✉ Eli_Shane

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID2] LEAN ON ME [/CONTENTID2]

[CONTENTID1]

Tajuk: Lean On Me

Penulis: Eli_Shane

Genre: Romance, slight action.

Watak-watak utama: Kim Hanbin (IKON) & Choi Yoojin (OC).

Sinopsis: Dek kerana rasa bersalah, Choi Yoojin merelakan diri menjaga mangsa langgarnya iaitu seorang lelaki misteri yang kini berada dalam keadaan koma. Namun malang bagi Yoojin kerana lelaki itu sebenarnya bukanlah seorang lelaki biasa. Siapakah identiti sebenar lelaki itu? Mahukah Yoojin terus membantu lelaki itu jika dia tahu identiti sebenarnya?

 Diulas oleh: Min_Arisu

 

 

Tajuk

Sebelum saya mulakan ulasan, izinkan saya ucapkan ‘Hello’ untuk kali ketiga kepada awak memandangkan dah tiga kali awak request review di sini! Baiklah, ‘Lean On Me’ adalah tajuk yang awak berikan kepada karya awak kali ini. Nampaknya, awak sangat suka menggunakan tajuk Bahasa Inggeris untuk fanfic Bahasa Melayu awak. Tak mengapalah, memandangkan ia adalah hak peribadi awak sebagai seorang penulis. Jadi, sudah semestinya awak mempunyai hak yang penuh dalam memilih tajuk yang sesuai untuk karya awak tak kira sama ada tajuk yang dipilih menggunakan Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Pada awal pembacaan, saya tak nampak pun sebarang hubung kait di antara tajuk yang diberikan dengan plot utama cerita.

Bahkan, saya beranggapan yang genre cerita ini adalah angst/sad apabila melihatkan tajuknya sahaja. Tetapi, nampaknya saya salah membuat andaian. Lama-kelamaan, barulah saya dapat mengesan kesinambungan tajuk dengan plot cerita di mana Kim Hanbin bergantung harap kepada Choi Yoojin tanpa dia sedar sepanjang tempoh koma dan bagaimana Choi Yoojin dan Kim Hanbin sama-sama bergantung harap dan mempercayai satu sama lain selepas bergelar suami isteri. Dari situ, perkataan ‘lean’ yang terdapat pada tajuk yang diberikan sudah mula menyerlahkan maksud yang sebenar. Jadi, ya; ia adalah satu tajuk yang baik dan mempunyai nilai signifikasi yang jelas dengan plot meskipun saya rasa ia adalah tajuk yang agak kurang menarik.

 

 

 

Visual (Grafik/Poster)

Kedua, aspek visual. Bagi aspek ini saya akan mulakan dengan poster utama. Kalau tak salah, awaklah yang mereka poster utama fanfic ni kan? Okaylah, biar saya berterus terang sahaja. Saya rasa sebaiknya, cuba awak request poster dari mana-mana graphic shop yang dibuka di AFF. Fanfic awak merupakan salah satu karya penyertaan bagi pertandingan yang dianjurkan untuk Malay Fanfic, jadi berbanding dengan membuat sendiri poster adalah lebih baik kalau awak dapatkan poster baru dari graphic designer yang lebih pakar dan professional.  Bagi saya, poster yang awak gunakan sekarang kelihatan sangat amatur, font style yang digunakan juga tidak membantu dalam menyerlahkan kecantikan poster itu sendiri dan membosankan. Begitu juga dengan pemilihan gambar watak perempuan, gambar yang dipilih agak kurang sesuai dan bertentangan dengan perwatakan Choi Yoojin seperti yang awak gambarkan.

Dari sudut positif pula, saya sangat sukakan paduan warna emas dan biru gelap yang digunakan di dalam poster awak. Warna-warna tersebut membuatkan poster awak kelihatan moden dan berada dalam kelas yang tersendiri. Pemilihan gambar Kim Hanbin juga kelihatan sepadan dengan gambaran perwatakan yang awak berikan dalam bab-bab yang seterusnya. Memandangkan awak adalah ‘regular customer’ di review shop saya ini, saya akan berikan sedikit ‘cheat sheet’ untuk awak. Saya sendiri tak pasti sama ada saya dibenarkan untuk mendedahkan akan perihal ini di sini, tapi melihatkan tahap ‘keramahan’ penganjur pentandingan, saya rasa tiada masalah untuk saya katakan sesuatu di sini. Sebagai salah seorang juri untuk pertandingan yang awak turut serta itu, saya sudahpun melihat skop pemarkahan yang disediakan oleh penganjur dan aspek visual adalah salah satu aspek yang bakal dinilai dalam tempoh pemarkahan dan pemilihan pemenang. Jadi, saya harap awak tak pandang ringan dalam usaha untuk mendapatkan poster yang betul-betul cantik untuk karya awak.

 

 

 

Pengenalan Cerita (Foreword/Description)

Pengenalan cerita yang menarik! Awak langsung tidak mendedahkan terlalu banyak hal-hal penting dalam pengenalan cerita awak. Short & sweet! Apa yang awak tekankan di pengenalan cerita awak adalah kemalangan yang sudahpun  terjadi, mangsa kemalangan, si lelaki misteri dan kerelaan dalam keterpaksaan Choi Yoojin untuk menjaga si mangsa kemalangan atau si lelaki misteri sehingga dia memperoleh kesembuhan yang maksima. Awak tidak juga mendedahkan identiti sebenar si lelaki misteri. Saya sangat tertarik dengan pendekatan yang awak gunakan bagi menghasilkan pengenalan cerita yang ringkas tetapi padat dengan persoalan dan tanda tanya. Character chart yang diselitkan juga kelihatan kemas tersusun tanpa kehadiran character’s description yang panjang lebar dan menyakitkan mata. Memandangkan saya bukanlah salah seorang peminat boy group Ikon, character chart yang awak selitkan telah membantu saya untuk mengenali siapa si empunya nama ‘Kim Hanbin’.  Semuanya kelihatan ringkas dan kemas, jadi tahniah untuk itu.

 

 

 

Plot, Watak & Perwatakan

Plot utama cerita ini sebenarnya sesuatu yang menghiburkan untuk dibaca tetapi ia juga bukanlah sesuatu plot yang luar biasa mahupun lain dari yang lain. Malah, terdapat beberapa scenes yang kelihatan klise, tipikal dan sering digunapakai dalam mana-mana romcom fanfic. Contohnya, scene di bab terakhir dimana Yoojin menyetujui untuk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^