✉ Jelly_Warrior

Cherie Malay Fanfic Review Shop - [HIATUS]
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID2] RUNAWAY GROOM & HIS 'WONDER WOMAN' [/CONTENTID2]

[CONTENTID1]

Tajuk: Runaway Groom and His 'Wonder Woman'

Penulis: Jelly_Warrior

Genre: Romance, comedy.

Watak-watak utama: Jeon Wonwoo (Seventeen) & Han Yesul (OC).

Sinopsis: Han Yesul. Dia memang terkenal dengan perangai rebel dan berani tak kena tempat. Tapi, berani-berani dia pun, bukan la sampai sanggup nak aci redah majlis perkahwinan orang lain sesuka hati. Apatah lagi nak merosakkan majlis tu dan yang paling teruk, ‘menculik’ pengantin lelakinya ! Tak pernah langsung dia terfikir nak buat macam tu seumur hidupnya. Tapi! Demi sahabat sendiri, dia terpaksa. Jeon Wonwoo. Konon nak jadi anak yang baik sebab sanggup terima perkahwinan yang diatur oleh ibu bapanya. Tapi, bila perangai si bakal pengantinnya dah buat dia jadi huru-hara, apa yang dia mampu buat adalah mencari jalan penyelesaian untuk membatalkan perkahwinan itu dan satu-satunya jalan yang dia nampak adalah kawan baiknya sendiri. Memang hati kata tak nak tapi dah kawan punya fasal, Yesul tak sampai hati. Akhirnya, dia nekad! Di majlis perkahwinan yang gilang-gemilang, tiba-tiba si pengantin lelaki dibawa lari oleh seseorang yang bertopeng arnab dan ber-dress merah. Kecoh majlis perkahwinan tersebut sehingga pengantin perempuan yang memang kuat meroyan meracau dan hampir histeria. Apa yang akan terjadi seterusnya? Mampukah Wonwoo menyelamatkan dirinya dari ‘witch’ dengan bantuan si ‘Wonder Woman’? 

Diulas oleh: Min_Arisu

 

 

Tajuk

Dimulakan dengan tajuk, apa yang saya boleh katakan disini adalah ia amat sesuai dengan plot cerita yang digarap walaupun secara peribadi saya lebih menyukai tajuk dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris. Hanya dengan tajuknya sahaja, saya sudah dapat meneka dan mengagak plot cerita yang bakal disampaikan. Bagi saya sendiri sebagai seorang penulis di Asianfanfics, antara perkara yang paling susah untuk ditetapkan dalam memulakan sesuatu cerita adalah tajuk dan saya rasa awak juga tidak terkecuali dalam mengalami kesulitan untuk menetapkan tajuk. Tajuk yang diberikan juga sangat menarik perhatian!

Faktor kesulitan dalam menetapkan tajuk cerita juga membuatkan kebanyakan penulis membuat keputusan untuk menetapkan tajuk secara rawak dan langsung tiada nilai signifikasi dalam cerita mereka. Sebaliknya, mereka hanya menetapkan tajuk yang dapat menarik perhatian pembaca walaupun tajuk itu sendiri langsung tidak ada hubung kaitnya dengan plot cerita. Untuk itu, tahniah kepada awak kerana tidak gagal dalam memberikan tajuk yang sesuai dengan plot cerita dan tidak bersikap semberono atau sambil lewa dalam menetapkan tajuk.

 

 

 

Visual (Grafik/Poster)

Beralih kepada poster utama fanfic ini, sejujurnya saya berpendapat yang awak mempunyai poster yang cantik dan menarik untuk meningkatkan lagi daya tarikan fanfic awak. Paduan warna merah dan mint green menjadikan poster ini kelihatan sophisticated dan fancy. Font style dan pemilihan yang digunakan juga bersesuaian dan sangat membantu dalam meningkatkan aura romantic comedy di dalam poster ini. Ekpresi watak-watak utama yang terdapat di dalam poster juga amat bersesuaian dengan genre utama fanfic ini terutama sekali ekspresi wajah yang dizahirkan oleh watak perempuan utama; Yesul. Perincian-perincian lain seperti dress merah dan topeng berbentuk arnab juga menjadi antara penyeri poster selain membaca makna tersendiri dan sangat berhubung kait dengan plot utama.  Jadi, tahniah saya ucapkan kepada awak kerana telah berjaya untuk memilih graphic designer yang betul-betul berbakat dalam pembikinan poster.

