✉ exoticsNinspirit

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

TAJUK: Apabila Kahwin Tangkap Muat

PENULIS: exoticsNInspirit

WATAK-WATAK UTAMA: Jeon Jungkook , Han So Mi dan Kim Taehyung.

GENRE: Romcom

SINOPSIS: 'Omma ,kahwinkan aku...sekarang!' - Disebabkan putus cinta dengan mamat yang meninggalkan aku sebelah tong sampah sekolah,aku mengambil keputusan untuk berkahwin dengan sesiapapun. Ya,walaupun mamat warga asing mana pun. Ya,walaupun aku tahu aku masih muda lagi tetapi aku peduli apa .Suka hatilah aku nak kahwin.Lalu,disebabkan desakan aku,mak aku telah tangkap muat mengahwinkan aku dengan seorang mamat sewel bermulut laser dan kedekut tahik hidung masam...Aku betul betul tak tau manalah ibu aku menangkap mamat ni. Adakah di tepi tong sampah? Atau tepi longkang?

STATUS: Chaptered, on-going

DIULAS OLEH: Min_Arisu

TARIKH ULASAN DITULIS: 31 Mei 2016 (Selasa - 06:47 PM).

 

 

 

 

TAJUK.

‘Apabila Kahwin Tangkap Muat’. Itu adalah tajuk yang sudah awak pilih bagi mewakili karya penulisan awak pada kali ini. First impression saya tatkala pertama kali melihat tajuk yang awak pilih ini sebenarnya agak kabur. Saya sendiri kurang pasti dengan perasaan saya, semuanya bercampur-baur menjadi satu. Walaubagaimana pun, saya akan cuba kelaskan setiap padangan saya sama ada dari segi positif mahupun negatif dengan sejelaskan supaya awak mendapat gambaran yang lebih nyata akan apa yang saya cuba sampaikan di sini. Pertama, dari sudut pandangan yang positif, saya sangat mengagumi keputusan awak untuk menggunakan tajuk Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris. Ia juga merupakan tajuk yang sesuai bagi menggambarkan situasi di mana So Mi menggesa ibunya untuk menjodohkan dia dengan sesiapa sahaja dan dari situlah terjadinya perkahwinan secara tangkap muat.

Dari sudut pandangan yang negatif, saya ingin sekali mempersoalkan mengapa tiga perkataan terakhir pada tajuk tersebut menggunakan huruf besar secara sepenuhnya, tetapi tidak pada perkataan pertama? Ia membuatkan tajuk awak kelihatan tidak sekata dari segi pemilihan format penulisan. Sejujurnya, saya tidak melihat apa-apa keperluan untuk awak menggunakan huruf besar sepenuhnya bagi tiga perkataan tersebut. Melainkan, awak cuba untuk memberikan penekanan dan penegasan yang lebih kukuh berkenaan dengan tema perkahwinan tangkap muat tersebut. Jika ia adalah sebabnya, saya nasihatkan awak gunakan sahaja huruf besar secara sepenuhnya pada tajuk tersebut atau tulis sahaja dengan menggunakan format penulisan seperti kebiasaannya; menggunakan huruf besar hanya di pangkal perkataan. Penegasan pada tema tersebut seharusnya dihurai pada plot penceritaan nanti, tidak perlu memberikan penekanan yang terlalu jelas pada tajuk cerita.

 

 

 

VISUAL (GRAFIK/LATAR BELAKANG).

Dari apa yang saya perhatikan, tiada sebarang poster mahupun latar belakang yang kelihatan sepanjang proses pembacaan dilakukan. Jadi, saya membuat dua kesimpulan dari apa yang saya lihat. Pertama, mungkin awak sudah membuat poster request tetapi ia masih belum disiapkan oleh graphic designer yang berkenaan. Kedua, berkemungkinan juga awak tidak membuat sebarang graphic request di mana-mana graphic shop. Ketiadaan poster membuatkan bahagian muka hadapan karya awak kelihatan kosong dan biasa-biasa sahaja. Seperti yang kita semua sedia maklum, penggunaan poster sudah boleh dianggap sebagai satu kemestian yang wajib ada apabila sesebuah karya itu dicipta. Kebanyakan pembaca juga akan lebih tertarik untuk membaca dan mendalami sesebuah cerita meskipun masih belum ada bab yang dikemaskini sekiranya poster yang digunakan kelihatan cantik dan mampu membuat mereka tertawan.

Jadi, untuk mengisi kekosongan bahagian hadapan karya awak ini, saya hadiahkan satu poster dan latar belakang yang saya reka sendiri untuk awak gunakan. Tiada unsur paksaan, terpulang kepada awak sama ada mahu menggunakannya ataupun tidak. Tetapi jika awak berniat untuk menggunakannya walaupun hanya untuk sementara waktu, klik pada link yang sudah saya sertakan pada perkataan poster dan latar belakang di atas. Saya hanya mampu mereka sesuatu yang ringkas kerana saya bukanlah seorang graphic designer yang berpengalaman luas, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu menutup kekosongan pada bahagian hadapan karya awak walaupun tidak sepenuhnya. Saya tak pasti sama ada awak perasan atau tak, tapi poster yang saya lampirkan di bahagian paling atas review inilah poster yang saya reka untuk awak.

 

 

 

PENGENALAN CERITA (FOREWORD/DESCRIPTION).

Beralih kepada aspek pengenalan cerita, secara keseluruhannya pengenalan cerita awak kelihatan agak tersusun. Cara awak menggarap sinopsis cerita awak juga agak menarik bagi saya. Saya boleh rasakan aura komedi dan kekalutan dalam memastikan perkahwinan secara tangkap muat itu tejadi melalui ayat pertama yang berupa dialog yang dilontarkan oleh Han So Mi. Cuma, tatabahasa yang agak ‘berterabur’ membuatkan daya tarikan yang sudah sedia ada pada sinopsis awak sedikit malap dan kurang memuaskan. Saya akan ulas berkenaan dengan tahap penguasaan tatabahasa awak dengan lebih lanjut sebentar lagi. Sinopsis cerita awak kemudiannya disusuli dengan character chart. Bagi saya, cara awak menyusun atur character chart adalah sesuatu yang masih relevan dan boleh d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^