Chapter 9

Seeking for Love (Malay version)

Woohyun memasuki bilik Sunggyu setelah ahli perniagaan muda tersebut keluar untuk bersarapan. Fail - fail di tengah kopi disusun elok oleh Woohyun semula kedalam rak. Kemudian dia mengutip beberapa batang pen diatas meja tersebut dan meletakkan kedalam gelas diatas meja Sunggyu. Setelah berpuas hati dengan kerjanya, Woohyun ingin keluar semula. Tetapi dirinya kemudian terkejut apabila melihat tubuh Sunggyu duduk membelakangi dirinya di kerusi kerjanya. Woohyun kemudian mengabaikan kehadiran Sunggyu dan berlalu pergi.

 

Sepertinya Woohyun baru teringat akan sesuatu. Dia hampir terlupa akan beberapa keping cek yang perlu Sunggyu tandatangani. Plannernya diatas meja kopi tadi diraih semula dan menuju kearah Sunggyu.

 

“Encik Kim ni ada beberapa keping cek yang Encik kena tandatangan.” Woohyun menghulurkan Sunggyu cek - cek tersebut. Tiada jawapan diterima.

 

“Saya letak atas meja Encik ya. Bila dah siap, nanti Encik Kim beritahu saya.” Woohyun memalingkan badannya. Baru sahaja tangannya menyentuh tombol pintu, pergelangan tangan Woohyun direntap sehingga mukanya berlanggar dengan sesuatu yang keras. Woohyun sedikiy meringis semasa pelanggaran itu berlaku.

 

Well..well..well.. Sejak bila kau bekerja dengan suami kau, huh?” Tubuh Woohyun membeku tatkala dia mendengar suara yang bertanggungjawab telah memberikannya mimpi ngeri.

 

“Macam mana aku boleh tak perasan!”

 

Ya, kedua - dua Sunggyu dan Myungsoo mempunyai fizikal yang berbeza, malah wajah mereka juga tidak seiras. Akan tetapi mereka berdua hampir sama jika dilihat dari belakang kalau tidak betul - betul memerhati. Lagipula Woohyun sudah lama tidak melihat L.

 

“Apa awak buat dekat sini L-shi? Lepaskan saya.” Woohyun meronta, cuba untuk melepaskan genggaman kuat L dipergelangan tangannya. Dia takut jika tragedi lama berulang jika dia masih lagi terperangkap didalam bilik ini berdua dengan L.

 

“Dah pandai melawan sekarang.” Dengan penuh kurang ajarnya L menarik tubuh Woohyun kedalam pelukannya. Pipi kiri Woohyun yang basah dielus lembut. Matanya meliar meratah tubuh Woohyun dengan penuh nafsu.

 

Tepat sahaja saat L mahu mendaratkan bibirnya pada Woohyun, pintu bilik dikuak dan menampilkan riak terkejut di wajah Sunggyu tetapi cepat - cepat dikawal kemudian.

 

“Apa kau buat dekat sini?! Lepaskan isteri aku L!” Tenang sahaja suara Sunggyu tetapi masih kedengaran tegas. Dia tidak dapat mengawal sifat posesif dalam dirinya. Woohyun segera bersembunyi dibelakang Sunggyu setelah L melepaskan cengkamannya.

 

“Saja nak jumpa kau, tanya apa khabar kembarku?.” Sunggyu mengekori setiap langkah L. dia memerhatikan sahaja adik kembarnya duduk menyilang kaki di sofa.

 

“Lepas tujuh tahun? Lebih baik kau jumpa Mommy dekat rumah.”

 

“Memang itu niat aku tapi lepas aku singgah sini tanya macam mana company, tapi tak sangka aku terjumpa dia.”

 

The company is doing great dan tolong pergi dari sini. Jangan ganggu ISTERI aku lagi.” Sunggyu sengaja menekan perkataan isteri agar L faham akan maksudnya.

 

“Sebelum tu Sunggyu, aku tertanya - tanyalah,” L bangun dari sofa dan berjalan menuju Sunggyu. “Aku wonder kalau Woohyun kenal siapa yang ‘tidur’ dengan dia memandangkan dia tak dapat bezakan belakang kita. Kau atau aku?”