 

 

 

Pengenalan Cerita (Foreword/Description)

Bagi description atau pengenalan cerita, awak telah menyelitkan sedikit ‘sneak peek’ selain turut menyertakan sinopsis cerpen dengan gaya penulisan yang ringkas. Pada pendapat saya, dengan menyelitkan sedikit dialog diantara watak-watak utama, ia sedikit sebanyak dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang bakal terjadi, apa yang telah terjadi dan apa yang sedang terjadi didalam cerita itu secara lebih terperinci dan menyeluruh. Satu pujian untuk awak kerana berjaya menimbulkan rasa ingin tahu pembaca, malah saya sendiri dengan hanya mmbaca dialog ringkas di antara Wonwoo danYesul. Namun, dari sudut lain saya rasa awak terlalu memberikan banyak informasi tentang plot cerita awak dan membuatkan pembaca sudah dapat mengetahui dan mengagak banyak perkara mengenai cerita ini. Memandangkan awak sudahpun menyelitkan ‘sneak peek’, saya rasa tidak perlulah awak turut sertakan sinopsis yang agak panjang lebar lagi. Cukuplah sekadar beberapa baris ayat sahaja supaya tidak terlalu mendedahkan watak dan perwatakan yang terkandung dalam cerita ini. Ia juga bagi mengelakkan description awak dari kelihatan terlalu sarat.

 

 

 

Plot, Watak & Perwatakan

Awak mempunyai plot yang sangat menarik! Ia adalah antara plot yang sangat berbaloi untuk dibaca dan menghiburkan selain lontaran-lontaran dialog yang ada kalanya kelakar dan ‘menjadi’ turut menjadi antara aspek yang membuatkan plot awak kelihatan mempunyai kelas yang tersendiri. Namun begitu, saya rasa penamat cerita ini agak klise dan mempunyai banyak persamaan dengan drama-drama Korea. Lazimnya, di dalam drama-drama K

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Shimmieh
#1
Chapter 43: Cik Min!! I is dah kembali untuk pickup!

My goshh, saya sebenarnya dari dulu bermasalah nak cari tajuk. :c Tapi sekarang ni kalau nak tukar rasa sayang pulak sebab dh terbiasa. tapi untuk masa hadapan, saya akan kerahkan lagi otak untuk fikirkan tajuk yang meletop kebabom!

Ya Allah saya pun terasa awkwardnya Cik Min sebab kita dah terbiasa merapu. Sekarang ni baca ayat formal macam, okayy okayyyy! XD

Dan Thanksss cik min saya memang dah ulang baca tapi ada jugak typo terlepas. dah post baru perasan ada jugak typo T^T last2 tunggu lah review habis nanti buat pembetulan sekali harung ja. Thankss saya akan gunakan ayat cadangan Cik Min! memang pelik pun bila baca balik hahahaha!

Aigoo, terima kasihh Cik Min! Saya nak try buat visual poster pulak (yang mungkin akan end up jadi typo based lagi) dan yesss cik Min memang tolong buatkan layout description!

Saya akan usahakan lagi untuk baiki cerita ni. Fighting!!
Seasony
#2
Hai cik Min <33 saya nak tanya, kalau nak review kena minimun berapa chapter? kalau story yang ongoing boleh ke?
Shimmieh
#3
Oh Cik Min~~
Request form sudah isi~
Mekasihh Cik MIn!
Muah muah!
fiqahhh
#4
Chapter 42: Saya dah request. Terima kasih :)
bigbangtanboys
#5
Chapter 43: Wah!Tahniah kak.Baru sye nak tanya akk pasal pertunangan akk.Hehehe.Sbb bru teringat yg akk min ade ckp pasal pertunangan akk tu tp sye tak ingat bila.Huhuhu.
Akk comel laa :) .Ni bru first time sye tgk muka akk.
fanfans #6
Chapter 40: My fav oneshot. Tk pernah bosan dan takkan bosan. Slalu datang aff blik bila boring sbb story ni takkan membosankan even story ni dah published sjak tahun lepas. DreamingYou jjang!
aquariusxpisces
#7
Chapter 43: Wah tahniah~ Salam aidilfitri!
starlightkim_
#8
Chapter 43: Tahniah kak min!dah jadi tunangan orang^^.semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.insha-allah.all the best for you^_^