✉ Rainerchor

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

TAJUK: Calling the Past

PENULIS: Rainerchor

WATAK-WATAK UTAMA: Luhan & Mei (OC).

SINOPSIS: Lebih dari 60 tahun sebelumnya, mereka telah ditemukan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Perkahwinan yang disemai hanya demi kepentingan keluarga, bukan untuk dirinya. Dikahwinkan dengan seseorang yang telah mati, adakah itu wajar? Namun, telah ditakdirkan bahawa mereka sekali lagi bakal disatukan oleh ikatan perkahwinan di zaman berbeza. Adakah perasaan cinta yang pernah terkubur dapat dihidupkan semula? Adakah dia masih seperti dahulu?

STATUS: Chaptered, On-going.

DIULAS OLEH: Min_Arisu

TARIKH ULASAN DITULIS: 18 Mei 2016 (Rabu - 6:34 PM).

 

 

 

 

TAJUK.

‘Calling the Past’. Ia merupakan tajuk yang indah, tepat dan betul jika diambil kira dari sudut tatabahasa Bahasa Inggeris dan yang paling penting, ia jelas membiaskan pantulan plot utama cerita ini yang banyak berkaitan dengan perbezaan waktu dan zaman. Namun begitu, saya rasa ia akan jadi lebih ‘indah’ sekiranya awak menggunakan istilah Bahasa Melayu sebagai tajuk karya awak ini. Saya rasa ia adalah satu ‘kerugian’ apabila awak memilih untuk menggunakan tajuk Bahasa Inggeris memandangkan Bahasa Melayu adalah bahasa utama bagi cerita ini. Tambahan pula, keindahan yang ada pada plot awak akan lebih terserlah sekiranya awak bijak bermain dengan kata-kata bagi mencipta satu tajuk dalam Bahasa Melayu.

Jika di alih bahasa secara terus dari tajuk Bahasa Inggeris awak, ia akan menjadi ‘Panggilan Masa Silam’  dan mungkin pada pendapat awak, ia kelihatan agak kurang menarik. Jadi, untuk mendapatkan tajuk yang lebih menyerlah, cuba gantikan perkataan ‘Panggilan’ tersebut dengan perkataan-perkataan lain yang kedengaran dramatik dan puitis. Awak seorang penulis yang mempunyai perbendaharaan kata yang luas, ia sudah terbukti dengan jelas melihatkan dari cara awak mengarang cerita ini. Jadi, gunakan kelebihan tersebut untuk mencipta satu tajuk yang menggunakan Bahasa Melayu, bukannya Bahasa Inggeris. Buktikan yang awak bukan sahaja mampu mengarang cerita menggunakan Bahasa Melayu dengan baik, tetapi awak juga berkemampuan untuk mencipta tajuk berbahasa Melayu yang tidak kurang hebatnya.

 

 

 

 

VISUAL (POSTER/LATAR BELAKANG).

Sejujurnya, pertama kali saya pandang poster yang digunakan pada halaman utama cerita ini, saya sendiri tidak dapat mengenal pasti apa sebenarnya yang saya rasa. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk terus-menerus meneliti poster tersebut untuk beberapa saat seterusnya. Kemudian, baru saya sedar yang perasaan saya sebenarnya ‘kosong’ sahaja apabila melihat poster tersebut. Saya tidak merasakan apa-apa perasaan yang luar biasa baik dan saya tidak pula mengatakan yang saya tidak suka akan poster tersebut. Cuma, perasaan saya betul-betul kosong, tidak terisi dengan sebarang pandangan mahupun buah fikiran yang spesifik. Tona warna hitam putih yang menghiasi poster tersebut memang sesuai dengan genre dan latar masa silam yang awak gunakan.

Cuma, bagi saya tiada perincian-perincian lain yang dilihat dapat menyerlahkan poster tersebut. Ia adalah satu rekaan yang ringkas. Tetapi keringkasan tersebut, malangnya tidak memancarkan daya penarik yang kuat bagi memancing minat pembaca jika dinilai dari sudut itu sahaja. Berlainan pula dengan poster yang awak gunakan di bab- bab yang seterusnya, saya rasa ia jauh lebih menyerlah dan menarik untuk digunakan berbanding dengan poster utama awak sekarang. Poster kedua tersebut dilihat mempunyai keseimbangan dari segi aura ‘romantis’ dan ‘kesedihan’ itu sendiri. Saya juga jauh lebih tertarik dengan poster kedua berbanding dengan poster pertama yang awak gunakan.

 

 

 

 

 

PENGENALAN CERITA (FOREWORD/DESCRIPTION).

Saya suka dengan cara awak menyusun-atur pengenalan cerita awak! Setiap baris ayat digarap dengan kemas dan teliti. Persoalan-persoalan yang diwujudkan pada sinopsis memang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melawati halaman utama karya ini. Tetapi, isa sudah tentulah bergantung kepada minat dan citarasa peribadi pembaca itu sendiri! Ayat yang paling membuatkan mata saya terus terpaku pada pengenalan cerita awak ialah; ‘Dikahwinkan dengan seseorang yang telah mati, adakah itu wajar?’. Ia bukan sahaja mampu membuatkan saya, selaku pembaca terus mempersoalkan kewajaran tersebut, ia juga turut membuatkan saya tertanya-tanya apakah yang membuatkan ‘kewajaran’ dan ketidakwajaran’ itu timbul. Jadi, sememangnya ia adalah satu pengenalan cerita yang begitu menarik perhatian. Penggunaan ‘paragraph divider’ dan ‘character chart’ juga kelihatan kemas selain tema hitam putih itu sendiri berjaya menimbulkan aura klasik yang menjadi salah satu tema bagi karya awak ini.

 

 

 

 

PLOT, WATAK DAN PERWATAKAN.

Awak mengetengahkan plot yang berkisar tentang kisah cinta unik yang agak tragis dari latar masa yang berbeza dan mempunyai kesinambungan di masa hadapan walaupun sudah berpuluh tahun kisah tersebut menemui jalan penamatnya. Walaupun pada mulanya saya mendapati yang plot awak mempunyai banyak kelainan, sedikit demi sedikit saya dapat melihat banyak persamaan yang terkandung dalam plot awak dengan beberapa drama-drama Kore

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^