 

Woohyun menutup matanya bila L menghinanya sebegitu. Berombak dada Woohyun menahan tangisnya daripada bergema diseluruh ruangan. Baju Sunggyu sudah dibasahai dengan air matanya. Hanya dia sahaja yang tahu kebenaran kejadian itu. Lagi satu Sunggyu tidak pernah sekalipun menyentuh Woohyun dan dia sangat menghormati isterinya.

 

“Sekali lagi aku ulang, L. Keluar atau aku panggil security.” Kesabaran Sunggyu semakin menipis tetapi dia masih bersabar. Dia dapat merasakan getaran dari belakang tubuhnya menandakan Woohyun sedang menangis.

 

“Aku yakin dia mesti hebat atas katil kan.” L bisik tepat ditelinga Sunggyu namun matanya memandang Woohyun dibelakang. Puas hatinya melihat Woohyun membenamkan lagi mukanya ke belakang Sunggyu.

 

“Ini amaran terakhir L. Keluar!” Kali ini Sunggyu tidak lagi bersabar. Cukup sudah penghinaan yang dilemparkan L kepada isterinya. Woohyun masih ada maruah.

 

“Kau patut cari lelaki atau perempuan yang lebih elok Sunggyu. Dia cuma ‘bekas’ aku.” Sempat lagi L bicara sebelum dia keluar. Sunggyu hampir sahaja mahu menumbuk L tapi cepat dihalang oleh Woohyun.

 

“Maafkan saya Woohyun.” Bisik Sunggyu kepada Woohyun yang berada dalam pelukannya.

 

“L betul. Saya cuma ‘bekas’ dia.” Woohyun melonggarkan pelukan Sunggyu dan meninggalkan bilik tersebut dengan air mata.

 

“L betul, aku cuma ‘bekas’ dia. Aku tak layak jadi isteri Sunggyu sebab aku tak sempurna. Dia sepatutnya bersama dengan orang yang layak untuk berada disisinya. Kehadiran aku cuma memberi rintangan dalam hidup Sunggyu. Aku dah rosakkan masa hadapan dia.”

 

“Kata - kata Woohyun tadi masih lagi terngiang - ngiang ditelingaku. Betapa aku ingin memeluk tubuh tadi lebih lama, membisikkan kata - kata manis ditelinganya agar tiada lagi air mata yang dikeluarkan. Aku ingin sekali mengatakan kepadanya bahawa dia tidak bersalah tetapi lidahku kelu untuk berkata, aku hanya mampu melihat tubuh kecil tersebut pergi meninggalkan aku. Aku telah gagal melindungi dia sebagai seorang suami. Berilah aku peluang Woohyun untuk aku mengucapkan Saranghae kepada engkau.”

 

 

---

 

Hari kemudiannya…

 

Sunggyu sedang menunggu Howon di Light Cafe yang hanya jarak kurang dari 100 meter dari pejabatnya. Matanya ligat memerhati pelbagai ragam manusia keluar masuk ke kafe pada waktu puncak sebegini. Suasana hingar di dalam kafe sedikit pun tidak mengganggu konsentrasi Sunggu. Dia faham waktu rehat selama sejam ini dimanfaatkan sebaik - baiknya oleh golongan pekerja untuk melakukan pelbagai perkara. Ada yang makan, ada yang berbincang, tak kurang masih ada lagi yang sedang bekerja.

 

Kemuadian anak matanya terpandang sepasang kekasih yang sedang asyik bergurau senda sambil menikmati makan tengahari mereka. Melihat kemesraan mereka, perasaan cemburu mula terbit dalam hati Sunggyu. Terdetik dia berfikir bilakah dia dan Woohyun mampu untuk menjadi seperti mereka. Bilakah mereka dapat merasai nikmat seperti pasangan yang lain.

 

Bila disebut Woohyun, ingatan Sunggyu kembali berputar pada kejadian yang berlaku pada hari kelmarin. Hatinya mendidih pabila dia teringat kembali bagaimana L seenaknya merendahkan maruah Woohyun. Kalau diikutkan hati mahu saja Sunggyu menumbuk muka adik kembarnya, namun akal warasnya masih berfungsi. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Bertumbuk bukanlah penyelesaiannya.

