✉ ShimmAhmad

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

Tajuk: Aku & Dia

Penulis: ShimmAhmad

Watak-watak utama: BTS Kim Taehyung & BAP Moon Jongup.

Genre: Slice of life

Status: Chaptered fanfic, on-going.

Sinopsis: Alkisah mengenai dua remaja yang amat berbeza perwatakan, mengharungi kehidupan di dalam dua dunia yang amat berbeza. Taehyung, seorang remaja yang ceria dan membesar di dalam keadaan yang lengkap serba serbi serta memiliki rakan-rakan yang sering ada walaupun sering membuat onar terhadap pelajar lain, manakala Jongup pula remaja cacat fizikal yang mengalami masalah kurang keyakinan diri yang amat kronik berikutan kekurangan yang dialami sejak lahir, dan membesar di dalam keadaan sering menjadi mangsa buli. Persahabatan mereka terjalin apabila mereka dipasangkan untuk sebuah kerja rumah dan dari situlah seorang Taehyung melihat sisi lain yang tidak pernah dia lihat, serta seorang Jongup kembali bangkit untuk melawan depresi dan masalah keyakinan dirinya yang sudah membelenggu sejak kecil.

Pengulas: Min_Arisu

Tarikh dan masa ulasan ditulis: Isnin (5 September 2016 / 02.21 PM).

 

 

TAJUK.

Secara dasarnya, saya berpendapat yang tajuk ‘Aku dan Dia’ merupakan satu tajuk yang agak ringkas. Itu adalah merupakan pandangan pertama atau first impression saya berkenaan tajuk yang awak berikan (kekoknya guna bahasa baku bila dah selalu sangat merepek mengarut dengan shimm, hihi). Tajuk tersebut kelihatan agak ringan, tidak terlalu sarat dengan aura-aura yang ‘berat’. Saya tak fikir panjang bila pertama kali saya baca tajuk cerita ini. Apa yang saya dapat rasakan pada awalnya, ia adalah tajuk yang sesuai. Tetapi, setelah menelusuri beberapa bab awal cerita ini, pandangan saya terhadap tajuk ini sedikit berubah. Meskipun plot kelihatan ringkas dan agak santai pada mulanya, saya dapat merasakan yang lebih banyak elemen berat bakal diserap dan dirungkaikan apabila cerita ini beranjak dari pengenalan cerita kepada perkembangan cerita nanti.

Jadi, di akhir pembacaan, saya rasa tajuk tersebut sebenarnya agak ‘terlalu mudah’ dan ‘kosong’ bagi jalan cerita yang ‘secara berselindung’ mempunyai elemen-elemen berat. Melihatkan kepada perkembangan plot yang ada kalanya kelihatan berat, dan ada kalanya kelihatan ringan, saya rasa tajuknya juga perlu menonjolkan sisi keseimbangan elemen-elemen yang terdapat pada plot keseluruhan cerita. Cuba gunakan kata hubung atau adjektif yang sedikit dramatik bagi memperoleh satu tajuk yang berupaya untuk menonjolkan lagi sisi ‘ringan dan berat’ yang ada pada plot cerita awak. Ada apa pada watak ‘aku’, dan apa pula yang tersirat di sebalik watak ‘dia’? Persoalan seperti ini sebenarnya mampu membuatkan minda kita berusaha lebih keras untuk mencipta satu tajuk yang bukan sahaja kedengaran bermakna, tetapi turut sama mempunyai daya penarik yang cukup kukuh terhadap para pembaca.

 

 

 

VISUAL (POSTER & LATAR BELAKANG).

Sejujurnya, saya sangat mengagumi dengan keputusan awak dalam pemilihan poster yang lebih menjurus kepada typhography-based berbanding fully-visualised poster. Jarang sangat saya tengok penulis pilih poster yang sebegini untuk dijadikan visual utama bagi karya yang dihasilkan. Bagi saya sendiri, saya lebih gemarkan poster yang bersifat fully-visualised. Menerusi poster yang bersifat fully-visualised, setiap gambaran figura watak-watak utama terpampang dengan agak jelas di muka poster tersebut sekaligus sangat membantu membaca untuk mengenali watak-watak yang digunakan di dalam karya penulisan. Namun, bagi poster typography-based, fokus utama poster lebih menjurus kepada perincian-perincian gaya font dan perincian-perincian lain yang boleh dianggap sebagai salah satu ‘petunjuk’ kepada plot yang cuba digarap.

Namun begitu, saya rasa pemilihan jenis poster yang awak buat sebenarnya agak baik. Meskipun tiada wajah-wajah watak utama kelihatan pada poster awak, para pembaca masih dapat mengenali siapakah peneraju-peneraju utama karya ini melalui nama-nama watak yang awak turut sertakan di dalam poster awak. Walau bagaimanapun, saya rasa perincian kecil seperti garisan-garisan putih bersambung yang kelihatan seakan-akan bentuk buruj pada poster awak agak kurang sesuai dari segi pemilihan warnanya. Memandangkan warna font tajuk cerita adalah putih, sebaiknya perincian tersebut diwarna dengan tona lain bagi memberikan ‘spotlight’ kepada tajuk cerita. Pemilihan warna kuning sebagai warna utama poster dan latar belakang juga dilihat bersesuaian dengan tema ‘persahabatan’ yang diketengahkan. Sebenarnya, saya tak tahu pun yang warna kuning adalah warna yang melambangkan persahabatan. Nasib baiklah awak ada terangkan pada saya sebelum ni. Terima kasih untuk info yang sangat berguna! Secara keseluruhannya, poster yang berasaskan typography awak sangat memikat pandangan mata saya!

 

 

 

PENGENALAN CERITA (DESCRIPTION & FOREWORD).

Seingat saya, saya pernah membantu Shimm untuk mengemas kini layout pengenalan cerita ini, kan? Cuma sebelum ini, warna kuning bukanlah pemilihan warna asal bagi pengenalan cerita. Tidak banyak yang boleh saya ulas di bahagian ini. Setiap susunan ayat pada description awak kelihatan kemas dan teratur. Prolog yang awak selitkan di bahagian description sebenarnya lebih kepada ‘teaser’. Jika dilihat dari apa yang saya faham mengenai definisi prolog, ia membawa makna rangkap pengenalan atau permulaan kepada keseluruhan plot, dan lazimnya dipetik dari dalam

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^