tenmachan

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tajuk: Pertempuran Takdir

Penulis: tenmachan

Watak-watak utama: Oh Sehun, Jung Soojung, Kai & Sulli.

Sinospis: Pertempuran Takdir merupakan sequel kepada cerita Kerana Cinta.. konflik percintaan seorang ejen rahsia Korea Utara.

Pengulas: Min_Arisu

 

 

Tajuk.

Pertempuran Takdir adalah tajuk yang sangat dramatik, sedap didengar dan mempunyai unsur angst, aksi, drama dan romantik di dalamnya!  Pada mulanya saya ingat awak cuma meletakkan tajuk secara rawak sahaja bagi menarik perhatian pembaca tetapi rupanya sangkaan saya adalah salah sama sekali. Beralih sahaja ke bab pertama cerita ini saya sudahpun dapat melihat kaitan tajuk yang diberikan dengan plot utama cerita ini.

Awak menggunakan frasa pertempuran takdir sebagai simbolik kepada kerumitan takdir dan jalan hidup yang mesti dihadapi oleh keempat-empat watak utama iaitu Kai, Krystal, Sulli dan Sehun. Tahniah kerana telah berjaya mencipta satu tajuk yang cukup kreatif, bukan sahaja menarik tetapi juga langsung tidak tersasar jauh dari plot utama cerita awak. Saya sangat sukakan tajuk yang diberikan, gabungan dua perkataan ini; ‘pertempuran’ dan ‘takdir’ memberikan impak yang sangat baik, ringkas tetapi padat dengan maksud yang tersirat!

 

 

Visual (Grafik/Poster).

Beralih kepada visual fanfic ini, dari apa yang saya lihat dah amati poster yang awak gunakan adalah agak cantik, tidak terlalu memukau pandangan dan tidak juga terlalu membosankan. Penggunaan warna merah, hitam dan putih berjaya membangkitkan mood suram dan romantik. Bagi pemilihan gambar watak-watak utama pula, sejujurnya ia agak mengecewakan memandangkan secara keseluruhannya cerita ini mengisarkan tentang aksi, drama, dan ejen-ejen rahsia selain diselitkan unsur-unsur romance sebagai penyeri cerita. Adalah lebih sesuai jika gambar-gambar yang digunakan ditukar kepada gambar yang lebih menyerlahkan elemen aksi di dalamnya.

Poster yang digunakan juga lebih menyerlahkan elemen romance dan saya langsung tidak dapat merasakan elemen ‘aksi’ seperti yang digarapkan di bab-bab yang seterusnya. Berbanding perincian bunga-bungaan yang digunakan pada poster, mungkin lebih sesuai jika item-item lain yang boleh menggambarkan elemen aksi turut diselitkan bersama bagi keseimbangan genre yang diketengahkan seperti tompokan darah, pistol, kelongsong peluru, bayangan hitam atau apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan elemen aksi dan jenayah. Oh ya, latar belakang atau background juga kelihatan agak kurang sesuai dan tiada kesinambungan dengan poster yang digunakan.

 

 

Pengenalan cerita/Foreword.

Pengenalan cerita yang awak garap adalah sangat menarik perhatian saya. Ayat-ayat yang digunakan agak puitis dan ini semestinya adalah satu pujian! Awak telah menyatakan secara jelas bahawa Pertempuran Takdir adalah sekuel kepada fanfic sebelumnya yang bertajuk Kerana Cinta, terima kasih kerana menyatakannnya kerana pada mulanya saya langsung tidak menyedari bahawa cerita ini sebenarnya mempunyai prekuel yang menjelaskan masa lalu watak-watak utama. Pengenalan cerita awak juga tidak terlalu mendedahkan apa yang bakal menanti para pembaca di bab pertama dan seterusnya. Awak menerapkan elemen kejutan dan tanda tanya dengan begitu baik sekali di pengenalan cerita awak. Bukan itu sahaja, saya juga amat tertarik dengan ayat-ayat berikut:

 

Dua tahun berlalu, dendamnya masih membara

Dua tahun berlalu, cintanya masih setia

Dua tahun berlalu, dia masih terus mencari

Dua tahun berlalu, hidup barunya bermula.

 

Keempat-empat ayat ini amat mengkagumkan dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kata ganti nama diri ‘dia’ yang awak gunakan sangat sesuai dengan konteks ayat. Jujur saya katakan, jika awak menggunakan nama watak-watak utama berbanding ‘dia’, awak sudah dianggap gagal dalam menimbulkan rasa ingin tahu pembaca kerana semuanya sudah didedahkan dengan terlalu jelas. Saya sangat berpuas hati kerana awak memilih untuk merahsiakan siapa ‘dia’ yang awak maksudkan berbanding menyatakannya dengan jelas! Tahniah untuk itu!

 

 

Plot, Watak dan Perwatakan.

Setelah membaca 12 bab cerita ini, saya berpendapat plot cerita yang awak garapkan adalah menarik, tidak klise dan mempunyai kelainan yang mengkagumkan. Kebanyakan fanfic bertag Malay di Asianfanfics berkisar tentang cinta, perkahwinan yang diatur keluarga, si popular dan si skema, dan juga si penyanyi terkenal jatuh cinta dengan si gadis biasa. Saya juga tidak terkecuali dari golongan ini kerana saya juga telah menulis satu fanfic Bahasa Melayu yang mengetengahkan elemen cinta tapi bukan itu yang cuba saya hebahkan di sini. Apa yang saya cuba katakan sebenarnya adalah saya sangat menyukai bagaimana awak menggabungkan beberapa genre positif dan negatif (cinta, aksi dan jenayah). Gabungan genre-genre ini telah menghasilkan plot cerita yang sangat menarik untuk dibaca, thumbs up! Jalan cerita di mana Oh Sehun dan Sulli terpaksa menyembunyikan identiti mereka bagi meneruskan hidup dan bagaimana kesetiaan cinta Kai dan Soojung diuji setelah kehilangan insan-insan yang mereka sayang, selain scene-scene pertempuran, pergaduhan, dan jenayah yang turut sama diselitkan berjaya menimbulkan perasaan suspen, thrill, dan gementar ketika membaca. Sebenarnya, saya tidak pernah membaca mana-mana Malay fanfic di Asianfanfics. namun setelah terdetik untuk menulis sebuah cerita Bahasa Melayu di sini, barulah saya mula menjengah tag-tag M

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^