- syayu7

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID2] MR. CEO, MISS TRANSLATOR [/CONTENTID2]

[CONTENTID1] Tajuk: Mr.CEO,Miss Translator Penulis: syayu7

Watak-watak utama: EXO Sehun, Kai dan Joy (OC)

Genre: fluff, komedi.

Sinopsis: Siapa tidak kenal Sehun,pelajar yang selalu ponteng sekolah dan suka meniru time exam.Tetapi selepas reunioun class mereka setelah lima tahun bekerja,ramai yang terkejut serta terpegun apabila mengetahui dia telah menjadi seorang CEO Syarikat yang berjaya di Korea.Oh ya,tidak hairanlah kerana dia merupakan seorang anak kepada Dato yang kaya.Tapi Sehun memiliki suatu kekurangan...Bahasa English!Kalau berjumpa dengan syarikat luar,mereka harus berbahasa Inggeris.Perjumpaan dengan ex-classmatenya aka ex-girlfriendnya iaitu Joy yang baru sahaja pulang dari UK di perjumpaan ex pelajar kelas 5A1 membuatkan Sehun berfikir sesuatu diluar kotak fikirannya...Tetapi,Joy kan ex girlfriendnya?Hrmmm....

Pengulas:Min_Arisu

Tarikh disiapkan: 16 September 2015.

 

 

Tajuk.
Mr.CEO, Miss Translator adalah tajuk yang sangat menarik bagi saya. Sebaik sahaja saya membaca tajuk cerita ni, secara automatik perasaan teruja dan rasa ingin tahu mengenai Mr. CEO dan Miss Translator yang dimaksudkan mucul serta-merta. Semenangnya, tajuk sebegini seakan-akan sudah menjadi trend semasa dalam kalangan penulis, tidak kira penulis profesional mahupun amatur.

Pada pendapat saya, tajuk yang awak berikan juga amat sesuai dengan plot utama cerita ini. Tahniah kerana berjaya memcipta sebuah tajuk yang bukan sahaja mempunyai hubung kait yang kuat dengan plot cerita awak, tetapi ia juga mempunyai daya tarikan yang kuat bagi menarik perhatian para pembaca untuk melawati cerita ini. Melalui tajuk sahaja, saya sudah dapat meneka yang genre utama cerita ini adalah komedi. Sudah tentu, ia merupakan sesuatu yang wajar diberi pujian kerana awak kelihatan teliti dalam memilih tajuk yang sesuai.

 

 

Visual (Grafik/Poster)

Poster yang awak gunakan sebagai poster utama cerita ini kelihatan agak kusan dan suram. Kualiti gambar-gambar watak utama juga kelihatan jelas berbeza. Gambar Sehun dan Joy dilihat mempunyai kualiti yang sangat tinggi tetapi tidak bagi gambar Kai. Gambar Kai kelihatan lusuh dan suram. Mungkin gambar Kai juga patut digantikan dengan gambar yang lebih baik dan berkualiti.

Apabila melihat poster awak, saya ingatkan cerita ini adalah cerita yang bertemakan angst ataupun horror. Hal ini kerana poster awak kelihatan agak gelap dan suram untuk sebuah cerita yang bertemakan komedi dan fluff. Dalam erti kata lain, poster yang digunakan adalah tidak sesuai dengan genre yang diketengahkan. Lazimnya, poster untuk cerita yang bertemakan komedi dan fluff memaparkan warna-warna yang lebih ceria dan lembut, bukannya warna yang suram dan malap seperti yang digunakan dalam poster awak.

Untuk latar belakang yang digunakan pula, saya tidak nampak apa-apa kesinambungan di antara poster dan latar belakang. Adakah awak sekadar memilih latar belakang yang digunakan sekarang secara rawak sahaja? Mungkin awak boleh menjawab soalan ini di ruangan komen apabila awak selesai membaca ulasan ini nanti. Saya sarankan, apabila awak request poster untuk cerita yang awak tulis, sertakan bersama permintaan untuk mendapatkan latar belakang.

Kebanyakan graphic shop menyelitkan latar belakang sebagai 1 pakej setiap kali mereka menerima graphic request. Perlu diingatkan,poster yang menarik dan cantik adalah antara satu daya tarikan untuk menarik perhatian pembaca kerana selain pengenalan cerita, poster juga adalah antara aspek yang dinilai oleh pembaca sama ada mahu menekan butang subscribe ataupun tidak. Pada zaman sekarang, pembaca memang menilai sesebuah karya itu daripada visual luarannya.


 

Pengenalan cerita/foreword.

Beralih kepada foreword/pengenalan cerita awak, sejujurnya ia agak membosankan dan tidak mempunyai daya tarikan. Dari apa yang saya perhatikan, awak kelihatan seolah-olah memandang ringan pada cara awak menulis pengenalan cerita ini. Jujur saya katakan pengenalan cerita yang ditulis adalah agak tidak tersusun, tidak kemas dan kebudak-budakkan.  Pada mulanya, saya agak terpinga-pinga apabila membaca pengenalan cerita awak kerana struktur ayat yang agak berbelit-belit dan susah untuk difahami. Setelah membaca untuk kali kedua, barulah saya boleh mendapat gambaran sebenar plot cerita ini.

Saya faham yang setiap penulis mempunyai gaya penulisan yang tersendiri tetapi ia tidak bermakna yang seseorang penulis itu boleh menulis dengan terlalu mengikutkan gaya masing-masing itu. Kalau boleh, cuba kawal diri daripada menggunakan bahasa pasar dalam penulisan, terutama sekali di bahagian pengenalan. Jika awak berasa struktur ayat itu lebih sesuai dan elok apabila menggunakan bahasa pasar, awak masih lagi boleh menggunakan bahasa pasar tersebut tetapi dalam kiraan yang paling minima dan gunakan teknik italic pada perkataan tersebut supaya struktur ayat awak kelihatan lebih kemas dan matang.

Di sini, saya selitkan cadangan ataupun cara saya menulis semula pengenalan cerita awak supaya kelihatan lebih kemas dan teratur.

 

Pengenalan cerita yang asal:

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^