Yana_xoxo

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

 

Tajuk: Please, Forgive Me

Penulis: Yana_xoxo

Watak-watak utama: f(x)’s Victoria dan BTS’s Kim Tanehyung (V).

Sinopsis: Kisah adik-beradik yang sering bertengkar sehingga suatu hari kakaknya pergi tanpa meninggalkan apa-apa pesan kepada si adik.

Pengulas: Min_Arisu

 

 

Tajuk.

Bermula dengan tajuk yang diberikan, ‘Please, Forgive Me’  merupakan tajuk yang terlalu ringkas dan kurang menyerlah. Jika ditaip tajuk yang sama di ruangan search, sudah pasti lebih daripada dua cerita dapat ditemui yang mempunyai tajuk yang sama denganc erita ini. Walaupun tajuk ini sangat berhubung kait dengan plot cerita, saya rasa awak patut memcuba untuk meletakkan tajuk yang lebih dramatic dan tidak tipikal bagi menarik minat para pembaca dengan lebih agresif lagi.

Sejujurnya, jika saya ternampak akan cerita ini, saya pasti tidak akan terasa untuk melawati cerita ini bagi membaca cerita sepenuhnya dek kerana tajuknya yang tidak menarik perhatian. Jadi, mulai cerita awak yang seterusnya, saya nasihatkan awak cuba untuk berfikir dengan lebih dalam dan kreatif dari segi mencipta tajuk yang bukan sahaja berhubung kait dengan plot cerita, malah ia juga mempunyai daya tarikan yang tinggi serta mempunyai unsur dramatic.

 

 

Visual (Grafik/Poster)

Berkenaan dengan poster utama cerita ini, saya berpendapat bahawa poster ini adalah poster yang agak baik. Ia tidaklah terlalu menyerlah dan menarik perhatian, sekadar sedap mata memandang sahaja. Pemilihan warna merah, hitam dan putih dilihat sesuai dalam menyerlahkan elemen angst dalam poster ini. Begitu juga dengan font style yang digunakan pada tajuk cerita, ia tidak terlalu fancy dan sarat dan dalam erti kata lain graphic designer yang mereka poster ini telah memilih font style yang sesuai bagi poster.

Perincian dan details seperti kelopak bunga ros sebenarnya agak kurang bersesuaian untuk diselitkan bersama kerana tema utama cerita ini adalah kekeluargaan dan bukannya kisah cinta dan romantic. Secara peribadi, saya rasa adalah lebih sesuai jika perincian-perincian lain diselitkan seperti bayangan kabur dua orang kanak-kanak yang sedang bermain berbanding perincian bunga ros. Pemilihan gambar Victoria pada poster ini juga agak tidak sesuai dan bagi saya ekspresi wajah Victoria lebih bersifat seksi dan sesuai untuk poster. Lokasi quotes diletakkan juga agak tidak sesuai, quotes tersebut hampir tidak dapat dilihat dan dibaca dengan baik kerana warna font yang digunakan adalah hampir sama dengan warna lengan baju V yang juga berwarna gelap dan kehitaman. Mungkin ia patut diposisikan di lokasi yang lebih cerah dan kosong.

 

 

Pengenalan cerita/Foreword

Beralih kepada pengenalan cerita awak, saya berasa amat kagum dengan cara ia ditulis namun rasa kagum tersebut sedikit tercalar apabila saya terpandang satu kesalahan ejaan pada perkataan pertama pengenalan cerita awak. Mungkin awak tidak perasan tetapi perkataan ‘kemiskinan’ telah disalah eja menjadi ‘kesmiskinan’.  

Berbalik kepada pengenalan cerita awak, saya berpuas hati apabila pengenalan cerita ini ditulis dengan penyelitan unsur-unsur suspen, kejutan dan rahsia. Awak langsung tidak menyebut mana-mana nama watak sekalipun dan ia semestinya berjaya membuatkan para pembaca tertanya-tanya siapakah yang awak maksudkan di situ. Walapun terdapat beberapa ayat yang janggal dibaca, ia masih lagi boleh diterima dan tidak mengganggu pembacaan saya.

Awak juga turut menyelitkan character chart dan penerangan ringkas mengenai watak-watak utama seperti nama dan umur. Saya akui, tiada salahnya meletakkan character chart seperti itu kerana ia langsung tidak mendedahkan begitu banyak informasi mengenai watak-watak utama awak. Apa yang menjadi masalah adalah apabila personaliti para watak utama diterangkan dengan begitu jelas dan panjang lebar sekali di character chart tanpa memberi ruang untuk para pembaca mengenali dan mendalami perwatakan watak menerusi jalan cerita yang menanti di bab-bab yang seterusnya. Jadi, elakkan dari menulis character chart yang mempunyai ciri-ciri begini.

 

 

Plot, watak dan perwatakan

Berkenaan dengan plot utama cerita ini, awak sekali lagi telah mencuba untuk mencipta satu kelainan dalam penulisan awak dengan mengetengahkan genre kekeluargaan sebagai genre utama cerita ini dan dari apa yang saya dapat lihat, ia adalah satu usaha yang sangat wajar diberi pujian dan penghargaan. Walaupun begitu, saya rasa awak perlu berfikir dengn lebih kreatif lagi jika awak ingin terus mengetengahkan genre kekeluargaan ini sebagai genre utama penulisan awak. Sejujurnya saya berpendapat bahawa cerita ini tidak mempunyai banyak perbezaan yang boleh dikagumi dengan cerita awak sebelum ini iaitu ‘Omma, Saranghae!’. Kisah kasih sayang yang terungkap di antara si anak dan ibunya dan kisah antara dua beradik di mana hanya kakaknya sahaja yang dil

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^