- Shimm_Ahmad

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

[CONTENTID2] SPEAK NOW [/CONTENTID2]

[CONTENTID1]

Tajuk: Speak Now

Penulis: Shimm_Ahmad

Watak-watak utama: Kris dan OC.

Genre: friendship.

Sinopsis: Mengisahkan mengenai pertembungan antara dua manusia yang berbeza personaliti, bertemu dengan takdir.

Pengulas: Min_Arisu

 

 

Tajuk.

Speak Now adalah tajuk yang ringkas tetapi bukan tajuk yang kuat untuk menghuraikan plot utama cerita ini. Pada pendapat saya sebagai seorang pembaca, hubung kait di antara plot utama dengan tajuk yang diberikan adalah lemah. Jadi, sejujurnya saya rasa ia bukanlah tajuk yang terbaik yang awak boleh pilih sebagai tajuk hasil karya penulisan awak. Namun begitu, tajuk yang awak berikan masih lagi berada dalam kategori tajuk yang boleh menarik perhatian pembaca dan masih mempunyai kesinambungan dengan plot utama fanfic ini.

Saya sendiri tidak mempunyai cadangan mengenai tajuk yang lebih sesuai. Cuma saya rasa, tajuk yang mempunyai aura berkenaan dengan takdir dan ketentuan adalah jauh lebih sesuai untuk dijadikan tajuk berbanding tajuk yang awak pilih sekarang.

 

 

Visual (Poster/Grafik).

Beralih kepada poster utama fanfic awak, secara jujurnya saya berpendapat yang ia agak cantik tetapi kurang daya tarikan. Unsur gif yang diselitkan di dalam poster itu juga membuatkan kualiti poster berkurangan. Warna-warna yang dipilih untuk menghiasi poster kelihatan lusuh, pudar, dan sedikit suram.  Awak ada menyatakan dalam request form bahawa genre fanfic ini adalah friendship. Jadi, sebenarnya saya kurang pasti sama ada pemilihan warna-warna tersebut adalah menepati genre friendship ataupun tidak memandangkan tiada warna yang sepsifik bagi menggambarkan unsur ‘friendship’ berbanding genre-genre lain yang lebih mudah untuk digambarkan menerusi warna.

Contohnya; genre romance selalunya digambarkan di dalam poster dengan penggunaan warna-warna pastel atau lembut seperti merah jambu dan biru langit, bergantung kepada tahap romance itu sendiri dan genre angst sering digambarkan dengan penggunaan warna-warna yang lebih gelap seperti warna hitam, kelabu dan merah saga. Manakala, genre fluff/comedy sering digambarkan dengan penggunaan warna-warna yang ceria dan terang kuning, jingga dan unggu. Jadi, warna bagi ‘friendship’? Secara peribadinya, saya merasakan yang warna hijau adalah pilihan warna yang terbaik bagi poster yang berunsurkan friendship. Quotes yang diselitkan juga agak sukar untuk dibaca kerana saiznya yang terlalu kecil dan font style yang agak fancy. Pemilihan font style yang ringkas lebih sesuai untuk quotes.

Dari sudut positif, saya rasa pemilihan gambar-gambar watak utama dan watak-watak sampingan  yang digunakan di dalam poster adalah bersesuaian dengan personaliti watak-watak seperti yang digambarkan di dalam fanfic ini. Tahniah untuk itu! Perincian-perincian lain seperti kamera and polariod images yang diselitkan di dalam poster sangat membantu untuk menyerlahkan personaliti watak perempuan uatama fanfic ini yang berkisar tentang Jin Ah; si photographer. Memandangkan perwatakan  Shin Jin Ah digambarkan dengan kamera dan polaroid images, bagaimana pula dengan watak Wu Yifan? Mungkin poster ini akan kelihatan lebih teliti dan menarik sekiranya perincian yang berhubung kait dengan Wi Yifan turut sama diselitkan di dalam poster ini.

Berkenaan dengan latar belakang fanfic ini, boleh saya tahu sama ada awak request bersama dengan poster awak ataupun awak cuma ambil gambar tersebut dari google images ataupun tumblr secara rawak? Sebenarnya saya agak terganggu dengan latar belakang yang awak pilih kerana ayat-ayat ataupun tulisan yang terdapat pada latar belakang tersebut kelihatan agak menyerlah untuk digunakan sebagai latar belakang. Latar belakang sepatutnya kelihatan lebih ringkas tanpa sebarang tulisan yang terlalu menyerlah. Bagi saya sendiri, saya lebih gemar menggunakan latar belakang yang plain tetapi mempunyai warna yang sesuai dengan poster utama dan tanpa sebarang tulisan mahupun perkataan. Jika ada perkataan sekalipun, ia adalah tidak lain tidak bukan tajuk fanfic itu sendiri ataupun quotes fanfic tersebut. Namun begitu, memandangkan citarasa dan kesukaan kita mungkin berlainan dengan orang lain, saya tidak boleh memaksa awak untuk menerima pendapat sayasepenuhnya berkenaan dengan poster dan latar belakang yang awak gunakan. Awak masih mempunyai hak mutlak untuk menetapkan apa yang baik untuk karya penulisan awak sendiri, kan?

 

 

Pengenalan cerita (Description/Foreword)

Pengenalan cerita atapun description fanfic ini kelihatan sangat menarik perhatian terutama sekali frasa ‘yang penuh dengan misteri’ dan ‘yang suka merungkai misteri’. Saya sangat sukakan frasa-frasa tersebut dan ia adalah idea yang bijak untuk menarik perhatian pembaca menekan butang subscribe dan upvote. Tetapi, sebolehnya elakkan dari menggunakan manglish (Malay + English)  di bahagian pengenalan cerita. Cuba untuk tarik perhatian pembaca menggunakan keindahan Bahasa Melayu secara sepenuhnya di bahagian description fanfic dan bukannya menggunakan manglish.

Character chart; secara umumnya saya tidak mempunyai masalah dengan penulis yang gemar menyeli

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^