 

Sunggyu tidak mahu maruah Woohyun dipijak sesuka hati oleh orang lain. Dia mengaku Woohyun tidak lagi , tetapi itu tidak bermakna orang lain boleh menghinanya sebegitu. Dia tidak peduli sama ada Woohyun masih suci lagi atau tidak, itu bukan caranya menilai Woohyun. Lagipula perkara tersebut berlaku diluar kerelaasn isterinya.

 

Dia tahu dia tidaklah sesempurna suami lain diluar sana, tetapi Sunggyu membuktikan kepada Woohyun bahawa dia ikhlas untuk melindunginya. Ada satu perasaan yang terus mengalir dalam hati Sunggyu dimana dia mahukan Woohyun kembali kesisinya seperti mana status yang dipegangnya sekarang.

 

“Ada apa nak jumpa saya ni Sunggyu-shi?” Sunggyu sedikit tersentak apabila Howon tiba - tiba muncul dihadapannya.

 

“Tak payah formal sangatlah. Panggil Sunggyu sahaja dah okay.”

 

“Baiklah. Jadinya, kenapa nak jumpa saya?” Sela Howon setelah menghirup jus yang dipesan.

 

“Awak tahu tak kenapa Woohyun tak masuk kerja hari ni?”

 

Kening tebal Howon terangkat, pelik. “Awak bos dia, kenapa tanya saya?”

 

You know him better?” Soalan Howon dijawab semula oleh soalan.

 

“Woohyun tak ada bagi notis pada saya, jadi saya ingat dia ada inform awak.” Terang Sunggyu.

 

“Mungkin dia ada emergency lah kot.” Howon cuba memberi pandangan.

 

“Mungkin.”

 

Seketika mereka kembali fokus ke hidangan masing - masing. Senyap sahaja, hanya bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan. Sesekali ada perbualan kecil antara mereka.

 

“Oh ya, hujung minggu ni saya ingat nak ajak Woohyun tengok wayang.” Ucap Howon usai menghabisi suapan terakhirnya. Sunggyu yang mendengar ucapan Howon tadi terdiam.

 

“Dia isteri orang kan.”

 

“Dia BEKAS isteri.” Howon membetulkan Sunggyu.

 

“Awak tak kisah ke dengan status dia?” Sengaja Sunggyu mahu menduga. Dia mahu memastikan sama ada Howon benar - benar serius ataupun tidak.

 

“Saya tak peduli. Itu masa lalu dia. Setiap kali kalau saya tengok Woohyun mesti saya rasa overprotective.” Statement Howon berjaya mengelukan lidah Sunggyu. Dia tak sangka Howon begitu berani.

 

“Boleh saya ikut sekali? Saya bawa Soyou.”

 

Howon mengeluh. “Kalau Woohyun setuju nak ikut sebab biasanya dia tolak.”

 

Riak terkejut jelas terpancar di muka Sunggyu tetapi segera dikawal. “Really?!” Howon memandang Sunggyu pelik.

 

“Memang pelik bin ajaib kalau dia kata yes. Kalau saya nak ajak dia keluar, saya kena pakai alasan kerja barulah dia terima.”

 

“Seronok kau tipu aku Howon. Nasib baik kau tak buat benda nak senonoh pada Woohyun. Kalau tak, nahas kau aku kerjakan!”

 

“Mungkin dia masih teringat pada mendiang suami dia.” Sunggyu memberi alasan.

 

“Dia dah meninggal, Woohyun kena move on. Kenapa dia tak nak beri saya peluang, kalau dia rasa saya bukan jodohnya, saya boleh undur diri.” Howon sekali lagi mengeluh. Memang betul pun. Howon tak pernah sekalipun memaksa Woohyun untuk menerima cintanya walaupun dia sangat mencintai lelaki tersebut. Tetapi Howon tetap menghormati keputusan Woohyun.

 

Sunggyu hanya diam memandang wajah Howon yang sepertinya sedang memikirkan sesuatu, barangkali tentang Woohyun. Dalam hatinya dia berasa kasihan pada Howon, namun disebabkan rasa sayangnya terhadap Woohyun, Sunggyu terpaksa menjadi egois. Woohyun masih haknya yang sah.

