✉ IceCream95

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

TAJUK: Kembali Ke 20

PENULIS: IceCream95

WATAK-WATAK UTAMA: Kai, Krystal dan OC.

GENRE: Komedi

SINOPSIS: Kembali ke 20? Huh? Apabila si anak yang terlebih ‘genius’ mencipta suatu cecair misteri yang bakal menghuru-harakan kehidupan mereka sekeluarga ! - “Kamu berdua ni siapa hah? Perompak ?”  “Dah gila? Kami berdua ni ibu bapa kamu !” Mampukah keadaan diperbetulkan semula! - “Aku macam tak percaya mak bapa aku jadi macam ni ! Tolong sedarkan aku dari mimpi buruk ini sekarang!”

STATUS: On-going, chaptered. 

DIULAS OLEH: Min_Arisu

TARIKH ULASAN DITULIS: 15 Mei 2016 ( 12.24 PM - Ahad)

 

 

 

 

TAJUK.

‘Kembali ke 20’ adalah satu tajuk yang sangat ringkas! Ia jelas menunjukkan rangka plot utama yang bakal awak kembangkan dalam bab-bab seterusnya nanti. Walau bagaimanapun, cara awak menulis tajuk tersebut kelihatan agak mendatar sahaja. Maksud saya, apabila saya melihat pada tajuk tersebut, ia tidak begitu menyerlahkan aura komedi itu. Memandangkan konflik di mana Kai dan Krystal secara tidak sengaja telah kembali ke wajah dan rupa mereka ketika berumur 20 tahun, mungkin aura kejutan pada konflik tersebut dapat diserlahkan lagi dengan menambahkan sedikit penegasan pada tajuk yang diberikan. Cuba tambahkan penanda bacaan pada tajuk awak seperti ini; ‘Kembali Ke 20?!’ Saya berpendapat, dengan menulis tajuk seperti itu ia akan membuatkan unsur kejutan dan komedi itu menjadi lebih kuat. Namun begitu, saya masih berasa yang ia adalah satu tajuk yang baik dan agak menarik meskipun mempunyai kekurangan dari segi penegasan genre utama plot cerita pada tajuk.

 

 

 

 

VISUAL (POSTER/ LATAR BELAKANG).

Secara umumnya, poster yang awak gunakan sekarang sudah cukup cantik bagi menarik perhatian pembaca. Tona-tona warna yang digunakan juga kelihatan bersesuaian dengan tema dan gaya penulisan awak yang banyak mengetengahkan unsur ‘santai dan ringan’. Pemilihan jenis tulisan juga agak baik walaupun ia tidaklah kelihatan terlalu fancy dan sophisticated. Semuanya kelihatan sederhana tetapi masih lagi berada di bawah kategori cantik. Tetapi bagi saya, saiz tulisan untuk ‘By IceCream95’itu adalah agak besar dari saiz yang sepatutnya. Garisan luar berwarna merah jambu yang menghiasi watak-watak utama pula dilihat kurang sesuai digunakan dan membuatkan poster awak kelihatan sedikit comot dan tidak kemas. Ini adalah pendapat saya, apa yang saya lihat dari sudut pancaindera saya. Tetapi, sekiranya awak sudah cukup berpuas hati dengan poster tersebut, ia sudah memadai. Kekalkan sahaja poster tersebut.

 

 

 

 

PENGENALAN CERITA (FOREWORD / DESCRIPTION).

Bagi aspek pengenalan cerita, tidak banyak yang boleh saya ulas di sini. Cara awak merangka pengenalan cerita awak sudah cukup baik, kemas tersusun dan sempurna di mata saya. Setiap baris ayat diatur dengan penuh ketelitian dan kesederhanaan. Pengenalan yang awak tulis cukup ringkas tetapi begitu padat dengan elemen kejutan, komedi, dan dalam masa yang sama tidak terlalu rumit untuk difahami. Tahniah untuk itu. Awak berjaya memanfaatkan ruangan description awak dengan begitu mengagumkan!

 

 

 

 

PLOT, WATAK DAN PERWATAKAN.

Dari apa yang saya lihat, awak cuba mengetengahkan unsur komikal itu dengan sejelas mungkin bermula dari bahagian description awak lagi. Saya rasa awak sudah berjaya membuktikan yang awak memang berbakat dalam menulis karya-karya yang bergenre komedi. Walau bagaimanapun, walaupun awak hanya update 3 bab sahaja buat masa sekarang, saya rasa awak terlalu tergesa-gesa dalam menggerakkan plot itu sendiri. Boleh dikatakan macam-macam perkara sudah berlaku dalam 3 bab pertama karya awak ini. Sebaiknya, awak berikan sedikit ruang kepada pembaca u

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^