Yuusei

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tajuk: Semanis Cheesecake

Penulis: Yuusei

Genre: romance, fluff, light angst, friendship.

Watak-watak utama: Oh Sehun dan Kim Yuusei.

Sinopsis: Semanis cheesecake mengisahkan tentang dua orang remaja berkawan baik yang terpisah setelah mengetahui bahawa keluarga mereka merupakan saudara tiri yang bermusuhan ketika dahulu. Suka duka mereka tempuhi bersama. Dan pasti banyak kenangan mereka lalui bersama. Namun, apakan daya sudah suratan takdir memisahkan mereka. Apabila seorang lelaki dan perempuan berkawan baik pasti terdetik perasaan cinta dalam hati masing-masing. Apakah kesudahan kisah mereka?

Pengulas: Min_Arisu

 

 

Tajuk.

Semanis Cheesecake adalah tajuk yang comel, mempunyai aura komedi romantik di dalamnya tetapi kurang sesuai dengan plot cerita ini pada keseluruhannya. Tajuk yang diberikan juga tidak mempunyai kesinambungan dan hubung kait dengan plot. Saya tertanya-tanya, apakah kaitan cheesecake yang terdapat dalam tajuk dengan cerita ini. Adakah awak cuba menyampaikan yang kenangan di antara Sehun dan Yuusei semanis rasa cheesecake tersebut? Ataupun perasaan Yuusei terhadap Sehun adalah semanis cheesecake? Saya tercari-cari sama ada awak ada menyelitkan scene dimana Sehun dan Yuusei menikmati Cheseecake bersama-sama ataupun apa-apa scene yang melibatkan cheesecake, tetapi tiada. Mungkin awak patut menggantikan tajuk ini dengan tajuk lain ynag lebih membawa mood angst. Memandangkan fokus utama plot ini adalah memori masa lalu dan pepisahan yang tak dijangka, tajuk yang lebih sesuai menurut pandangan saya adalah Memori Kasih Semalam ataupun Seindah Memori. Perlu diingat, tajuk yang diberikan haruslah berkaitan dengan plot cerita supaya tidak memberi tanggapan yang salah terhadap pembaca.

 

 

Visual (Grafik/Poster).

Poster yang ringkas tetapi sangat menarik perhatian! Selalunya, poster yang bertemakan romantic banyak menggunakan warna-warna yang suram, kelam dan terlalu menumpukan kepada blending tetapi tidak bagi poster ini dan saya sangat menyukai poster awak, tahniah! Warna yang digunakan sangat mendamaikan mata yang memandang terutama sekali warna hijau yang menghiasi latar belakang poster. Cuma apa yang agak kurang memuaskan adalah pemilihan font style. Font style yang digunakan terlalu ringkas, biasa-biasa sahaja dan sepatutnya digantikan dengan gaya yang lebih fancy dan menarik.

 

 

Pengenalan Cerita/Foreword.

Bagi pengenalan cerita atau foreword,awak telah menyelitkan synopsis yang ringkas tetapi sudah cukup untuk membuatkan pembaca mendapat gambaran yang jelas mengenai plot cerita. Awak juga menyertakan persoalan tentang apa yang bakal terjadi kepada Oh Sehun dan Kim Yuusei. Namun, apa yang agak mengecewakan adalah cara awak memperkenalkan watak-watak utama awak iaitu seperti berikut:

 

Kim Yuusei

17 tahun

Anak kepada pemilik Cube Studio

Caring, manja, baik

Singer and dancer.

 

Semua maklumat di atas sepatutnya didedahkan menerusi jalan cerita, dan bukannya di pengenalan cerita. Kebanyakan pembaca agak tidak menggemari apabila watak-watak utama diperkenalkan melalui cara ini. Personaliti seperti caring, manja, dan baik sepatutnya dikupas di dalam cerita awak. Apa yang saya cuba katakan di sini adalah, pembaca lebih suka untuk belajar mengenali karakter dan personaliti watak-watak utama menerusi jalan cerita dan dengan menyatakan personaliti watak di permulaan cerita, sediki

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^