Eli_Shane

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tajuk: Mr. Mafia's Maid

Penulis: Eli_Shane   Watak-watak utama: Dujun, Minha, Yongguk & Hyejeong.   Sinopsis: Minha melarikan diri dari rumah setelah menyaksikan sendiri ahli keluarganya dibunuh oleh sekumpulan lelaki berbaju hitam dan dia tiba di hadapan sebuah vila di tengah-tengah hutan lalu pengsan. Setelah sedar dia mendapati dirinya kini berada di rumah Yoon Dujun, seorang chaebol yang juga ketua kumpulan Shadow Triad, salah satu kumpulan kongsi gelap paling digeruni di Korea. Atas dasar yang tidak diketahui, Dujun menawarkan perlindungan kepada Minha dengan syarat dia perlu menjadi maid kepada lelaki itu. Walaupun takut,dia tetap menerima tawaran tersebut dan berazam untuk mencari siapa pembunuh ahli keluarganya. Mampukah dia melakukan perkara-perkara tersebut tanpa sebarang masalah?   Pengulas: Min_Arisu    

 

Tajuk.

First impression saya terhadap tajuk yang awak berikan adalah agak baik. Walaupun Mr.Mafia’s Maid tidaklah terlalu fancy dan  gah untuk dijadikan sebagai tajuk cerita, tetapi ia tetap mempunyai daya tarikan yang agak menyerlah. Tajuk ini boleh dikatakan amat bersesuaian dengan plot cerita awak dan ia amat jelas tidak lari daripada skop plot cerita. Tahniah untuk itu. Secara peribadinya pula, memandangkan fanfic ini ditulis dalam 99 peratus Bahasa Melayu, saya tertanya-tanya kenapa awak memilih untuk memberikan tajuk dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu sendiri? Saya rasa mungkin kekok bagi awak untuk mengalih bahasa tajuk Bahasa Inggeris awak sekarang ke Bahasa Melayu kerana sudah terbiasa dengan tajuk Bahasa Inggeris.

Sejujurnya saya lebih suka membaca fanfic yang ditulis dalam Bahasa Melayu secara sepenuhnya, termasuk tajuk itu sendiri. Kita boleh lihat lambakan karya novel-novel  Bahasa Melayu di pasaran dan di Asianfanfics sendiri yang turut menggunakan tajuk berbahasa asing dan bukannya Bahasa Melayu, sehingga ke satu tahap, menggunakan tajuk Bahasa Inggeris sudah menjadi seperti trend pula dalam kalangan penulis. Ya, tiada salahnya untuk menggunakan tajuk selain dalam Bahasa Melayu tetapi pada pendapat saya, jika kita benar-benar mahu mengangkat karya-karya Bahaya Melayu setaraf dengan karya-karya non-Malay di Asianfanfics kenapa tidak kita mulakan usaha itu dengan menggunakan tajuk dalam Bahasa Melayu sebagai langkah awal dan yang paling utama? Jika kena dengan caranya, penggunaan tajuk dalam Bahasa Melayu juga sebenarnya mempunyai aura dan daya tarikan yang kuat untuk menarik perhatian dan juga mampu untuk memberikan first impression yang baik kepada para pembaca.

 

 

Visual (Grafik/Poster).