 

“Sorry Howon, suami Woohyun yang kononnya dah mati sebenarnya sihar walafiat depan kau. Memang kau seorang lelaki yang baik dan tak pernah ambil kesempatan terhadap Woohyun tetapi aku terpaksa menjadi egois. Selagi aku masih suaminya yang sah, aku takkan biarkan lelaki lain menghamipirinya.”

 

“Mungkin dia susah nak lupakan husband dia.” Senyap. “Apapun nanti kalau jadi, inform okay.” Sunggyu mengalihkan topik perbualan mereka kerana dia takut jika mereka masih membicarakan perihal Woohyun, dia mungkin akan terlepas cakap. Mendengar cerita Howon sahaja hatinya sudah dihimpit rasa cemburu mana dia sanggup lagi untuk mendengar lebih lanjut. Sunggyu tidak sanggup melihat Woohyun bersama dengan orang lain selain dirinya.

 

 

---

 

“Awak ada plan apa - apa ke hujung minggu ni? Kalau tak saya nak awak ikut jumpa buyer.” Tanya Sunggyu sebaik sahaja Woohyun mengambil tempat dihadapannya.

 

Soalan Sunggyu dibalas dengan anggukan dari Woohyun. “Saya nak jumpa kawan.”

 

“Dah minta izin pada suami awak belum?”

 

Woohyun menundukkan kepala menatap pahanya. “Saya nak jumpa Howon.”

 

“Kalau saya tak bagi,” Duga Sunggyu.

 

“Saya cuma nak balas budi dia.”

 

“Kalau macam tu stay petang ni tolong saya siapkan kerja.” Sunggyu menjuihkan bibir bawahnya kearah setimbun fail diatas meja. Woohyun diam tidak membalas.

 

“Macam mana? Awak pun kena balas budi saya juga sebab saya dah ‘tolong’ awak.” Senyuman kemenangan terukir dibibir Sunggyu bila dia melihat Woohyun mengangguk lemah. Dia tahu Woohyun faham maksudnya.

 

 

Pintu kayu bilik Sunggyu diketuk Woohyun. Walaupun waktu bekerja sudah tamat hampir dua jam lalu tetapi Woohyun masih lagi bersikap profesional, tambahan pula bilik yang dia bakal masuki ini adalah bilik ketuanya. Adalah kurang ajar kalau dia terus sahaja masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu.

 

“Masuk.” Suara Sunggyu didalam memberi kebenaran. Segera Woohyun masuk dan menuju kearah meja Sunggyu.

 

“Duduklah dulu.” Arah Sunggyu tanpa mengangkat mukanya dari skrin laptop. Mendapat arahan Sunggyu, Woohyun mengatur langkah ke sofa yang biasanya tempat menunggu.

 

“Bukan dekat situ. Sini depan saya.”

 

“Ada apa - apa yang saya boleh bantu Encik Kim?”

 

“Saya nak awak teman saya buat kerja, boleh?” Tanpa rasa bersalah Sunggyu menuturkan ayatnya diserikan lagi dengan senyuman suci dibibirnya membuatkan matanya semakin menghilang.

 

“Aku ingat di nak bagi aku kerja rupa - rupanya dia sengajakan. Tahu aku reject je tadi.”

 

Masa terus berlalu pantas. Sedar tak sedar sudah hampir satu jam Woohyun menemani Sunggyu. Untuk menghilangkan rasa bosan, Woohyun bermain dengan handphonenya, membuka aplikasi permainan yang dia download. Penat dengan game, Woohyun buka pula aplikasi youtube tetapi dia tidak lupa untuk mematikan dahulu bunyi, takut Sunggyu terganggu.

 

Sebenarnya kerja yang berlambak tadi bukannya perlu disiapkan segera, banyak sahaja masa lain boleh Sunggyu gunakan. Sengaja dia menggunakan alasan kerja untuk berdua - dua dengan isterinya. Jarang dia berpeluang dapat berdua dengan Woohyun walaupun dia adalah PAnya. Selalu Sunggyu mesti akan ada janji temu tengahari dengan kliennya dan selalu juga Woohyun hilang lebih awal setiap kali waktu rehat. Lagipun dengan ditemani Woohyun, Sunggyu dapat boost semangatnya.

