✉ nshahirah293

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

TAJUK: Give Me Your Love

PENULIS: nshahirah293

WATAK-WATAK UTAMA: Park Chorong, Suho & Luhan.

GENRE: slight angst, romcom.

SINOPSIS: Apabila Chorong terpaksa berkahwin pada usia muda dengan lelaki pilihan ibubapanya iaitu crush-nya sendiri,apakah yang akan berlaku??Mampukah Chorong mendapatkan cinta crush-nya dengan dengan perkahwinan yang berdasarkan keterpaksaan itu?Ditambah pula dengan kehadiran Lee Hae Na dan Luhan yang mewujudkan cinta bersegi-segi di antara mereka..mampukah mereka mengecapi kebahagiaan?

STATUS: chaptered, on-going

DIULAS OLEH: Min_Arisu

TARIKH ULASAN DITULIS: 26 Mei 2016 (Khamis - 10:24 PM).


 

 

 

TAJUK.

Bermula dengan tajuk, bagi saya ‘Give Me Your Love’ adalah satu tajuk yang dipenuhi dengan elemen kesederhanaan. Apa yang cuba saya katakan di sini adalah ia bukanlah satu tajuk yang kedengaran sangat menarik dan gah, tetapi dalam masa yang sama ia juga bukan satu tajuk yang tidak baik. Dari situ, saya dapat rasai kesederhanaan pada tajuk yang diberikan. Walau bagaimanapun, tajuk tersebut tidak mempunyai aura yang cukup kuat untuk mewakili cerita ini. Tiada sebarang perasaan yang istimewa dapat dirasai apabila melihat tajuk yang diberikan. Dari sudut pandangan yang positif, ia merupakan tajuk yang tepat bagi menggambarkan keseluruhan plot yang dipertengahkan oleh awak.

Saya boleh bayangkan yang frasa ‘Give Me Your Love’ itu dituturkan oleh Park Chorong kepada Suho memandangkan Suho adalah lelaki yang menjadi pemilik hati Chorong meskipun ia langsung tidak disedari oleh Suho pada mulanya, memandangkan Chorong hanya menyimpan perasaan dalam diam. Jadi, saya berpendapat yang meskipun ia bukan satu tajuk yang mempunyai aura yang kuat untuk menarik perhatian pembaca, ia masih lagi boleh dianggap sebagai tajuk yang baik memandangkan ia mempunyai hubung kait yang jelas dengan jalan cerita awak.

 

 

 

 

VISUAL (GRAFIK/POSTER).

Beralih kepada visual cerita ini iaitu poster utama, jujur saya katakan yang poster awak kelihatan menarik dan cantik. Pemilihan tona warna gelap seperti coklat keemasan dan hitam sangat membuatkan tema angst begitu menyerlah. Namun begitu, memandangkan awak turut menyelitkan genre dan tag romcom, saya tidak melihat apa-apa perincian pada poster yang menonjolkan elemen romcom tersebut. Selain itu, saya juga perasan yang quotes yang terdapat pada poster tersebut tidak menggunakan tanda bacaan yang betul.

 

“Boleh tak berikan cinta awak pada saya??

Kerana saya perlukannya..

 

Baris ayat di atas adalah quotes yang saya maksudkan. Mungkin awak sendiri tidak menyedarinya, tetapi quotes tersebut mesti diakhiri dengan penutup kata (“) memandangkan pembuka kata sudah digunakan di pangkal ayat. Setiap orang mempunyai pandangan peribadi mengenai citarasa poster yang digunakan. Bagi saya pula, memandangkan saya memang cerewet dalam pemilihan poster untuk digunakan bagi menambah daya tarikan pada sesebuah poster, saya agak kurang gemar dengan kedudukan tajuk cerita yang agak kurang sesuai. Seperti yang kita dapat lihat tajuk cerita tersebut sedikit mengenai wajah watak-watak utama yang terdapat dalam poster berkenaan. Begitu juga dengan posisi quotes yang kurang jelas dek kerana penggunaan warna font yang hampir menyamai warna latar poster. Mungkin sekiranya kedudukan tajuk dan quotes diposisikan semula supaya tidak melindungi wajah watak-watak utama, poster awak akan kelihatan lebih kemas dan tersusun memandangkan ia adalah sebuah poster yang sudah sedia cantik dan menyerlah. Saya juga menyarankan untuk tidak menggunakan poster awak sebagai background. Ia hanya membuatkan visual karya awak kelihatan sesak dan berserabut. Gunakan background yang bersifat plain dan mempunyai warna asas yang serupa dengan poster awak. Ia akan kelihatan jauh lebih sesuai. tetapi, awak tidak perlu memikirkan sangat akan pendapat yang saya berikan memandangkan kita mungkin mempunyai citarasa dan pandangan yang berbeza.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^