Saya rasa, poster utama yang didapati di muka hadapan cerita ini adalah poster kedua yang awak gunakan. Kalau tak salah, awak menggunakan current background awak sebagai poster utama sebelum ini. Sila betulkan kalau saya salah menilai di sini, ada kalanya saya tewas dengan halusinasi dan pandangan saya sendiri. Sejujurnya, saya lebih menyukai poster yang awak gunakan sebelum ini atau lebih tepat lagi background yang awak gunakan sekarang kerana ia menggambarkan genre cerita ini dengan jauh lebih jelas dan nyata berbanding dengan poster yang awak gunakan sekarang. Dari apa yang saya dapat lihat pada poster utama awak sekarang hanyalah elemen romance sahaja dan tiada langsung elemen-elemen lain yang sepatutnya digambarkan di dalam poster ini seperti gangsterism, mafia, crime dan fluff itu sendiri. Poster ini juga boleh dikatakan sebagai sifar daya tarikan, tidak menarik perhatian, hambar, kurang ketelitian dan agak plain. Awak buat sendiri kan poster ni? Saya nasihatkan awak dapatkan poster yang baru supaya fanfic ini kelihatan jauh lebih menarik dan fancy. Kebanyakan penulis terutama sekali di Asianfanfic berfikir mereka tidak perlu mendapatkan poster yang terlalu cantik dan kelihatan professional jika mereka mempunyai jalan cerita yang menarik.

Tidak dinafikan memang ada pembaca yang langsung tidak peduli sama ada sesebuah fanfic itu mempunyai poster yang cantik ataupun tidak dan mereka lebih mementingkan plot cerita itu sendiri. Percayalah, golongan pembaca yang menilai sesebuah cerita itu berdasarkan poster utama adalah lebih ramai daripada golongan pembaca yang tidak begitu peduli dengan keberadaan poster, salah seorangnya adalah saya. Bagi saya sebagai pembaca, first impression itu sangat penting bagi menarik minat saya untuk terus membaca. Sebelum ini saya pernah melawati satu website yang mengkompilasikan poster-poster fanfic yang dianggap gagal dan terlalu amatur untuk digunakan sebagai poster utama cerita dan pelawat-pelawat website tersebut turut meninggalkan komen yang agak keras terhadap poster-poster tersebut. Kewujudan website seperti ini membuktikan memang ramai pembaca yang memenilai sesebuah cerita itu berdasarkan first impression mereka terhadap poster utama. Jadi, sebelum poster fanfic ini turut disenaraikan di website tersebut, saya rasa awak perlu dapatkan poster yang lain kerana cerita ini layak mendapatkan poster yang jauh lebih cantik dan menarik.

 

 

Pengenalan cerita/Foreword.

Seperti yang saya nyatakan dalam ulasan-ulasan saya yang lepas, saya agak kurang menggemari pengenalan cerita yang mendedahkan terlalu banyak perkara atapun situasi. Begitu juga dengan pengenalan cerita awak yang lebih bersifat sinopsis. Apabila menulis sesuatu synopsis, kita tidak semestinya perlu menyatakan plot cerita yang bakal dikupas nanti dengan begitu jelas. Elemen kejutan, suspen dah rahsia adalah satu kemestian yang perlu diselitkan semasa menulis sinopsis. Memang susah sebenarnya untuk menulis sinopsis yang baik untuk sesebuah cerita dan secara jujurnya saya juga masih gagal untuk menulis sinopsis yang baik untuk fanfic Bahasa Melayu saya sendiri tetapi saya sentiasa mencuba untuk perbaiki dan menyelitkan elemen-elemen di atasa bagi mendapatkan synopsis atau pengenalan cerita yang jauh lebih baik dari semasa ke semasa. Baiklah, berikut adalah pengenalan cerita yang awak tulis:

Minha melarikan diri dari rumah setelah menyaksikan sendiri ahli keluarganya dibunuh oleh sekumpulan lelaki berbaju hitam dan dia tiba di hadapan sebuah vila di tengah-tengah hutan lalu pengsan. Setelah sedar dia mendapati dirinya kini berada di rumah Yoon Dujun, seorang chaebol yang juga ketua klan Shadow Triad, salah satu kumpulan kongsi gelap paling digeruni di Korea. Atas dasar yang tidak diketahui, Dujun menawarkan perlindungan kepada Minha dengan syarat dia perlu menjadi maid kepada lelaki itu. Walaupun takut,dia tetap menerima tawaran tersebut dan berazam untuk mencari siapa pembunuh ahli keluarganya. Mampukah dia melakukan perkara-p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^