violin

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tajuk: Aku Mahu Kau

Penulis: violin

Watak-watak utama: Kim Jongin & Kang Jiyoung.

Sinoposis: Kim Jongin terlalu berharap untuk mendapatkan Jiyoung sehingga dia sanggup merasai kesakitan berulang -ulang kali.

Pengulas: Min_Arisu

 

 

Tajuk.

First impression saya terhadap tajuk yang awak berikan kepada cerita ini adalah biasa-biasa sahaja, agak membosankan dan tiada aura yang dapat menarik perhatian para permbaca. Tajuk yang diberikan memanglah mempunyai kaitan dan kesinambungan dengan plot cerita awak, dimana Kai sangat berharap agar Jiyoung menjadi miliknya yang mutlak, tetapi sejujurnya ia terlalu plain atau sifar daya tarikan. Mungkin awak patut memilih tajuk yang lebih menarik perhatian dan sedap didengar? Skop cerita awak yang banyak berhubung kait dengan perubatan, kedoktoran, kesedihan dan cinta sebenarnya adalah satu bonus untuk awak dan awak sepatutnya boleh memanfaatkan kelebihan itu untuk mencipta tajuk yang jauh lebih baik daripada ‘Aku Mahu Kau’.

Apa yang cuba saya katakan disini, saya bukanlah mahu awak memasukkan istilah-istilah perubatan di dalam tajuk cerita awak supaya kelihatan fancy dan gah, tetapi saya cuma ingin melihat tajuk yang lebih sesuai dan cantik berbanding tajuk yang digunakan sekarang. Tidak semestinya awak perlu menggunakan istilah-istilah perubatan tersebut. Namun, jika awak boleh menggunakan istilah-istialh tersebut, ia merupakan satu bonus bagi awak! Antara tajuk yang lebih sesuai dan boleh saya cadangkan disini adalah Antidot Cinta, Bencinta (perasaan benci Jongin terhadap diri sendiri kerana tidak dapat memiliki Jiyoung dan perasaan cinta Jongin terhadap Jiyoung yang masih mekar dihati), Takdir Yang Tercipta ataupun Tak Seindah Mimpi (kisah cinta tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan dan penyatuan dua hati).

 

 

Visual (Grafik/Poster).

Tiada sebarang poster kelihatan apabila saya membaca cerita ini, apa yang ada hanyalah latar belakang yang saya rasa bersumberkan Google Image ataupun Tumblr, dan gambar watak-watak utama yang diselitkan di bahagian pengenalan cerita awak. Tidak banyak yang boleh saya katakan disini memandangkan awak tidak mempunyai poster utama untuk menvisualkan cerita awak. Oh ya, saya agak menyukai corak latar belakang yang awak gunakan disini, ia sangat ringkas, tidak terlalu sarat dan agak mendamaikan mata yang memandang. Saya perasan awak menggunakan fanfic ini untuk menyertai pertandingan menulis di Asianfanfics kan? Pada pendapat saya, awak patut mempertimbangkan untuk dapatkan poster bagi fanfic ini bagi menambah daya tarikan yang agak kurang kelihatan. Percayalah, walaupun tidak ada dinyatakan pada syarat-syarat utama pertandingan, poster adalah salah satu unsur atau perkara yang bakal dinilai bagi sesebuah fanfic terutama sekali di Asianfanfics.

Cuba melawat ke mana-mana graphic shop (tak semestinya Malay graphic Shop sahaja memandangkan graphic shop berbahasa Inggeris juga menerima request untuk fanfic Bahasa Melayu). Jangan lupa untuk menyemak dahulu portfolio designer yang awak pilih bagi mengelakkan hasil yang mengecewakan. Kalau awak memerlukan sebarang cadangan bagi memilih graphic shop yang baik, awak boleh PM saya pada bila-bila masa. Saya akan cuba membantu dengan tangan yang terbuka. Ataupun, adakah sebenarnya awak sudah request tetapi masih belum disiapkan? Saya tak pasti tentang itu, jadi saya harap awak boleh jelaskan dalam komen awak nanti.

 

 

Pengenalan cerita/Foreword.

Pengenalan cerita ataupun foreword yang awak garapkan sebenarnya telah Berjaya menarik perhatian saya untuk terus membaca. Awak menyelitkan dua baris dialog yang dituturkan oleh Kim Jongin dan Kang Jiyoung, ia sedikit sebanyak dapat menimbulkan rasa ingin tahu para pembaca mengenai situasi apakah yang telah menjurus kearah penciptaan dua dialog ringkas tersebut. Saya sangat menggemari teknik menggunakan dialog yang diambil secara rawak dari cerita sebenar kerana pada pendapat saya, menggunakan beberapa potong dialog dan meletakannya di pengenalan cerita bagi menarik perhatian permbaca selalunya berjaya membuahkan hasil dan jarang gagal untuk menarik minat pembaca. Tahniah untuk itu!

Dari sudut negatifnya pula, awak menggunakan pelbagai warna-warna yang agak terang bagi setiap dialog dan sinopsis awak. Maaf tetapi secara jujurnya, saya tidak nampak apa-apa keperluan untuk awak menggunakan warna-warna yang berlainan bagi setiap baris ayat di pengenalan cerita. Malah, ia agak menyakitkan dan menyilaukan mata saya sebagai pembaca terutama sekali warna peach atau cream. Cukuplah sekadar menggunakan warna merah dan hitam atau ‘italic’ dan ‘bold’ sekiranya awak benar-benar mahu ‘menekankan’ atau ‘to emphasize’ beberapa keywords di dalam pengenalan cerita tersebut. Tambahan pula, kenapa mesti menggunakan warna-warna yang terang dan ceria sedangkan genre utama cerita awak adalah angst dan romance? Sekarang awak nampak kan kenapa saya sangat tidak menggalakkan penggunaan  font color yang berwarna-warni? Beralih ke bahagian foreword, awak meletakkan beberapa basic information berkenaan cerita ini dan saya tidak rasa ia merupakan satu kesalahan untuk meletakkan info-info tersebut memandangkan ia langsung tidak mendedahkan apa-apa yang berkaitan dengan plot utama cerita awak.

 

 

Plot, watak dan perwatakan.

Bagi plot, jalan cerita yang awak cuba ketengahkan iaitu di mana Kai secara perlahan-lahan menyimpan perasaan terhadap doktor yang merawatnya adalah agak tipikal dan klise tetapi awak telah berjaya membuat para pembaca untuk tidak menghiraukan elemen klise tersebut dengan menyelitkan plot twist di penghujung cerita di mana Kai sebenarnya hanyalah berhalusinasi dan ketika dia berada dalam keadaan koma. Saya sangat sukakan plot twist awak ini dan ia membuatkan saya seakan-akan tersentak dan terfikir sejenak apabila menyedari akan apa yang awak cuba sampaikan melalui plot twist ini. Cuma, apa yang mengecewakan disini adalah awak hanya menerangkan begitu sahaja mengenai situasi sebenar sedangkan sebenarnya awak boleh membuat pembaca untuk lebih memahami apa yang awak cuba sampaikan dengan menulis satu lagi bab terakhir yang penuh atau epilog. Awak memilih untuk mengambil jalan mudah dengan menyelitkan penerangan ringkas supaya pembaca dapat memahami plot cerita awak. Sejujurnya, adalah lebih baik jika awak menulis satu lagi bab tambahan yang mengandungi situasi yang berlaku di majlis perkahwinan Jiyoung dan situasi sebelum kemalangan bagi membantu pembaca untuk mendapatkan gambaran ya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^