- twenty-six

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

[CONTENTID2] HYPNOTIZED[/CONTENTID2]

[CONTENTID1]

Tajuk: Hypnotized

Penulis: twenty-six

Watak-watak utama: Park Bogeum & Park Byulgi.

Genre: slice of life, angst.

Sinopsis: Hypnotizer, gelaran yang sinonim dengan Park Byulgi, iaitu remaja yang mampu melumpuhkan hati dan perasaan seseorang menerusi teknik pukauannya. Hanya satu yang Park Bogum inginkan, iaitu mengingat semula memori tentang tunangnya. Ibarat cahaya di penghujung terowong—itulah Byulgi di dalam pandangan Bogum. Kalau Byulgi mampu memukau agar seseorang itu lupa, pasti dia juga boleh mengembalikan ingatannya.

Pengulas: Min_Arisu

 

 

Tajuk

Bermula dengan tajuk yang awak berikan, saya berpendapat bahawa ‘Hypnotized’ adalah satu tajuk yang sangat baik bagi menggambarkan keseluruhan plot utama fanfic ini. Apabila melihatkan tajuk yang awak berikan sahaja, pembaca sudah mendapat gambaran jelas mengenai apa yang bakal penulis jadikan subjek utama untuk fanfic ini. Sudah memang jelas bahawa tajuk yang diberikan adalah sangat menepati plot utama dan mempunyai hubung kait yang sangat kuat dengan plot dan watak utama fanfic ini.

Cuma, apa yang menimbulkan sedikit kekeliruan adalah tajuk yang terdapat pada poster utama sedikit berbeza iaitu ‘The Hypnotizer’ berbanding dengan tajuk yang terdapat di pengenalan cerita iaitu ‘Hypnotized’. Jadi, yang mana satu adalah tajuk yang sebenar? The Hypnotizer ataupun Hypnotized? Memang tidak dapat dinafikan, perbezaannya adalah perpezaan yang kecil sahaja dan langsung tidak menimbulkan masalah. Tetapi, bagi menampakkan yang penulis merupakan seorang yang teliti meskipun ia adalah hal yang kecil sahaja, gunakanlah satu tajuk yang sama, sama ada pada poster mahupun pada pengenalan cerita. Secara peribadinya, saya lebih sukakan ‘The Hypnotizer’ berbanding dengan ‘Hypnotized’ kerana ia kedengaran dan kelihatan jauh lebih lengkap sebagai satu ayat.

 

 

Visual (Grafik/Poster)

Beralih kepada poster utama fanfic ini, sejujurnya saya berpendapat yang awak mempunyai poster yang cantik dan menarik untuk meningkatkan lagi daya tarikan fanfic awak. Paduan warna keemasan yang terdapat pada tajuk cerita menjadikan poster ini kelihatan sophisticated dan fancy. Font style dan pemilihan warna hitam dan coklat yang digunakan juga bersesuaian dan sangat membantu dalam meningkatkan aura angst di dalam poster ini.

Ekpresi watak-watak utama yang terdapat di dalam poster juga amat bersesuaian dengan genre utama fanfic ini terutama sekali ekspresi wajah yang dizahirkan oleh Park Bogum, jadi tahniah saya ucapkan kepada awak kerana telah berjaya untuk memilih graphic designer yang betul-betul berbakat dalam pembikinan poster. Dari sudut negatifnya pula, saya rasa gambar Park Shin Hye bukanlah pilihan yang tepat untuk digunakan sebagai gambaran watak perempuan utama di dalam poster ini.

Mungkin gambar-gambar Park Shin Hye yang lain yang sepatutnya dijadikan pilihan kerana solekan dan penampilan Park Shin Hye   di dalam gambar tersebut kelihatan seperti wanita yang terlalu matang berbanding dengan gambaran watak Park Byulgi yang digambarkan sebagai watak gadis yang masih menuntut di sekolah menengah. Selain daripada itu, saya rasa perincian-perincian yang lain kelihatan sudah cukup sempurna dan teliti.

 

 

Pengenalan Cerita ( Foreword/Description)

Description yang awak muatkan di pengenalan cerita awak merupakan satu description yang ringkas dan cantik tersusun tidak kira dari segi struktur ayat mahupun dari segi pemilihan perkataan yang sesuai bagi menggamit rasa ingin tahu pembaca mengenai apa yang bakal penulis hidangkan kepada mereka di bab-bab yang seterusnya. Sejujurnya, sepanjang saya mengulas fanfic Bahasa Melayu di Cherie Malay Review Shop ini, saya rasa description cerita awaklah yang paling memberi kesan kepada saya sebagai seorang pembaca. Description awak tidaklah terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek.

Saya hanya mempunyai satu masalah sahaja berkenaaan dengan description awak; pemilihan warna font yang agak menyakitkan mata. Saya tak rasa yang warna font yang awak gunakan sekarang bersesuaian kerana warna tersebut terlalu menyilaukan mata dan sudah jelas ia bukanlah sesuatu yang baik. Sebaiknya, gunakanlah warna hitam sahaja. Tetapi jika awak benar-benar mahu menampilkan kelainan pada description awak, awak masih boleh menggunakan warna lain selain warna hitam dan warna yang awak gunakan sekarang. Cuma

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^