 

“Saya nak ke tandas sekejap.” Sunggyu memecahkan keheningan antara mereka. Jam ditangan dikerling dan terkejut apabila dia melihat digitnya sudah menunjukkan hampir 7.15 petang.

 

Woohyun mula tak senang duduk dikerusinya melihat Sunggyu bangun menuju ke pintu. “Saya ikut boleh?”

 

Sunggyu hampir tergelak melihat muka cuak Woohyun. Kalau tiada apa yang berlaku antara mereka, sudah lama Sunggyu menarik tubuh kecil itu kedalam pelukannya dan menghadiahkan beberapa kucupan ringan dimukanya.

 

“Macam manalah lelaki umur 26 tahun masih lagi takut tinggal sorang. Alahai comelnya isteri aku.”

 

“Suka hati awak.”

 

 

Jarum jam di dinding sudah menghampiri angka 11. Rasa mengantuk mula menguasai diri Sunggyu. Dia mengusap kasar wajahnya dengan tapak tangan bagi mengusir rasa kantuk tadi. Laptop sudah pun dipadamkan. Fail - fail kerjanya kembali disusun di satu penjuru. Seketika matanya menangkap sosok Woohyun yang tertidur pulas diatas sofa. Setelah membuatkan Sunggyu secawan kopi, Woohyun meminta izin untuk berehat di sofa.

 

Entah mengapa kaki Sunggyu membawa dirinya mendekati Woohyun yang masih lagi diulit mimpi. Tubuhnya direndahkan agar separas dengan Woohyun. Wajah tenang Woohyun menjadi pusat pemerhatian Sunggyu. Tanpa dia sedari, jarinya menyentuh kulit Woohyun menelusuri pipi tembam Woohyun kemudian berhenti dibibir merah Woohyun. Detak jantungnya semakin laju melihat sepasang daging kenyal itu, seolah - olah menggodanya untuk dicium.

 

Segera Sunggyu membuang jauh fikiran nakalnya tadi. Dia tidak mahu terlepas kendali.

 

“Woohyun, bangun.” Sunggyu membisik lembut ke telinga kanan Woohyun. Badan Woohyun menggeliat kecil sebelum matanya terbuka perlahan membenarkan cahaya masuk. Bahang terus menjalar ke setiap pelosok tubuh Woohyun melihat jarak muka Sunggyu hanya beberapa centimeter dari wajahnya.

 

“Dah pukul 11! Saya tak boleh drive malam.” Bisik Woohyun perlahan namun masih boleh didengari Sunggyu.

 

“Tak apa, saya hantar balik.” Woohyun mengangguk. Dia cuba bangkit dari sofa tetapi hampir terjatuh. Serentak dengan itu Woohyun merasakan tangan Sunggyu melingkar dipinggangnya. Sekali lagi muka Woohyun membahang.

 

“Jangan berebut.”

 

 

Sunggyu tersenyum saat dia menoleh kekiri dan melihat Woohyun kembali tertidur pulas. Kasihan pula Sunggyu rasa kerana membuat Woohyun menemaninya bekerja. Pasti Woohyun sangat letih. Pedal minyak ditekan semula setelah lampu kembali bertukar hijau. Perjalanan mereka bersambung untuk beberapa minit kemudian.

 

Tepat pada masanya kereta Sunggyu memasuki perkarangan rumahnya, mata Woohyun terbuka dan memandang pelik pemandangan diluar. Sepertinya ini bukan rumahnya. Ini rumah mewah. Woohyun berpaling ke arah Sunggyu meminta kepastian namun tidak dihiraukan lelaki tersebut.

 

“Kita dekat mana?” Soal Woohyun. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengikuti Sunggyu yang sudah berada dipintu.

 

“Rumah saya. Awak tidur sini malam ni.” Perintah Sunggyu seraya membuka pintu rumah.

 

“Saya tak boleh.”

 

Langkah Sunggyu terhenti. “Kenapa?” Dia menunggu jawapan dari Woohyun.

 

“Saya takut.”

 

“Takut? Dengan siapa? Saya?” Sunggyu sengaja menggoda Woohyun dengan meniup nafasnya ke telinga Woohyun. Suaranya semakin mendalam setiap kali dia menuturkan perkataan dan semestinya Sunggyu suka melihat reaksi Woohyun.

