Yana_xoxo

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tajuk: Omma, Saranghae!

Penulis: Yana_xoxo

Watak-watak utama: Infinite Nam Woohyun.

Sinopsis: Mengisahkan seorang anak yang tidak dapat meluahkan sayangnya kepada si ibu.

Pengulas: Min_Arisu

 

 

Tajuk.

Tajuk yang awak berikan kepada cerita ini merupakan tajuk yang agak ringkas, mempunyai kesinambungan dan hubung kait dengan plot utama cerita dengan begitu jelas dan nyata sekali tetapi agak kurang menyerlah untuk menarik perhatian para pembaca. Walaupun begitu, tajuk yang diberikan juga tidaklah terlalu hambar  atau plain. Tambahan pula, ‘Omma Saranghae!’ adalah tajuk berbahasa Korea dan seperti yang saya nyatakan dalam ulasan-ulasan sebelum ini, saya lebih menggemari tajuk yang ditulis menggunakan Bahasa Melayu secara sepenuhnya; bukan bercampur dengan Bahasa Inggeris, Bahasa Korea mahupun bahasa-bahasa asing yang lain memandangkan cerita yang ditulis menggunakan 99 peratus Bahasa Melayu. Penggunaan tajuk dalam Bahasa Melayu juga tidak kurang hebatnya dalam menarik minat pembaca untuk terus membaca jika kena pada gaya dan caranya kan? Antara tajuk Bahasa Melayu yang boleh saya cadangkan untuk cerita ini adalah Kasih Tak Terungkap, dan Egois.

 

 

Visual (Grafik/Poster).

Berkenaan visual cerita ini pula, secara peribadinya saya agak menyukai poster utama yang awak gunakan sekarang. Ia kelihatan ringkas, kemas dan tidak terlalu sarat dengan perincian. Cuma, apa yang kurang memuaskan di sini adalah kenapa hanya imej Nam Woohyun sahaja yang dimasukkan di dalam poster? Bagaimana pula dengan ibunya yang juga merupakan watak utama cerita ini? Saya rasa, adalah lebih baik jika imej seorang wanita tua turut diselitkan di dalam poster ini, barulah vibe kekeluargaan itu turut dapat dirasai di dalam poster ini.

 Tidak perlulah menyelitkan imej wanita tua dengan begitu jelas sekali, cukuplah sekadar bayangan wanita tua yang kabur dan samar-samar sahaja. Itu sudah cukup memadai. Pemilihan warna utama poster ini iaitu hitam dan putih dilihat sangat sesuai dalam menghidupkan elemen angst. Begitu juga dengan ekpresi wajah Woohyun yang amat bersesuaian dengan genre utama cerita ini. Kesimpulannya di sini, walaupun terdapat sedikit kekurangan dari segi penyampaian elemen kekeluargaan dalam poster ini, ia masih boleh dianggap sebagai satu poster yang agak cantik dan mampu memberikan first impression yang baik kepada para pembaca.

 

 

Pengenalan cerita/Foreword.

Pengenalan cerita yang awak tampilkan di muka hadapan cerita ini agak menarik perhatian. Awak langsung tidak menyebut mana-mana nama watak utama dan ia membuatkan para pembaca mneyemarakkan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca mengenai siapa ‘aku’ yang awak maksudkan. Awak sudah berjaya mneyelitkan elemen kejutan, rahsia dan suspen dengan secara tidak langsung di pengenalan cerita awak. Tiada apa yang saya bole ulas lagi di sini, jadi tahniah untuk itu!

 

 

Plot, watak dan perwatakan.

Plot utama yang mengisahkan bagaimana seorang anak terlalu ego untuk menzahirkan perasaan kasih dan sayangnya kepada seorang insan bergelar ibu sebenarnya adalah satu plot yang segar. Awak berjaya membawa pembaca untuk lari seketika daripada lambakan plot-plot cerita yang klise yang terdapat di Asianfanfics. Seperti yang kita sedia maklum, tidak banyak penulis yang mengangkat genre-genre kekeluargaan sebagai genre utama cerita. Kebanyakan penulis termasuk saya sendiri lebih selesa memilih genre cinta sebagai genre utama manakala genre kekeluargaan itu sendiri hanyalah dijadikan elemen sampingan di dalam sesebuah cerita. Jadi, awak layak diberikan pujian kerana berani menampilkan kelainan dalam fanfic one-shot awak kali ini.

Dari sudut negatifnya pula, walaupun awak menampilkan plot cerita yang mempunyai kelainan dari segi pemilihan genre, terdapat agak banyak scenes yang klise dan tipikal. Contohnya adalah scene di mana ayah Woohyun digambarkan sebagai seorang kaki judi yang suka memukul isterinya jika kemahuannya tidak dituruti, scene ibu Woohyun yang jatuh dari tangga dan meninggal dunia dan juga scene Woohyun dan Infinite yang mempunyai ramai peminat perempuan dek kerana rupa paras mereka yang kacak. Scenes begini banyak didapati dalam drama-drama Korea dan drama-drama Melayu sendiri. Kewujudan scenes beginilah yang membuatkan cerita ini menjadi agak klise dan tipikal.

Memandangkan cerita ini dilabel sebagai one-shot, tidak banyak yang dapat saya perkatakan mengenai watak dan perwatakan awak. Watak Woohyun, ibupada dan latar keluarganya digambarkan dengan agak baik dan cukup untuk membuatkan para pembaca mengenali identiti serta personaliti Woohyun dalam cerita ini.  Begitu juga dengan watak-watak sampingan yang lain, tiada apa yang luar biasa mengenai watak dan perwatakan awak. Semuanya di tahap yang baik dan boleh diterima akal waras.

 

 

Tatabahasa dan gaya penulisan.

Beralih ke bahagian tatabahasa, saya berpendapat yang tatabahasa awak berada di tahap yang kurang memuaskan. Agak banyak kesalahan ejaan yang dapat dilihat, begitu juga dengan kesalahan-kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan tanda bacaan dan penggunaan huruf besar di permulaan ayat baru. Berikut adalah kesalahan-kesalahan tatabahasa yang dapat saya senaraikan di sini.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^