- Eli_Shane

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

[CONTENTID2] I AM A KILLER[/CONTENTID2]

[CONTENTID1]

Tajuk: I Am a Killer

Penulis: Eli_Shane

Watak-watak utama: Im Jaebum & Han Sojin (OC).

Genre: Action.

Sinopsis: Im Jaebum hanyalah seorang pemuda biasa yang mempunyai wajah tampan dengan badan sasa kegilaan para gadis di kolejnya. Namun di sebalik semua kelebihan yang dia miliki, ada satu kekurangan yang dia miliki. Dia sebenarnya adalah seorang...pembunuh upahan! Ya! Memang dia seorang pembunuh upahan. Dia melakukan kerjanya di malam hari, siang harinya dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pensyarah.  Dan dia tidak pernah menolak tawaran bunuh yang diberi. Dia menerima dan melaksanakannya dengan begitu sempurna sekali. Sehinggakan pihak polis pun tidak dapat menemui sebarang jejak atau petunjuk di tempat kejadian untuk mencari dan menangkapnya. Namun pada suatu hari,dia mendapat mesej dari pelanggannya yang bernama Han Sojin untuk membunuh seorang gadis... Seorang gadis kaya yang dikatakan akan menjadi pewaris sebuah syarikat besar. Gadis itu perlu dibunuh  dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi membolehkan Sojin menggantikan tempat gadis itu sebagai pewaris. Dan Jaebum menerima tawaran itu dengan senang hati kerana upah yang ditawarkan terlalu lumayan tanpa mengetahui identiti sebenar gadis itu. Apa yang sudah terjadi sebenarnya sehinggakan Junghwa pula yang bertindak mahu membunuh Jaebum? Dan..yang lebih penting lagi, mampukah Jaebum menyelesaikan tugas yang diamanahkan Sojin kepadanya tanpa sebarang masalah?

Pengulas: Min_Arisu

 

 

Tajuk

Bermula dengan tajuk, ‘I Am a Killer’ adalah tajuk yang sangat sesuai dengan karya ini memandangkan ia bertepatan dengan plot utama yang mengisahkan tentang Im Jaebum; si pembunuh upahan. Malah, teknik penceritaan bagi karya ini juga ditulis berdasarkan dari sudut pandangan Im Jaebum. Apabila melihatkan tajuknya sahaja, saya sudah boleh merangka yang ini adalah sebuah karya bergenre aksi atau jenayah dan sangkaan saya 95% tepat. Namun, dari sudut lain pula, saya beranggapan yang tajuk tersebut tidaklah begitu menarik perhatian dan kurang daya kreativiti.

Mengapa? Hal ini kerana apabila saya menaip tajuk I Am a Killer di ruangan search bar, terdapat sekurang-kurangnya 3 karya lain yang menggunakan tajuk yang sama. Selaku penulis, saya sangat memahami yang bukan mudah untuk menghasilkan satu tajuk yang berbeza, lain dari yang lain, istimewa dan dalam masa yang sama sangat sesuai dengan plot utama cerita. Jadi, apa yang boleh saya katakan di sini adalah, walaupun saya berpendapat yang tajuk tersebut sebenarnya kurang menarik, ia masih lagi mampu menarik perhatian para pembaca.

 

 

Visual (Grafik/Poster)

Beralih kepada visual fanfic ini, sejujurnya saya sangat sukakan poster yang awak gunakan sekarang berbanding dengan poster yang sebelumnya. Paduan warna merah, hitam dan putih adalah antara jalinan warna-warna yang sangat sesuai digunakan untuk poster yang bertemakan aksi, angst, thriller, dan jenayah. Pemilihan imej Im Jaebum yang digunakan di dalam poster juga bersesuaian. Ekspresi yang dizahirkan oleh Im Jaebum memberikan aura pembunuh yang sangat kuat, hal ini juga disebabkan oleh penampilan keseluruhan Im Jaebum yang berpakaian serba hitam dan berjaket kulit.

Perincian-perincian lain yang terdapat di dalam poster tersebut seperti pistol dan tompokan darah juga turut menyemarakkan lagi aura pembunuh dan aksi. Selain daripada itu, pemilihan font style untuk tajuk juga amat bersesuaian, font style yang dipilih bersifat sederhana dan ringkas tetapi sangat memberi impak kepada poster tersebut. Apa yang menjadi kemusykilan bagi saya, mengapa hanya terdapat imej Im Jaebum sahaja di dalam poster tersebut? Bagaimana pula dengan watak-watak utama yang lain seperti Han Sojin? Adakah kerana cerita ini ditulis dari sudut pandangan Im Jaebum? Jadi boleh berikan penjelasan dan leraikan kemusykilan ini di ruangan komen nanti? Apa-apapun, secara keseluruhannya, poster yang digunakan adalah cantik!

 

 

Pengenalan Cerita (Description/Foreword)

Dari apa yang saya lihat, description bagi fanfic awak ini bersifat ‘sinopsis novel’; maksud saya sinopsis yang sering diletakkan di kulit belakang sesebuah novel, kebanyakkannya novel Bahasa Melayu. Saya sendiri tidak pasti sama ada description seperti ini adalah jenis description yang selayaknya dipuji ataupun sebaliknya memandangkan sebagai pembaca dan penulis, saya lebih menyukai description yang tidak terlalu panjang dan bersifat tidak terlalu mendedahkan plot utama. Saya lebih sukakan description yang ringkas tetapi padat dengan unsur kejutan, suspens dan misteri. Tambahan pula, fanfic awak ini merupakan fanfic yang mengetengahkan genre aksi. Jadi, saya rasa awak sepatutnya meletakkan satu description yang lebih ringkas tetapi kaya dengan unsur-unsur yang saya nyatakan tadi supaya awak boleh menghidupkan lagi aura aksi dan misteri itu.

Character chart yang awak selitkan juga langsung tidak menimbulkan rasa kurang senang kepada saya selaku pembaca. Tidak ada sebarang character description yang panjang lebar kelihatan pada character chart awak, dan tahniah untuk itu. Awak hanya menyelitkan nama watak utama dan umur mereka sahaja. Bagi saya, awak sudah membuka ruang yang luas untuk pembaca awak menyelami personaliti watak-watak utama dengan sendiri berbanding dengan mendedahkan segalanya tentang personaliti watak-watak tersebut dengan character description yang panjang lebar. Seterusnya, description awak juga kelihatan kemas tersusun walaupun saya membaca fanfic ini menerusi telefon pintar dan bukannya komputer riba. Selalunya, layout atau penampilan muka hadapan sesebuah fanfic akan kelihatan bercelaru, tidak tersusun dan sedikit berserabut apabila dibaca m

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^