 

Deruan nafas hangat Sunggyu membuat tubuh Woohyun bergetar. Semestinya dia ketakutan manakan tidak tinggal berduaan dengan lelaki lain dalam rumah besar macam ni. Macam - macam perkara boleh berlaku. Memang Sunggyu nampak macam lelaki yang tak akan ambil kesempatan tapi sediakan payung hujan, tak salahkan? Sunggyu masih punya nafsu.

 

Reaksi Woohyun membuat Sunggyu tergelak kecil. “Jangan risau, saya tak akan buat benda tanpa kebenaran awak. Cepat masuk, sejuk dekat luar.” Sunggyu menarik lembut tangan Woohyun masuk kedalam tanpa menolak.

 

 

“Awak boleh tidur dekat sini. Sekejap lagi saya hantar tuala dan pakaian untuk awak.” Sunggyu memberi sedikit laluan untuk Woohyun masuk. Mata Woohyun memerhati sekilas suasana bilik tersebut.

 

Cat putih mendominasi semua dinding senada dengan warna perabot yang lembut didalam bilik tersebut. Gayanya seperti Sunggyu sangat menyukai warna putih kerana hampit kesemuanya bewarna putih. Malah bilik pejanatnya juga berwarna putih. Tenang dan damai sahaja warna kesukaan Sunggyu, sesuai dengan keperibadiannya.

 

*Pintu diketuk*

 

“Nanti dah siap turun. Saya ada siapkan makan malam sikit.”

 

Woohyun menyambut tuala dan sepasang pakaian yang dihulurkan Sunggyu. Pintu kembali ditutup dan Woohyun memutuskan dirinya perlu dibersihkan. Sudah hampir satu hari dia tidak berganti baju. Peluh dibadannya sudah pun mengering.

 

 

Aroma kimchi menusuk hidung Woohyun saat dia menuruni tangga menuju ke dapur. Terlihat kelibat Sunggyu membelakangi pintu dapur sedang mengisi pinggan kosong dengan nasi goreng kimchi yang baru dimasak. Woohyun tidak menolak bersetuju melihat Sunggyu memasak didapur terlihat sedikit menarik dan seksi.

 

“Oh, dah ada?” Sunggyu terkejut melihat Woohyun saat dia berpaling. Woohyun hanya tersenyum kepada Sunggyu.

 

“Maaf baju tu besar sikit.” Woohyun hanya tersenyum lagi.

 

Sebenarnya Sunggyu sangat ‘menikmati’ penampilan Woohyun dengan baju yang sedikit kebesaran membalut badan kecilnya membuatkan dia terlihat seperti anak anjing. Melihat Sunggyu yang masih tidak berkelip memandangnya, Woohyun berdehem perlahan bagi menghentikan lamunan Sunggyu.

 

Sorry, jom makan.”

 

Sunggyu dan Woohyun masing - masing mengambil tempat. Sudu yang berisi nasi goreng sudah memasuki mulut Woohyun. Jujur Woohyun lapar kerana dia tidak makan petang tadi dan nasi goreng Sunggyu tidak kurang hebatnya.

 

“Sedap juga dia masak.”

 

Nasi Sunggyu masih tidak disentuh kerana dia sibuk memerhatikan Woohyun yang sedang menyumbat mulutnya dengan nasi. Sekali pandang muka Woohyun macam chipmunk. Sunggyu tak sangka isterinya secomel ini. “Kalau macam ni tak payah makan aku dah kenyang.”

 

“Encik Kim tak makan ke?”

 

“Err.. nak makan lah ni.” Sunggyu tersengih menutup malu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Suka untuk saya ingatkan bahawa untuk cerita ini saya tak akan update kerap sebab saya masih lagi dalam proses translate. Keduanya, chapter akhir 'Seeking for Love' sedang dalam proses. Jadinya saya akan lebih fokus ke versi Inggeris dahulu sebelum saya fokus ke versi Melayu. Terima kasih semua^^

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna
reader_28
#2
please update eng ver too ^^
vicistar #3
Chapter 9: Eng version please
reader_28
#4
Chapter 7: please update on eng ver too ^^
dazaasxorm127 #5
When are you going to update the english ver.?
Nowisgood3
#6
Don't you want to update the English version anymore?