eh, komedi tu tak la sangat, bukan senang nak buat orang ketawa dengan apa yang kita tulis ni tau. Tak apa, saya cuba! P.S : Susunan layout cerita ini direka oleh saya sendiri dan poster pula direka oleh Miss SparkleRose (Camouflage Studio) .

Terima kasih. Meow~

 

 

Comments

You must be logged in to comment
TaeNi97 #1
Chapter 5: Yayyy akhirnya akak update! Am i the only one after Assirankim? Tahun lepas komen dia ni
AssiraNKim #2
Chapter 4: Kelakar lah Jhope
b2stFanz
#3
Chapter 2: Chapter ni serious lawak.. Best gile
AssiraNKim #4
Chapter 3: Semoga bertabah ya kak, and tahniah nanti dah nak kahwin! Mimpi akak tu sweetlah, mak akak mmg tepat memilih warna baju sbb putih significant dgn something pure and happiness
Btw bila agaknya diorang nak face to face communicate?
qthobi
#5
Chapter 2: aaaaa, kak min!!! you never disappoint la, kak min kata tak pandai tulis comedy tapi elok je terbahak saya gelak sambil duk membaca cerita ni.
walaupun yoongi main character tapi saya suka sangat sangat character seokjin and hoseok; hyungline comel gilaaa!!! and the yoonjin and namseok moments yayyy my brotps <3
and as always, tulisan kak min memang on point. bahasa semua cantiklah. layout pun kemas je. you are my idol in writing lah kak, setiap kali saya baca tulisan akak confirm saya jatuh cinta!
okie saya tak sabar tunggu update tapi takpa, it's okay. take your time. saya menanti di sini! ^^
AssiraNKim #6
Chapter 2: Adik Jeon Jeongguk ke? dah tgk short clip bts kat 3rdmuster? Terharu gila sedih pun ada, Taehyung nangis cerita pasal nenek dia, penuh twitter saya pasal tu je
AssiraNKim #7
Chapter 1: Saya faham apa yg Yonggi lalui, saya pun alergik dgn kucing kawan2 dkt universiti awal2 tu semua tuduh saya cat's hater but the truth is mata saya boleh bengkak kalau sentuh kucing tu
bigbangtanboys
#8
Chapter 1: hahaha...lawaklaa...hoseok mcm sye sbb suka tanya kwn pegi skola ke tak xD...memang teruk kalau ada penyakit mcm suga...hurm...actually sye pun sama mcm suga sbb kalau pegang kucing,tangan start gatal2...tp sye still degil nak jaga and pegang kucing (kucing tu comel sgt >o<)
tak pe kak...sye rasa chapter ni dah okey dah...lama2 nanti akak dah terbiasa tulis cerita bergenre mcm ni...Fighting kak!