✉ srhrzy_

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID2] THE GOOD GIRL'S BAD BOY [/CONTENTID2]

[CONTENTID1]

Tajuk: Good Girl's Bad Boy

Penulis: srhrzy_

Genre: Romance, angst, 

Watak-watak utama: Kim Taehyung (BTS's V) & Bae Soo Jin (OC).

Sinopsis: Kehadiran Bae Soo Jin, seorang yang sederhana dan tidak terlalu banyak bergaul membuatkan semua pelajar sekolah paling berprestij di Korea pelik. Kehadirannya yang tidak dijangka membuatkan Kim TaeHyung menjadikan SooJin sebagai 'target'nya yang seterusnya.

Diulas oleh: Min_Arisu

 

 

Tajuk

‘The Good Girl's Bad Boy.’ Tanggapan pertama saya terhadap tajuk yang awak berikan adalah agak baik. Walaupun tajuk yang diberikan tidaklah terlalu fancy dan  gah untuk dijadikan sebagai tajuk cerita, tetapi ia tetap mempunyai daya tarikan yang agak menyerlah. Tiada vibe romance & angst dapat dirasai hanya dengan membaca tajuknya sahaja. Walaupun begitu, ia sedikit sebanyak sudah berjaya menarik perhatian pembaca untuk mencari tahu plot cerita yang sebenar. Walaupun awak dilihat tidak meninggalkan sebarang klu mengenai genre cerita awak, sekurang-kurangnya tag cerita awak sedikit sebanyak telah membantu pembaca dalam mengklasifikasikan plot cerita dan genre utama. Sejujurnya saya lebih suka membaca fanfic yang ditulis dalam Bahasa Melayu secara sepenuhnya, termasuk tajuk itu sendiri.

Kita boleh lihat lambakan karya novel-novel  Bahasa Melayu di pasaran dan di Asianfanfics sendiri yang turut menggunakan tajuk berbahasa asing dan bukannya Bahasa Melayu, sehingga ke satu tahap, menggunakan tajuk Bahasa Inggeris sudah menjadi seperti trend pula dalam kalangan penulis. Ya, tiada salahnya untuk menggunakan tajuk selain dalam Bahasa Melayu tetapi pada pendapat saya, jika kita benar-benar mahu mengangkat karya-karya Bahaya Melayu setaraf dengan karya-karya non-Malay di Asianfanfics kenapa tidak kita mulakan usaha itu dengan menggunakan tajuk dalam Bahasa Melayu sebagai langkah awal dan yang paling utama? Jika kena dengan caranya, penggunaan tajuk dalam Bahasa Melayu juga sebenarnya mempunyai aura dan daya tarikan yang kuat untuk menarik perhatian dan juga mampu untuk memberikan first impression yang baik kepada para pembaca. Kesimpulannya, tajuk yang awak berikan adalah baik pada pandangan mata saya dan berjaya menarik minat saya untuk memulakan pembacaan, tahniah untuk itu!

 

 

 

 

Visual  (Poster/Grafik)

Poster yang digunakan sekarang kelihatan cantik selain kelihatan classy. Gabungan warna-warna yang gelap dan suram yang digunakan di dalam poster juga kelihatan berjaya menyerlahkan mood angst. Begitu juga dengan pemilihan gambar-gambar watak utama, ia kelihatan sangat bersesuaian dengan genre yang cuba awak ketengahkan sebagai seorang penulis. Tetapi, bagi saya font style yang digunakan adalah agak kurang menarik. Posisi tajuk di dalam poster juga kelihatan agak kurang sesuai, membuatkan tajuk tersebut tampak kabur dan hampir tidak dapat dibaca dengan jelas terutama sekali dua perkataan terakhir iaitu ‘bad boy’. Untuk latar belakang yang digunakan pula, saya tidak nampak apa-apa kesinambungan di antara poster dan latar belakang.

Dari apa yang saya lihat, latar belakang yang awak gunakan sekarang sebenarnya merupakan latar belakang yang disertakan bersama poster awak yang lepas. Perbezaan warna-warna utama dan font style juga kelihatan sangat ketara. Saya sarankan, apabila awak request poster untuk cerita yang awak tulis, sertakan bersama permintaan untuk mendapatkan latar belakang. Kebanyakan graphic shop menyelitkan latar belakang sebagai 1 pakej setiap kali mereka menerima graphic request. Perlu diingatkan,poster yang menarik dan cantik adalah antara satu daya tarikan untuk menarik perhatian pembaca kerana selain pengenalan cerita, poster juga adalah antara aspek yang dinilai oleh pembaca sama ada mahu menekan butang subscribe ataupun tidak. Pada zaman sekarang, pembaca memang menilai sesebuah karya itu daripada visual luarannya.


 

 

 

 

Pengenalan Cerita

Pengenalan cerita awak sebenarnya agak banyak mendedahkan plot cerita utama awak. Seperti yang telah saya nyatakan di dalam ulasan-ulasan saya sebelum ini, mendedahkan terlalu banyak perkara di dalam pengenalan cerita sangat tidak digalakkan kerana boleh mematikan mood pembacaan si pembaca. Elemen- elemen kejutan sepatutnya menjadi penghias di dalam bab pertama dan bab-bab yang seterusnya. Jika hampir semuanya sudahpun didedahkan kepada pembaca, apakah yang tinggal untuk pembaca teroka dan cari tahu sepanjang pembacaan nanti? Saya tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa awak telah mendedahkan keseluruhan plot cerita awak di pengenalan cerita, tetapi apa yang saya ma

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^