✉ Eli_Shane

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID2] Shaman Girl & Vampire Boy [/CONTENTID2]

[CONTENTID1]

Tajuk: Shaman Boy & Vampire Boy

Penulis: Eli_Shane

Watak-watak Utama: Kris & Yume (OC).

Genre: Supernatural, fluff.

Sinopsis: Hidup Kris sebagai makhluk kacukan vampire dan manusia tidak pernah menggembirakan. Setiap hari dia dibuli oleh vampire lain sehinggalah dia membuat keputusan untuk berhijrah keluar dari komuniti vampirenya dan tinggal dalam kalangan manusia. Dan disitu dia dilayan lebih baik oleh golongan manusia yang tidak mengetahui identiti sebenarnya sebagai vampire. Namun pada suatu hari,Kris mendapati golongan manusia sering bermasalah dalam hal cinta kerana setiap hari ada sahaja sahabat manusianya yang patah hati dikecewakan oleh pasangannya. Jadi Kris yang tidak pernah kenal erti cinta telah cuba menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis, kononnya untuk merasai sendiri apa ertinya cinta. Hwang Yume.. sebagai bomoh dan pemburu vampire terakhir dalam keluarganya,dia sedaya upaya memburu vampire yang kian mengganas dalam kalangan manusia. Tapi malangnya dia bertemu dengan Kris yang menyelamatkan dia dari dibunuh vampire lain. Demi membalas budi Kris, dia bersetuju untuk menjadi kekasih Kris..tapi tiba-tiba Kris menukar status Yume daripada kekasih ke hamba abdinya! Apa motif dia berbuat demikian?

Diulas oleh: Min_Arisu

 

 

Tajuk

‘Shaman Girl & Vampire Boy.’ Saya sangat sukakan tajuk yang awak berikan. Meskipun ia keliahatan ringkas tanpa perkataan-perkataan puitis mahupun bombastik, ia masih lagi mempunyai aura penarik yang tersendiri sehingga membolehkan pembaca menekan butang ‘subscribe’ tanpa sebarang keraguan. Tajuk yang diberikan juga bersesuiaan dengan plot utama karya awak. Jadi, tidak banyak yang boleh diperkatakan di sini. Tahniah kerana berjaya mencipta satu tajuk yang menarik.

 

 

 

 

Visual (Grafik/Poster)

Seterusnya, berkenaan dengan visual  karya ini. Saya akan mulakan dengan poster yang awak gunakan sebagai poster utama di muka hadapan karya. Sejujurnya, ia kelihatan agak cantik. Tambahan pula, pemilihan foto Kris yang digunakan di dalam poster adalah sangat sesuai dengan imej vampire yang diketengahkan oleh awak. Warna bola mata Kris yang diedit menjadi merah saga juga turut menyemarakkan aura vampire itu lagi.  Begitu juga dengan imej OC; Hwang Yume yang terdapat pada poster awak. Ekpresi wajahnya cukup baik dan sesuai dengan genre karya ini. Dari sudut negatifnya, saya lihat poster ini berada di tahap yang sangat minimum. Maksud saya, dari segi pemilihan font style tajuk dan perincian-perincian kecil yang lain.

Font style yang dipilih langsung tidak menyerlahkan tajuk karya. Ia kelihatan terlalu ringkas sehingga menenggelamkan penegasan tersembunyi yang ada pada perkataan ‘shaman’ dan ‘vampire’ tersebut. Saya juga agak terganggu dengan penggunaan poster utama sebagai latar belakang karya ni. Seharusnya, latar belakang yang digunakan kelihatan lebih ringkas, kosong dan tidak terlalu menyerlah bagi mengelakkan gangguan ketika proses pembacaan. Awak juga menggunakan paragraph divider bagi mengasingkan ruang untuk sinopsis cerita, nota penulis dan character chart. Secara peribadinya, saya suka akan inisiatif yang awak ambil dalam penggunaan paragraph divider. Cuma, alangkah baiknya sekiranya awak reset semula saiz paragraph divider itu kepada saiz yang lebih kecil kerana ia memakan ruang yang agak besar serta saiznya terlalu besar jika hendak dibandingkan dengan saiz paragraph divider yang lazimnya digunakan.

 

 

 

 

Pengenalan Cerita (Foreword/Description)

Pengenalan cerita yang awak selitkan kelihatan agak sarat bagi saya, dengan kewujudan 3 perenggan sinopsis dan saiz paragraph divider yang agak besar, seperti yang sudah saya sebutkan di atas. Apa yang boleh saya cadangkan di sini adalah, ringkaskan lagi sinopsis karya dan hadkan pendedahan elemen-elemen penting dan utama pada pengenalan awak. Berikut adalah pengenalan asal yang awak paparkan di pengenalan cerita, diikuti dengan versi yang sudah saya edit.

 

Versi asal:

Hidup Kris sebagai makhluk kacukan vampire dan manusia tidak pernah menggembirakan. Setiap hari dia dibuli oleh vampire lain sehinggalah dia membuat keputusan untuk berhijrah keluar dari komuniti vampire-nya dan tinggal dalam kalangan manusia. Dan disitu dia dilayan lebih baik oleh golongan manusia yang tidak mengetahui identiti sebenarnya sebagai vampire.

Namun pada suatu hari,Kris mendapati golongan manusia sering bermasalah dalam hal cinta kerana setiap hari ada sahaja sahabat manusianya yang patah hati dikecewakan oleh pasangannya. Jadi Kris yang tidak pernah kenal erti cinta telah cuba menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis, kononnya untuk merasai sendiri apa ertinya cinta..

Hwang Yume.. sebagai bomoh dan pemburu vampire terakhir dalam keluarganya,dia sedaya upaya memburu vampire yang kian mengganas dalam kalangan manusia. Tapi malangnya dia bertemu dengan Kris yang menyelamatkan dia dari dibunuh vampire lain. Demi membalas budi Kris, dia bersetuju untuk menjadi kekasih Kris..tapi tiba-tiba Kris menukar status Yume daripada kekasih ke hamba abdinya! Apa motif dia berbuat demikian?

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^