TOP 3 REVIEWS (DMMWC)

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Ini adalah kompilasi 3 karya terbaik yang saya pilih sebagai salah seorang juri untuk Der Merchan Malay Writing Contest 2015 (DMMWC)  yang dianjurkan oleh WoaiJia. Para pemenang sudahkan diumumkan beberapa hari yang lepas. Saya cuma memilih 3 karya-karya yang paling menarik perhatian saya, ini tidak bermakna ketiga-tiga karya yang saya review ni adalah pemenang pertandingan tu.

Harap maklum ya, jangan ada yang salah faham pula. Jadi, daripada biarkan review ni semua dipadam macam tu je, saya ambil keputusan untuk publish 3 review tersebut di Cherie. Kepada para pemenang yang WoaiJia pilih, sekalung tahniah diucapkan. Teruskan berkarya dan kembangkan lagi bakat menulis!

 

 

REVIEW 1: UNDER THE SEA (BY BLUEDAWN24

 

Tajuk (7/10)

Memandangkan cerita ini bertemakan modern fairytales dan mermaids, saya tidak nampak apa-apa alasan untuk saya menidakkan kesesuaian tajuk yang sudah penulis berikan. Pendek kata, tajuk yang diberikan mempunyai nilai signifikasi dan kesinambungan yang jelas dengan plot utama cerita ini. Tetapi, tajuk yang dipilih juga tidaklah berada dalam zone unik. Walaupun tajuk yang diberikan menepati plot, ia sebenarnya bukanlah satu tajuk yang begitu menarik perhatian. Bagi saya, ia adalah satu tajuk yang biasa-biasa sahaja dan kurang daya tarikan.

 

 

Tema (8/10)

Tema dark reality dan modern fairytale diterap dengan begitu baik sepanjang dua bab pembacaan. Ia sekaligus membuktikan penulis berjaya menggunakan prompt pertandingan dengan cukup jelas dalam karya penulisan yang dipertandingkan.

 

 

Visual (8/10)

Poster yang digunakan sebenarnya kelihatan agak cantik tetapi mempunyai kekurangan yang jelas dari segi perincian-perincian kecil yang lain. Elemen dasar lautan yang dipraktikkan di dalam poster kelihatan sangat memukau dan realistik. Paduan warna biru gelap, kelabu dan sedikit warna tanah juga kelihatan sangat bersesuaian dengan tema sad  dan fantasy. Loket yang turut sama memainkan peranan penting dalam cerita ini juga sebenarnya boleh sahaja dimasukkan di dalam poster bagi memperlihatkan lagi ketelitian dan perincian-perincian sampingan di dalam poster. Pemilihan font juga dilihat sangat bersesuaian selain setiap perenggan dan baris ayat disusun dengan kemas dan teratur.

 

 

Pengenalan/Foreword (9/10)

Pengenalan cerita yang sangat menarik perhatian! Setiap kata-kata disusun dengan begitu kemas, mewujudkan elemen suspens yang membangkitkan rasa ingin tahu para pembaca. Penulis memilih untuk tidak mendedahkan terlalu banyak perkara mengenai plot utama, jadi saya rasa ia adalah salah satu aspek yang berjaya menarik perhatian saya sebagai pembaca untuk menekan butang ‘subscribe’ dan mula membaca. Segala-galanya kelihatan sangat kemas dan sempurna, jadi tidak banyak yang boleh saya perkatakan di sini.

 

 

Plot (12/15)

Plot yang penulis cuba garapkan adalah sesuatu yang agak menarik tetapi ia juga bukanlah sesuatu yang sangat lain dari yang lain memandangkan saya pernah terbaca satu karya lain yang juga bertemakan mermaid’s revenge seperti karya ini. Agak mengecewakan sebenarnya apabila penulis menamatkan cerita ini di bab yang kedua sedangkan terdapat beberapa persoalan lain yang masih belum terjawab. Penulis  cuma menjelaskan akan situasi yang Xiumin hadapi, kebahagiaan Jia bersama suami dan anak-anaknya dan sedikit bayangan kisah lalu yang pernah terjadi di antara si duyung dengan keluarga Xiumin. Tetapi, bagaimana pula dengan Luhan, sahabat baik Xiumin setelah 14 tahun berlalu? Ia tidak pula dijelaskan di penghujung cerita.

