✉ MissNesloo

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID2] A GAY LOVE STORY [/CONTENTID2]

[CONTENTID1]

Tajuk: A Gay Love Story

Penulis: MissNesloo

Genre: Crackfic, romcom.

Watak-watak utama: Kai (EXO) & Park Byul (OC).

Sinopsis: Apabila seorang gay bingung dengan orientasi seksualnya sendiri setelah kemunculan seorang perempuan di tempat kerjanya. Apakah mungkin dia dilamun cinta atau sebaliknya?

 Diulas oleh: Min_Arisu

 

 

Tajuk

‘A Gay Love Story.’ Itu adalah tajuk yang sudah awak pilih bagi mewakili plot cerita ini secara keseluruhannya. Jujur saya cakap, bila saya semak request form yang awak hantar, saya terus rasa teruja nak mula membaca fanfic ini di disebabkan tajuk yang sangat menarik perhatian. Memang teruja habis! Jadi, dari situ pun saya dah boleh melabelkan tajuk ini sebagai satu tajuk yang menarik dan mampu menarik minat pembaca. Dari apa yang saya lihat, tajuk yang diberikan juga sangat bersesuiaan dengan plot utama; iatu kisah Kai atau Kim Jongin yang merupakan seorang lelaki homoseksual tetapi mula meragui akan arah tuju sebenar keinginan seksualnya dengan kemunculan Park Byul. Jadi, tiada apa yan perlu saya katakan lagi di sini melainkan ucapan tahniah kerana berjaya meletakkan satu tajuk yang sangat menarik perhatian!

 

 

 

Visual (Poster/Grafik)

Beralih kepada aspek visual, sejujurnya saya sangat sukakan dengan penampilan keseluruhan bagi visual cerita ini. Halaman frontpage cerita awak tersusun dengan begitu kemas tanpa kehadiran apa-apa layout yang terlalu sarat dan merimaskan. Awak kelihatan bijak menyusun atur visual cerita ini dengan kaedah yang ringkas tetapi masih lagi kelihatan kemas dan menarik. Berkenaan dengan poster pula, saya berpendapat yang poster awak sebenarnya agak baik. Entahlah, saya sendiri kurang pasti. Apabila saya melihat poster awak, saya berasa seperti ada sesuatu yang ‘hilang’ atau ‘kurang’ dengannya. Jadi, saya ambil keputusan untuk membuat pengamatan yang lebih teliti dan dekat mengenai poster ini.

Pertama, saya rasa paduan warna biru dan kuning adalah kurang sesuai untuk digunakan sebagai warna-warna utama poster. Memandangkan warna biru seringkali diklasifikasikan sebagai warna yang mewakili lelaki, saya fikir, warna merah jambu jauh lebih sesuai digunakan sebagai warna asas kedua berbanding dengan warna kuning.  Tambahan pula, warna merah jambu juga sering digunapakai sebagai warna yang mewakili perempuan. Penggunaan warna merah jambu juga dapat membantu dalam menyerlahkan lagi elemen romance itu sendiri dan menaikkan aura keceriaan pada poster awak. Oh ya, saya juga agak terganggu dengan posisi gambar Kai yang membuatkan perkataan ‘story’ pada poster itu agak terlindung. Mungkin gambar Kai patut diposisikan semula dengan lebih rendah supaya tidak terlalu overlap dengan tajuk cerita.

Kedua, pemilihan font style yang membosankan dan terlalu normal. Font style yang menarik turut memainkan peranan yang penting bagi mendapat rekaan poster yang cantik pada keseluruhannya. Jadi, sekiranya awak mempunyai perancangan untuk menukar atau menggantikan poster awak dengan sesuai yang segar dan baru pada masa akan datang, saya rasa awak patut menyatakan penerangan yang lebih jelas mengenai font style yang lebih fancy atau classy di dalam request form awak. Dengan cara itu, barulah graphic designer yang berkenaan akan menumpukan lebih perhatian kepada pemilihan font style pada poster awak. Itulah yang sering saya lakukan apabila membuat poster request di mana-mana graphic shop sebab saya ni seorang yang sangat cerewet dalam hal-hal yang berkaitan dengan poster dan visual. Selain dari itu, semuanya kelihatan baik-baik sahaja. Saya juga turut menyukai pemilihan gambar watak perempuan yang digunakan di dalam poster. Kalau tak salah, dia adalah Korean Actress; Park Boyoung kan? Ekspresi wajahnya kelihatan sangat bersesuaian dengan perwatakan Park Byul yang nakal, seperti yang awak gambarkan.

 

 

 

Pengenalan cerita (Foreword/Description)

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^