parkyura98

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tajuk: Last Promise.

Penulis: parkyura98

Genre: Angst, romance.

Watak-watak utama: Kim Jongin dan Kim Jejae.

Sinopsis: Kim Jejae dan Kim Jongin sepasang kekasih yang menyayangi antara satu sama lain, tetapi suatu hari Kim Jejae di ketahui menghidap penyakit leukimia tahap keempat, dan dia hanya mempunyai masa selama beberapa bulan untuk hidup, dan dia telah mengukirkan janji terakhirnya bersama kekasihnya (Kim Jongin). Tetapi, dapatkah Kim Jongin melaksanakan janji yang dia telah ukirkan untuk Jejae itu? Dapatkah Jejae merasakan janji terakhirnya itu?

Pengulas: Min_Arisu

 

 

Tajuk.

‘Last Promise’ adalah tajuk yang telah awak berikan kepada cerpen ini. Apa yang saya boleh katakan disini adalah ia amat sesuai dengan plot cerita yang digarap walaupun secara peribadi saya lebih menyukai tajuk dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris. Hanya dengan tajuknya sahaja, saya sudah dapat meneka dan mengagak plot cerita yang bakal disampaikan. Bagi saya sendiri sebagai seorang penulis di Asianfanfics, antara perkara yang paling susah untuk ditetapkan dalam memulakan sesuatu cerita adalah tajuk dan saya rasa awak juga tidak terkecuali dalam mengalami kesulitan untuk menetapkan tajuk. Faktor kesulitan dalam menetapkan tajuk cerita juga membuatkan kebanyakan penulis membuat keputusan untuk menetapkan tajuk secara rawak dan langsung tiada nilai signifikan dalam cerita mereka. Sebaliknya, mereka hanya menetapkan tajuk yang dapat menarik perhatian pembaca walaupun tajuk itu sendiri langsung tidak ada hubung kaitnya dengan plot cerita. Untuk itu, tahniah kepada awak kerana tidak gagal dalam memberikan tajuk yang sesuai dengan plot cerita dan tidak bersikap semberono atau sambil lewa dalam menetapkan tajuk.

 

 

Visual (Grafik/ Poster.)

Dari apa yang saya perhatikan, awak mempunya dua poster yang berlainan untuk muka depan cerpen dan bab pertama cerpen. Bagi poster yang pertama (muka depan), ia adalah hasil cetusan kreatif yang agak cantik, mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan gambaran tema kesedihan dan romantik juga dizahirkan dengan baik menerusi pemilihan warna latar yang agak suram namun kurang dari segi perincian-perincian yang berkaitan dengan plot cerita. Beralih pula kepada poster kedua (bab pertama dan terakhir cerpen), warna latar yang dipilih adalah lebih kurang sama dengan poster pertama dan mood romantic dan kesedihan juga dapat dilihat dengan jelas dan perinciannya juga lebih teliti berbanding poster pertama dimana kita dapat melihat gambaran bunga api diselitkan didalam poster dan bunga api tersebut mempunyai tempat didalam cerpen ini. Ekspresi watak-watak utama juga amat bersesuaian dengan genre cerpen ini. Kesimpulannya, kedua-dua poster yang digunakan adalah agak cantik dan menarik tetapi saya rasa awak boleh mendapatkan poster yang jauh lebih menarik daripada ini.

 

 

Pengenalan Cerita/Foreword.

Bagi description atau pengenalan cerita, awak telah menyelitkan sedikit perbualan di antara Kim Jongin dan Kim Jejae selain turut menyertakan sinopsis cerpen dengan gaya penulisan yang ringkas. Pada pendapat saya, dengan menyelitkan sedikit dialog diantara watak-watak utama, ia sedikit sebanyak dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dengan lebuh lanjut apa yang bakal terjadi, apa yang telah terjadi dan apa yang sedang terjadi didalam cerita itu secara lebih terperinci dan menyeluruh. Satu pujian untuk awak kerana berjaya menimbulkan rasa ingin tahu pembaca, malah saya sendiri dengan hanya mmbaca dialog ringkas di antara Kim Jongin dan Kim Jejae. Namun, dari sudut lain saya rasa awak terlalu memberikan banyak informasi tentang plot cerita awak dan membuatkan pembaca sudah dapat mengetahui dan mengagak banyak perkara mengenai cerita ini. Contohnya, awak sudahpun mendedahkan bahawa Kim Jejae menghidap penyakit Leukimia tahap keempat dalam pengenalan cerita awak walhal penyakit tersebut sebenarnya boleh dirahsiakan bagi mewujudkan nilai kejutan didalam cerita awak. Berikut adalah apa yang boleh saya cadangkan:

 

Ayat atau perkataan asal:

kim jejae dan kim jong

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^