 

 

Watak & Perwatakan (5/10)

Perkembangan watak Luhan kelihatan seperti dimatikan dengan serta merta di sini dan digantikan dengan kemunculan watak-watak baru seperti suami dan anak-anak Jia. Oh ya, saya juga tertanya-tanya apa sebenarnya yang pernah terjadi di antara keluarga Xiumin dan duyung tersebut pada masa lalu. Tetapi, melihatkan kepada ‘perbualan di antara bapa Xiumin dengan duyung tersebut, saya rasa saya sudah dapat mengagak akan kisah lalu tersebut; cinta yang tidak direstui, mungkin. Meskipun ia adalah sesuatu yang boleh dijangka oleh akal fikiran, sebaiknya scenes sampingan sebegini turut sama dijelaskan supaya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan kepada pembaca.

 

 

Tatabahasa & Gaya Penulisan (12/15)

Pada pendapat saya, tatabahasa penulis berada di tahap yang memuaskan, tiada kesalahan ejaan ditemui sepanjang pembacaan melainkan perkataan ‘kerana’ yang dieja menjadi ‘kerna’. Dalam kamus Bahasa Melayu moden, perkataan ‘kerana’ tidak lagi dieja sebagai ‘kerna’. Walaupun begitu, saya rasa ia bukanlah kesalahan ejaan yang disengajakan. Mungkin penulis memilih untuk mengeja perkataan tersebut dengan ejaan lama bagi menimbulkan mood klasik pada gaya penulisannya. Namun begitu, walaupun penulis jarang sekali melakukan sebarang kesalahan tatabahasa dari segi ejaan, penulis sering kali dilihat melakukan kesalahan tatabahasa dari segi aspek-aspek lain seperti penggunaan kata kerja, kata hubung dan kewujudan ayat-ayat yang janggal, pasif dan songsang.

Beralih kepada gaya bahasa, ia merupakan gaya bahasa yang sangat menarik, kemas tersusun serta kelihatan teratur. Penulis juga mempamerkan kepelbagaian dan variasi dari segi pemilihan perkataan-perkataan untuk menggambarkan sebarang situasi mahupun emosi. Gaya bahasa yang sebegini merupakan antara gaya bahasa yang sangat saya gemari apabila membaca sesuatu karya. Sejujurnya, kebanyakan fanfic Bahasa Melayu yang terdapat di AFF terlalu banyak menggunakan bahasa pasar, iaitu bahasa percakapan yang kita gunakan setiap hari. Jikalau sudah menggunakan bahasa pasar, pasti tatabahasa dan struktur ayat berada dalam keadaan yang berserabut dan ‘menyakitkan mata’ kan? Jadi, beribu-ribu tahniah kepada penulis sebab berjaya mencorak cerita ini dengan gaya penulisan yang mantap dan kemas tersusun tanpa perlu menggunakan bahasa pasar yang terlalu banyak.

 

 

Pendapat Peribadi (17/20)

Baiklah, secara keseluruhannya, saya sangat kagum dengan karya penulisan penulis ini. Gaya bahasa yang bombastic dan sophisticated dapat dilihat dan dibaca dengan begitu jelas di sepanjang pembacaan saya. Tema modern fairytale itu sendiri berjaya digarap dengan baik. Boleh dikatakan, cerita ini adalah antara cerita bertag Malay yang paling menarik perhatian yang pernah saya baca di AFF. Penulis mempunyai kelebihan yang besar dari segi gaya penulisan berbanding dengan peserta-peserta yang lain. Tetapi, dari segi negatifnya, penulis dilihat agak mengabaikan aspek-aspek kecil dalam pembentukan scenes dan watak-watak sampingan.

 

 

REVIEW 2: ANOTHER BY ELSOON

 

Tajuk (6/10)

Secara jujurnya, saya berpendapat yang ‘Another’ adalah satu tajuk yang kurang menarik dan menyerlah. Aura penarik itu sendiri tidak dapat dirasai dengan kuat apabila melihatkan pada tajuk yang diberikan sahaja. Namun begitu, memandangkan penulis sudahpun mengambil inisiatif untuk menjelaskan makna yang tersirat di sebalik ‘Another’ di bahagian foreword atau pengenalan, agak mustahil untuk saya menyangkal kesesuiaan tajuk yang diberikan dengan plot utama cerita. Jadi, ya. Tajuk yang diberikan memang mempunyai kesinambungan dan hubung kait yang agak jelas dengan plot

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^