- Decode01

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tajuk: Yoon Doojoon's Life Journal

Penulis: Decode01

Watak-watak utama: Yoon Doojoon dan OCs.   Sinopsis: Apabila journal kepunyaan Doojoon jatuh ke tangan anak-anaknya yang nakal. Segala rahsia dan kisah hidup Doojoon akan terbongkar. Pahit getir, kisah cinta,saat-saat kehilangan orang yang tersayang..semuanya telah dicatat oleh Doojoon di dalam journal itu. Nantikan aksi lucu, dan menyayat hati keluarga Yoon!   Pengulas: Min_Arisu  

 

Tajuk.

‘Yoon Doojoon’s Life Journal.’ Ia adalah tajuk sedap didengar, ringkas tetapi sudah cukup jelas menggambarkan apa yang bakal menanti para pembaca pada bab permulaan cerita. Secara peribadinya, saya sangat menyukai tajuk yang awak berikan, ia bukan sahaja kerana saya adalah seorang fangirl kepada Yoon Doojoon malah tajuk awak juga tidak tersasar jauh daripada plot cerita yang bakal awak kupas nanti! Cuma, pada pendapat saya tajuk yang diberikan tidak menggambarkan apa-apa genre.

Tiada vibe romance, angst, mahupun comedy dapat dirasai hanya dengan membaca tajuknya sahaja. Walaupun begitu, ia sedikit sebanyak sudah berjaya menarik perhatian pembaca untuk mencari tahu plot cerita yang sebenar. Walaupun awak dilihat tidak meninggalkan sebarang klu mengenai genre cerita awak, sekurang-kurangnya tag cerita awak sedikit sebanyak telah membantu pembaca dalam mengklasifikasikan plot cerita dan genre utama. Kesimpulannya, tajuk yang awak berikan adalah hampir sempurna pada pandangan mata saya dan berjaya menarik minat saya untuk memulakan pembacaan, tahniah untuk itu!

 

 

Visual (Grafik/Poster).

Apabila saya terpandang poster utama awak, saya terus menyemak graphic shop mana yang awak telah lawati di bahagian credit. Saya mendapati awak sebenarnya adalah salah seorang requester di Absolute Graphic Shop di mana pemiliknya adalah faraakim yang merupakan salah seorang reviewer di sini. Jadi, ini adalah kali kedua saya megulas dan mengkritik hasil artwork faraakim (Kalau faraakim terbaca ulasan unnie kali ini, jangan marah tau, unnie cuma nyatakan pendapat peribadi unnie je. Peace!) Baiklah, berdasarkan tag-tag cerita awak iaitu comedy, family dan slice of life, poster yang digunakan berjaya menimbulkan vibe family dan slice of life tetapi agak kurang menonjolkan vibe comedy.

Vibe family dan slice of life ditonjolkan melalui pemilihan warna-warna yang agak gelap dan suram serta penyelitan dua figura lelaki dan perempuan dan saya rasa itulah anak-anak Yoon Doojoon. Tetapi bagaimana pula dengan vibe comedy itu sendiri? Adakah penggunaan  font style yang agak santai sudah cukup untuk menghidupkan elemen komedi itu? Bagi saya, tidak. Memandangkan elemen family dan slice of life telah digambarkan menerusi pemilihan gambar watak-watak utama, mungkin elemen comedy pula dapat diserlahkan menerusi pemilihan warna yang lebih ceria, tidak terlalu terang tetapi tidak juga terlalu suram. Dengan ini, barulah elemen- elemen tersebut dapat diserlahkan dengan seimbang pada poster tersebut. Oh ya, memandangkan perkataan ‘Journal’ dinyatakan dengan jelas pada tajuk cerita, mungkin imej journal ataupun diari juga patut diselitkan bersama di dalam poster.

 

 

Pengenalan cerita/Foreword.

Pengenalan cerita awak sebenarnya agak banyak mendedahkan plot cerita utama awak. Seperti yang telah saya nyatakan di dalam ulasan-ulasan saya sebelum ini, mendedahkan terlalu banyak perkara di dalam pengenalan cerita sangat tidak digalakkan kerana boleh mematikan mood pembacaan si pembaca. Elemen- elemen kejutan sepatutnya menjadi penghias di dalam bab pertama dan bab-bab yang seterusnya. Jika hampir semuanya sudahpun didedahkan kepada pembaca, apakah yang tinggal untuk pembaca teroka dan cari tahu sepanjang pembacaan nanti?

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa awak telah mendedahkan keseluruhan plot cerita awak di pengenalan cerita, tetapi apa yang saya maksudkan adalah pengenalan cerita awak agak mendedahkan plot cerita walaupun tidak secara keseluruhannya.  Berbalik kepada pengenalan cerita awak, awak sudahpun mendedahkan kepada pembaca mengenai identiti sebenar si pencetus segala aksi lucu dan dan pembongkaran rahsia masa lalu Yoon Doojoon sebagai ‘anak-anaknya yang nakal’. Bagi saya, awak sebenarnya boleh menyelitkan unsur kejutan di ayat pertama pengenalan cerita awak dengan tidak menggunakan frasa ‘anak-anaknya’. Mungkin awak boleh gantikan frasa tersebut dengan ayat lain yang lebih bersifat rahsia dan k

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^