- Pearl-Sapphire

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID2] THE SHADOW OF THE GEMSTONE [/CONTENTID2]

[CONTENTID1]

Tajuk: The Shadow of the Gemstone

Penulis: Pearl-Sapphire

Watak-watak utama: Song Hye Kyo & Cha Seung Won

Genre: Aksi, jenayah.

Sinopsis: X-GEMS. They commited a crime...The crimes that have shocked the world a long time ago...Childrens were their main targeted...To trained them to be the most powerful criminals...And they get what they wanted...

But, now...There is something between the members...Two souls...One with the heart of gold...And the other one were filled with greed for powers...They fight... They battle...And at the end of the long battle...Only one will survive...

Pengulas: Min_Arisu

 

 

Tajuk.

‘The Shadow of the Gemstones’ adalah satu tajuk yang kaya dengan elemen- elemen aksi dan drama dan saya sangat sukakan tajuk yang awak berikan untuk fanfic ini.  Saya rasa, mesti awak banyak meluangkan masa untuk berfikir sebelum mengambil keputusan untuk memilih tajuk yang sebaik ini kan? Namun begitu, meskipun tajuk yang awak berikan berada dalam kategori tajuk yang sememangnya cukup menarik dan baik, sejujurnya, cerita yang ditulis 99% menggunakan Bahasa Melayu seharusnya mempunyai tajuk yang menggunakan Bahasa Melayu juga.

Jika awak mengalih bahasakan tajuk cerita ini ke Bahasa Melayu sekalipun, ia akan tetap kedengaran menarik dan gah. Bayangan Si Permata, pada pendapat saya ia kedengaran sama hebat sahaja dengan The Shadow of the Gemstones tetapi awak mungkin akan berasa sedikit kekok untuk menukar tajuk ini ke Bahasa Melayu memandangkan awak memulakan cerita ini dengan menggunakan tajuk Bahasa Inggeris. Walau apapun, tahniah kerana awak berjaya memberikan tajuk yang hebat kepada karya penulisan awak ini.

 

 

Visual (Grafik/Poster).

Poster utama untuk cerita ini sebenarnya kelihatan agak kurang menarik pada pandangan mata saya. Warna jingga, hitam, dan merah yang digunakan sebagai warna-warna utama poster ini adalah amat sesuai dengan genre jenayah yang diketengahkan. Cuma, apa yang menjadikan poster ini kelihatan kurang menarik adalah pemilihan font style yang tidak sesuai dengan genre cerita ini. Mungkin graphic designer yang telah mereka poster ini patut menggunakan font style yang kelihatan lebih sophisticated, fancy dan lain dari yang lain. Hal ini kerana, font style yang telah digunakan kelihatan biasa-biasa sahaja dan gagal menimbulkan impak yang baik kepada poster awak. Posisi watak-watak utama di dalam poster ini juga kelihatan agak kurang tersusun.  

Namun begitu, saya sangat menyukai pemilihan gambar-gambar watak yang digunakan di dalam poster. Ekspresi wajah Cha Seung Won dan Song Hye Kyo kelihatan begitu tepat untuk menggambarkan emosi dan aura jenayah, kesengsaraan, kegelapan dan elemen-lemen negatif yang lain. Jadi tahniah untuk itu. Berkenaan dengan latar belakang, sebenarnya adalah lebih sedap mata memandang jika kita memilih latar belakang yang kosong sahaja berbanding dengan latar belakang yang mempunyai pelbagai jenis warna, tulisan dan gambar objek. Apa yang cuba saya sampaikan di sini ialah, memandangkan poster utama awak menggunakan warna jingga, merah dan hitam sebagai warna utama, latar belakang awak pula sebaiknya mempunyai satu sahaja warna.

Contohnya, menggunakan latar belakang yang berwarna jingga sahaja sebagai warna utama latar belakang dan bukannya menggabungkan ketiga-tiga warna di dalam latar belakang tersebut. Kebanyakan pembaca lebih gemarkan latar belakang yang ringkas dan plain berbanding latar belakang yang terlalu menyerlah dan agak menyakitkan mata. Jadi mungkin awak patut menggantikan latar belakang dan poster awak dengan sesuatu yang lebih menarik perhatian dan kelihatan profesional. Apa yang boleh saya nasihatkan, semak graphic portfolio graphic designer terlebih dahulu sebelum request bagi memastikan hasil yang akan kita dapat nanti memuaskan hati kita sebagai requester. Kalau awak memerlukan sebarang cadangan mengenai graphic shop mana yang patut dikunjungi, PM saya dan saya sedia membantu.

 

 

Pengenalan cerita/foreword.

Seperti mana awak telah memilih tajuk Bahasa Inggeris, awak juga sekali lagi memilih untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa utama awak untuk bahagian foreword/description cerita ini.  Saya mula tertanya-tanya mengapa awak memilih Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu sedangkan bab pertama dan seterusnya menggunakan Bahasa Melayu. Sebagai pembaca, saya masih lagi boleh bertoleransi apabila awak menggunakan tajuk Bahasa Inggeris untuk fanfic Bahasa Melayu memandangkan ia boleh dianggap sesuatu yang biasa dalam dunia penulisan di Malaysia. Bahkan, terdapat begitu banyak novel-novel Bahasa Melayu di pasaran yang menggunakan tajuk Bahasa Inggeris. Tetapi, pengenalan cerita yang ditulis dengan Bahasa Inggeris? Sejujurnya, sepanjang saya membaca novel-novel Bahasa Melayu, belum pernah lagi saya temui novel Bahasa Melayu yang menggunakan Bahasa Inggeris di bahagian sinopsis mahupun pengenalan cerita.

Jadi, saya rasa awak mesti sudah mula memahami apa yang saya cuba perkatakan di sini, kan? Memandangkan bab seterusnya ditulis dengan Bahasa Melayu, adalah lebih baik sekiranya awak mulakan pengenalan cerita awak dengan menggunakan Bahasa Melayu juga. Kenapa? Bagi mengelakkan sebarang salah faham di antara awak sebagai penulis cerita ini dengan para pembaca.  Pembaca mungkin akan menyalah anggap bahawa cerita ini bukanlah Malay fanfic seperti yang diharapkan sebaliknya merupakan fanfic Bahasa Inggeris. Saya juga mengesan beberapa kesalahan tatabahasa dan ejaan pada Bahasa Inggeris awak.

 

Ayat asal:

To trained them to be the most powerful criminals.

 

Ayat yang sudah dibetulkan kesalahan tatabahasa:

To train them to be the most powerful criminals.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^